Khai Scukz telah bertanya kepada saya tentang 5 laman web yang menjadi kegemaran. Hm, terlalu banyak laman web yang bagus, susah saya nak hadkan kepada 5 sahaja. Oleh itu, saya dengan sesuka hatinya (>_<) telah membahagikan entri pada kali ini kepada dua kategori, iaitu antabangsa dan tempatan. Kunjungi link di bawah ini ya!

5 Laman Web Yang Anda (Sepatutnya) Sudah Tahu

1. Googlewww.google.com

Google merupakan enjin carian paling berkuasa pada masa kini. Adakah anda masih menggunakan Yahoo untuk mencari maklumat? Jika ya, anda memang bermasalah (T_T).

2. Download.comwww.download.com

Sumber software anda. Download.com menyediakan bermacam-macam perisian dari pelbagai kategori yang anda boleh muat turun secara percuma. Tips: jika anda hanya inginkan freeware, pastikan filter ditetapkan kepada free.

3. Diggwww.digg.com; del.icio.ushttp://del.icio.us; StumbleUponwww.stumbleupon.com

Maaf, saya tak dapat pilih antara tiga link ini, kerana semuanya hebat-hebat! Ketahui informasi yang terbaru dan terhangat, pengetahuan am yang berguna, serta laman web yang menarik. Kesemuanya ada dalam ketiga-tiga perkhidmatan ini.

4. Wikipediawww.wikipedia.org

Jika anda ingin mengetahui maklumat lanjut berkenaan sesuatu perkara, rujuklah pada Wikipedia. Wikipedia adalah ensiklopedia yang paling lengkap dan paling cepat berkembang. Juga merupakan syurga dunia bagi para pelajar, segala jawapan bagi assignment anda ada di sini ^^

5. YouTubewww.youtube.com

Walaupun YouTube bukanlah kegemaran saya, namun tidak dinafikan ianya merupakan laman web yang paling kerap dikunjungi di seluruh dunia. Laman web ini menyediakan video klip percuma untuk ditonton, merangkumi semua topik dari pembelajaran hinggalah kepada lawak jenaka. Ingat, gunakan laman web ini sebaik-baiknya dan ingatlah had dan batas kita sebagai seorang Muslim.

5 Blog Tempatan Kegemaran Muhammad Khairul

1. NoktahHitamhttp://www.noktahhitam.com

Kandungan dan rekabentuk, NoktahHitam ada kedua-duanya. Diselang-selikan dengan entri yang kelakar, grafik yang menarik, serta tulisan yang sinis. Tidak lupa juga emotikon yang comel-comel ^^

2. Mohd Ismail (dot) comhttp://www.mohdismail.net/

Setiap entri dipastikan berkualiti, serta diadun dengan gaya bahasa yang menarik. Mungkin juga penulis blog berbahasa melayu paling terkenal ketika ini? Dan oh, jika entri yang ditulis tidak cukup buat anda, sila berbincang di ruangan komentar beliau ;D

3. Ubuntu for Malaysianhttp://melayubuntu.blogspot.com/

Ubuntu for Malaysian adalah rakan seperjuangan SembangKomputer.Com. Bersama-sama berkongsi ilmu komputer dalam Bahasa Melayu demi manfaat bersama. Walaupun saya belum lagi menjadi pengguna Linux, saya pengunjung tetap Ubuntu for Malaysian ^^

4. My Worldhttp://sarahmohdshukor.blogspot.com/

Seorang gadis yang berasal dari Temerloh, Pahang dan kini menuntut di Moscow, Russia. Tulisan yang berilmu, berhikmah, dan menyentuh jiwa. Sudah pastinya menjadi blog yang wajib saya kunjungi setiap hari.

5. Cursing Malayhttp://cursingmalay.blogspot.com/

Sinis. Sarkastik. Pedih. Walaupun pandangan politik saya (dan mungkin, anda) adalah neutral; entri-entri yang dibuat mengenai masyarakat melayu dan wanita melayu memang mengena.

6. AisyahRozihttp://aisyahrozi.com

Ops, nampaknya kuota dah cukup lima. Namun AisyahRozi mendapat anugerah khas kerana design blog yang amat cantik! Pandangan pertama adalah penting, dan blog AisyahRozi berjaya memukau saya dengan rekabentuk yang amat comel itu.

Ok, tag siap! Kini tugas saya untuk meghulurkan tag ini kepada mangsa-mangsa yang tak bersalah. Dan Deen, melayubuntu, HE, Ecah Koop, dan keraknasi; anda adalah insan yang bertuah.

Related Posts with Thumbnails

60 Responses


  1. deennasour on 01 Mar 2008

    aiyargh!!!!!
    aku kene plak~
    mmg aku nak pon tulis ni kat blog,
    tertarik dgn yg kat khai,
    hehe..orait ehs,
    aku akan balas ia hari ini nanti yerp…
    yg website tu, sama youtube and wikipedia..

    deennasour’s last blog post..Masam Manis Masin

  2. ecahkoop on 01 Mar 2008

    huhu!! baru pasan kne tag kt cni…nnti ek…sy akan jwb gak dlm mse tdekat ni…huhu!!! exam ku lg 2 paper….uwahaha…

    ecahkoop’s last blog post..tag: 8 fakta tentang aku

    • MK on 01 Mar 2008

      ecahkoop »
      erk, study lek lok
      pastu jawab tag. hehe

  3. Khai on 01 Mar 2008

    huhu.. thanks!

    Khai’s last blog post..5 Website Kegemaran Khai

  4. Khai on 01 Mar 2008

    waktu di blog ko ni salah ni.. gi kat option.. setting balik kepada “8″ .. huhuhu..

    ade ke aku komen kul 16:31 dia cakap kul 08:31 .. hihi

    Khai’s last blog post..5 Website Kegemaran Khai

    • MK on 01 Mar 2008

      Khai »
      sajer ikut waktu antarabangsa… huhu
      nanti aku setting balik

  5. Azhar Ahmad on 01 Mar 2008

    Nanananna, tag ni, dah lama saya tak buat…. HAhahahahah.. Sibuk2…

    Azhar Ahmad’s last blog post..Ada Kupu-kupu Terbang Dalam Hati – Bahagianya!!!

    • MK on 01 Mar 2008

      Azhar Ahmad »
      eit.. dia memang sibuk memanjang… hu3

  6. Eriyza on 02 Mar 2008

    Awat tuko umah baru??

    Eriyza’s last blog post..Malang Tidak Berbau

    • MK on 02 Mar 2008

      Eriyza »
      saje2.. bulan baru umah baru ^^

  7. Kak Sarah on 02 Mar 2008

    salam khairul.. ni kak sarah yg comel dtg menjenguk kt sini. dh agak dh yg kamu akn jawab tag tu kt sembangkomputer instead of yg lg 1 tu :) hihi. link2 yg sgt bagus ni. sure mata kamu mengecik je setiap hari menatap monitor. n trma kasih dunia ks pun tersenarai kt situ *smile*

    Kak Sarah’s last blog post..Linking Parks : Places Where I Always ‘Lay-Park’

    • MK on 02 Mar 2008

      Kak Sarah »
      hehe.. tag link saya dah dapat dari rynn la KS, pastu sy da jawab kat blogger
      ni buat lain, sebab circle lain yang tag

      takpe ye sy promote blog kak sarah.. sebab saya suke suke suke sangat blog KS… he3

  8. ecahkoop on 02 Mar 2008

    huhu!!! jwb dah….de mse ckit…lgpon ngah release tensen pas jwb 3 paper… thanx sbb tag sy..

    ecahkoop’s last blog post..aku kne tag lagi: 5 lmn web yg aku suke pulok!!!!

    • MK on 03 Mar 2008

      thanks sebab jawab ^^

  9. so'od on 02 Mar 2008

    alamak!

    so’od’s last blog post..Satu Yang Berlalu

    • MK on 02 Mar 2008

      so’od »
      um.. pe yang alamak..? o,0

      • so'od on 03 Mar 2008

        xde mende.. tgk theme blog ni smlm.. tiba2 teralamak plak.. ekeke..masa aku buat tag ni aritu aku letak link ko sbg a new site to watch out for.. all the best!

        so’od’s last blog post..Satu Yang Berlalu

      • MK on 03 Mar 2008

        hehe. thanks so’od, for promoting ^^

  10. NoktahHitam on 02 Mar 2008

    Terkejut aku tetibe dapat trackback ke emoticons.

    SembangKomputer pon best bace. Kadang2 mende remeh pon ko citer, which is SANGAT BAGUS. sbb tak semua orang tahu. Keep up the good work bebeh

  11. syamsulariff.com on 02 Mar 2008

    sape tak datang sini rugi la..bnyk hal komputer yg boleh disembang :D

    by the..mr MK..kenapa tang komen nie kecik sangat tulisan dia ?

    syamsulariff.com’s last blog post..Orang kata saya kera sumbang

    • MK on 02 Mar 2008

      syamsulariff.com »
      kecik sangat ek. i baru tukaq layout ni, nanti ler saya adjust. hu3

      • NoktahHitam on 03 Mar 2008

        kocik sgt babe. kene pakai ‘ctrl+scroll ke bawah’ baru nampak besar.

      • MK on 03 Mar 2008

        btw dalam Opera, ctrl + scroll ke atas.
        LOL sempat lagi promote

  12. KNizam on 02 Mar 2008

    KNizam Artwerk no 11 kan. hehe :)

    • MK on 02 Mar 2008

      KNizam »
      haah no 11, tapi tak cukup ruang dah. kuang3x

  13. Kak Sarah on 02 Mar 2008

    ks ada terbaca ada org tag kamu ni. tu yg jenguk2 kt sini. mmg ada. hehe. yg rynn dulu, ada kt blog lg 1 kn.. apa kbr kamu eh? hihi.

    Kak Sarah’s last blog post..Linking Parks : Places Where I Always ‘Lay-Park’

    • MK on 02 Mar 2008

      Kak Sarah »
      kabar baik kak sarah, sehat seperti biasa. tapi x tinggi2 pun. hu3

  14. keraknasi on 02 Mar 2008

    hoho. nasib baik ecah btau. kalo tak, mmg tak perasan kena tag. hehe. insyaAllah, sikit masa lagi akan dijwb. :D

    keraknasi’s last blog post..Sistematik sikit boleh?

    • MK on 02 Mar 2008

      hehe, tag khas buat pengunjung tetap SembangKomputer.Com

  15. nUUr on 03 Mar 2008

    hoho..org mintak 5 ko bagik 10.cayalah..tq kongsi ko pnya feveret website

    nUUr’s last blog post..Flood movie review

    • MK on 03 Mar 2008

      sebenarnye aku nak tag ko skali. tapi ko dah buat da pun. hehe.

  16. [...] dari SembangKomputer.com telah sesuka hatinya men-tag aku tentang 5 laman web yang aku suka (dan selalu lawat, kot, hehe). [...]

  17. azwan on 03 Mar 2008

    aku pun dah kena, tapi tak sempat buat lagi

    azwan’s last blog post..Lets Do Threesome

  18. [...] cerita bermula daripada blog lelaki tulen yang meminati warna pink yang kemudian mengajak burung biru untuk terbang bersama-sama dan singgah lalu-lalang untuk menikmati pai epal hijau di kedai pak [...]

  19. zaki blogjer on 09 Mar 2008

    Aisyah Rozi nyer blog mmg lawa. Tau design sendiri ok la. Tabikla 17 tahun dh start blogging

    • MK on 09 Mar 2008

      zaki blogjer »
      sebelum aisyahrozi.com, dia dah start lagi awal, kalau tak silap.
      tapi ada budak laagi awal dah start blogging.
      but for a 17-year-old girl, aisyah’s design is superb o.0

  20. melayubuntu on 22 Mar 2008

    wargh…blog aku termasuk gak..
    tocey2…hehe
    weh..im back.
    skin baru nmpak…cun bro!

    melayubuntu’s last blog post..Beberapa Update Terkini!

    • MK on 22 Mar 2008

      melayubuntu »
      oi, lama hang pegi bercuti ek
      dah, pegi hapdet blog tu!!

  21. Aisyah on 01 Apr 2008

    btw, MK, dari segi tatabahasa, it is, “10 laman web yang perlu anda tahu” :)

    yeah, sorry for being such a geek. budak baru lepas SPM memang camni. hehe.

    Aisyah’s last blog post..“Look at that ass, nice.”

    • MK on 01 Apr 2008

      tapi dari segi cakap ajuk dan cakap pindah, betul la ayat saya tu :p

      pukul 4 dah ni aisyah. tak tido agik ke..

    • NoktahHitam on 02 Apr 2008

      MK nye ayat pon betul jugak. ke?

      Aku pon dah lupe camne nak tules proper Malay… haih..

      NoktahHitam’s last blog post..April Fool: I’m Still a Fool For You

  22. [...] 10 Laman Web Yang Anda Perlu Tahu [...]

  23. syarif on 15 Apr 2008

    semua link tu bagus2.Keep up.

    syarif’s last blog post..VIRUS KILLER TECHNIQUE

  24. Shueqry on 24 Apr 2008

    Salam bro, baru jumpa blog ni dari blog bro Azwan.

    Hmm, Sarah Shukor tu, mcm pernah saya terbaca namanya.

    Mcm ada kat dlm list YM saya .. i’m not very sure that is here.

    baru tahu hari ni dia ada blog.

    Thanks for the info!

    -Shueqry-

  25. an on 10 May 2008

    akum leh tny ckit ark cmne ek nk dwnload video dlm youtube..

  26. razi on 20 May 2008

    web terjemah ada x?

  27. Mantot on 16 Jun 2008

    terima kasih kerana sudi membaca luahan perasaan aku

    Mantots last blog post..Food Review : Nasi Ayam OK Sungai Besi

  28. maxi on 19 Jul 2008

    wah..ni first time i masuk blog ni. Gempak gila la…minta ajar skit boleh?

    • MK on 21 Jul 2008

      @maxi: buleh.. takdak masalah..hehe

  29. mat on 08 Sep 2008

    Tambahan:-
    filehippo.com
    ask-leo.com
    bleepingcomputer.com
    technet.microsoft.com
    spa.gov.my
    mykmu.net
    the-antics-of-husin-lempoyang.blogspot.com (gurau senda politik)
    blackviper.com (laman web ini untuk computer geek)

    • MK on 08 Sep 2008

      @mat: oh, thanks for the link ^^

  30. fuad12 on 11 Mar 2009

    “Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk.” (At-Nahl 16:125)

    Salam ziarah dari saya,,blog yang menarik ,jemput muzakarah di blog saya….dan jadikan blog saya sebagai rakan anda..tq

  31. Samsudin on 14 Jan 2010

    Asalamualaikum,saudara saya nak tanya sikit pasal pc. ok ada cara ke? nak baik pulih pc dari jauh ( dari rumah saya ke batu pahat jhr) software apa yang saya perlukan tolong saya.TQ

    • MK on 20 Jan 2010

      Kalau ada sambungan internet antara kedua-dua PC, cuba LogMeIn atau TeamViewer

  32. aizuddin on 06 Mar 2010

    aisyah rozi ni cam femes je?hehe

  33. flipflop on 07 Apr 2010

    nice info


Tinggalkan komen anda