Saya ingat lagi pada tahun lepas, saya ingin mencari rumah sewa di sekitar Selangor. Jadi saya pergilah berjalan di bawah terik matahari untuk melihat mana-mana iklan yang ditampal di stesen bas ataupun tiang lampu. Sehinggalah satu hari kawan saya menegur, “Kenapa tak cari kat Mudah.my je?”
Rupa-rupanya laman web sebegini sudah sangat terkenal di kalangan pengguna Internet di Malaysia. Malah terdapat banyak rumah/bilik sewa yang diiklankan setiap hari. Laman-laman web sebegini termasuklah:
mudah.my
mudah.my adalah laman web jual-beli yang paling popular di Malaysia. Ia mempunyai fungsi carian yang sangat terperinci di mana anda boleh menyatakan ciri-ciri bagi rumah/bilik yang anda ingin cari.
Oleh kerana mudah.my bukanlah laman web jual-beli yang khusus untuk rumah dan bilik sewa, anda disarankan untuk turut melawat laman yang lain.
caribilik.my
caribilik.my adalah laman web yang khusus buat bilik untuk disewa. Saya suka rekabentuk muka hadapan caribilik.my, di mana mereka terus meletakkan kotak carian untuk kemudahan pengguna. Anda boleh terus memasukkan nama kawasan ke dalam kotak carian ni.
Laman web ini juga boleh menapis hasil carian berdasarkan kaum dan jantina yang dikehendaki oleh bilik sewa tersebut.
Let A Room
Let A Room merupakan satu lagi laman web buat bilik untuk disewa. Meskipun laman web ini mempunyai rekabentuk yang tidak terurus, namun ia masih berguna untuk mencari rumah/bilik untuk disewa.



bagus info ni , menyenangkan pihak yg nak cari rumah sewa . :)
maklumat di hujung jari anda
guna pakcik google
aku dulu carik bilik sewa kat 3 website yang kau bagi.
skg ni bilik yang aku dapat hasil pencarian aku kat mudah.my
:DD
Bro,bila nak upgrade forum SK???kalau boleh letak chatbox..(cadangan)
guna facebook pun boleh..
selalu di Mudah.my sahaja.
tapi lokasi jauh sangat.
penat aq ari 2 cari umah sewa…kt tenet pon ade rupenye><…time kasih byk2 tuk article nie
Sekarang ni mmg mudah..semua mudah..jangan mudah kena tipu sudahlah kan.
hehe, laman web caribilik.com tue cam hostelbookers jer.. hoho, nice sharing.. selamat tahun baru bro!
Barang kat mudah.my gila mahal. Moto buruk pun jual harga RM10,000
Apabila saya on komputer keluar kotak
“User Name: Administrator. Password:____________.” Bagaimana caranya supaya setiap kali on komputer tak keluar kotak seperti ini? Videonya seperti berikut:
http://www.youtube.com/watch?v=2sVzBkZd6i4
Salam Tuan.
Nak minta pertolongan sikit berkaitan komputer.
Baru-baru ni ada ada install game Call of Duty – Modern Warfare. Siap install, nak cuba main. Tiba-tiba, jammed.
Masalah sekarang, saya punya resolution adalah di lowest 4 bit, cuba nak naikkan colur resolution tak boleh. Semua besar besar belaka di monitor.
Tak boleh tengok youtube yang ada Adobe Flash Plugin pun crashed.
Boleh tau macammana nak repair?
Thanks
awat lama x updet
rumahsewa.com pun ada.
Jangan lupa cari bilik sewa kat sini.
ok,gan nice posting, bekunjung ^_^
terimakasih atas cadangan anda!
salam saya mencari rumah sewa di area mont kiara..harap anda boleh bantu saya