Keadaan PC aku sekarang. Takde casing :(
Monthly Archives: December 2007
Launchy: Lancarkan Program dengan Pantas
Bagaimana anda membuka notepad? Sudah tentu anda akan klik pada Start, All Programs, dan Accessories, barulah sampai pada Notepad. Leceh sungguh.
Launchy adalah sejenis application launcher, di mana ia akan memudahkan anda untuk melancarkan apa-apa program di dalam komputer. Anda tak perlu fikir lagi ke mana letaknya program tersebut, hanya taip sahaja pada Launchy.
Hanya tekan Alt + Space dan taipkan nama program anda. Anda tidak perlu taip nama penuh, kerana Launchy akan mengesan nama program tersebut secara automatik. Launchy juga tahu program mana yang anda selalu guna, dan akan mengutamakan program tersebut.
Sebagai contoh, saya hanya perlu taip “ope” untuk mendapatkan Opera. Setelah Launchy tahu yang Opera ini aplikasi kegemaran saya, hanya taip huruf ‘O’ pun dah cukup untuk membuka Opera! Kan senang tu.
Launchy ini juga sangat cerdik. Katakanlah saya nak buka Microsoft Office Picture Manager, kan panjang kalau saya nak taip semua tu. Tapi dengan Launchy, hanya taip “mc img” dan dengan pandainya Launchy meneka program yang betul ^^
Download Video Daripada YouTube Dengan KeepVid
Ikuti langkah-langkah berikut untuk download video dari YouTube menggunakan laman web KeepVid.
- Buka YouTube dan pegi kepada video yang anda ingin download. Copy alamat bagi video tersebut dari address bar bagi web browser anda.
- Pergi ke laman web KeepVid dan paste alamat tadi ke dalam ruang yang disediakan. Kemudian, klik pada butang Download.
- KeepVid akan memberikan anda beberapa pilihan untuk download. Pilih “Low Quality” untuk download dengan lebih cepat, atau pilih “High Quality” untuk kualiti video yang lebih baik.
- Pastikan anda klik pada Save untuk menyimpan video tersebut ke dalam PC.




Jadi Cover Majalah
Nak jadi cover majalah? Senang je. Pergi ke laman web MagMyPic dan upload gambar anda. Antara majalah – majalah yang boleh anda pilih adalah seperti Time, Vogue, PCGamer, dan Seventeen. Anda juga boleh letak imej tersebut terus kepada Friendster, Myspace, Facebook dan banyak lagi. Tak susah pun nak jadi cover majalah rupenye ^^

Simpan Kata Laluan Anda: PassPack
Saya kini mempunyai 59 buah akaun di laman-laman web yang berlainan. Tidak kesemua akaun-akaun tersebut mempunyai user name yang sama. Password juga berbeza-beza bagi setiap akaun bagi memastikan sekuriti. Adalah mustahil bagi saya untuk mengingati kesemua user name dan password ini.
Saya pasti keadaan ini juga berlaku kepada anda, di mana anda perlu mengingati akaun untuk e-mel, forum, laman download, dan macam-macam lagi. Sesetengah dari anda mungkin memilih untuk menggunakan password yang sama bagi semua akaun. Cara ni memang mudah, tetapi bahaya kerana jika salah satu dari akaun anda berjaya digodam, kesemua akaun yang lain juga turut dapat diceroboh.
PassPack adalah perisian yang menggunakan encyption untuk menyimpan maklumat mengenai akaun-akaun anda. Apabila anda mula-mula memasuki PassPack, anda perlu memasukkan satu password utama yang akan digunakan untuk mengenalpasti diri anda. Kemudian, anda boleh memasukkan seberapa banyak user name dan password yang perlu. Apabila PassPack ditutup, ia akan menjalankan proses encryption ke atas semua maklumat tersebut agar tidak dapat dibaca oleh orang lain.
Saiz PassPack yang amat kecil menjadikannya sesuai untuk dibawa bersama pen drive. Anda cuma perlu memasukkan fail passpack.exe dan passpack ke dalam pen drive anda untuk dibawa bersama.

Dapatkan PassPack di laman web DS Software.
Apa itu Download dan Upload?
Download atau muat turun berlaku apabila anda mengambil sesuatu fail dari Internet dan memasukkannya ke dalam komputer anda.
Upload atau muat naik berlaku apabila anda meletakkan sesuatu fail dari komputer anda untuk diletakkan ke atas sesebuah laman web.
Selamat Hari Raya Aidil Adha ^_^
Aku akan pulang ke Pahang sebentar sahaja lagi. Kat rumah dah takde kemudahan Internet macam kat asrama ni, jadi tak dapatlah aku nak update blog ni selalu. Insya-Allah, kalau ada kelapangan aku akan pergi ke Cyber Cafe untuk menambah lagi entri yang perlu.
Barangsiapa yang ada pertanyaan mengenai komputer, komen mengenai blog ni, atau apa – apa je lah, jangan segan untuk hubungi aku di sini.
Selamat Hari Raya Aidil Adha semua~~