Bagaimana Nak Update Avast Secara Manual

Cara nak update avast! Home Edition secara manual adalah sangat mudah. Untuk mendapatkan fail update tersebut, pergi ke laman web avast dan download fail yang dipaparkan. Apabila download telah siap, hanya double-click pada fail yang berkenaan dan proses update akan berlaku secara automatik.

Laman rasmi avast!: http://www.avast.com/
Laman update: http://www.avast.com/eng/update_avast_4_vps.html
Download avast! Home Edition yang terbaru di sini. (terima kasih Reezal)

Cara-cara update antivirus yang lain:

Miranda IM : Client IM Minimalistik

Dok merayau kat Internet, aku terbaca satu entry oleh leokid yang ada menyebut pasal Y! Messenger. Timbul idea aku untuk menulis pasal client IM kegemaran aku, Miranda IM. Lihat screenshot di bawah ni:

So, apa kelebihan Miranda IM berbanding messenger yang lain? Dua kelebihan yang utama ialah:

  1. Miranda menyokong AIM, Jabber, ICQ, IRC, MSN, Yahoo dan banyak lagi. Tidak terhad kepada satu-satu perkhidmatan sahaja.
  2. Sangat simple. Seperti slogan utama Miranda IM: Smaller, faster, and easier.

Aku suka sangat software yang kecil dan tak banyak menggunakan resource PC, macam Miranda IM ni. Fuctionality comes first, then design.

Paparkan Sua Windows serentak

Biasanya bila nak buat research kat web pasal assignment, kita akan buka Internet Explorer dan Microsoft Word. Lepas tu, selalulah kita tekan Alt + Tab untuk bertukar-tukar antara Window. Tahu tak, ada cara yang membolehkan kita resize kedua-dua Windows supaya kedua-duanya dapat dipapar secara serentak. Ini dapat dilakukan dengan:

  1. Dekat taskbar, klik pada application yang pertama. Kemudian tekan CTRL (jangan lepaskan) dan right-click pada application yang kedua.
  2. Pada context menu yang keluar, pilih Tile Horizontally atau Tile Vertically

Macam mana nak view tiga, atau lebih application serentak lak? Sama je macam cara di atas - waktu tekan CTRL tu, jangan lepas dan pilih seberapa banyak application di taskbar, dan pada right-click pada application yang terakhir.

Bagaimana Nak Update AVGFree Secara Manual

Pada ruangan kali ini, saya akan tunjukkan cara-cara nak update anti-virus AVG Free Edition dengan menggunkan fail. AVG Free lebih ringan dan menggunakan memori yang sedikit berbanding dengan anti-virus yang lain. Namun dari segi kecekapan mengesan virus, Avira AntiVir dan Avast adalah pilihan yang lebih baik. Bagi anda yang ingin mendapatkan AVG Free Edition, boleh download di sini:

Cara-cara nak update:

  1. Pergi ke laman web ini untuk mendapatkan update AVG Free terbaru.
  2. Di bawah bahagian priority update, pilih fail yang berada paling atas.
  3. Setelah download selesai, buka AVG Free Edition anda. Pilih pada butang “Check for Updates”
  4. Pada Update window, pilih Folder. Di sini, pilih folder di mana anda telah save fail update tadi.

Laman rasmi AVG Free: http://free.grisoft.com
Laman update: http://free.grisoft.com/doc/24/lng/us/tpl/v5

Cara-cara update antivirus yang lain:

Melihat Fail Tersembunyi Dalam Windows

Dalam Windows, terdapat hidden files iaitu fail tersembunyi yang biasanya tidak kelihatan. Biasanya fail jenis ini adalah fail sistem yang yang digunakan oleh Windows.

Apa kebaikannya kita biarkan fail jenis ini terlihat? Sebab virus dan malware biasanya datang dalam bentuk tersembunyi. Jadi, kita akan lebih mudah mengesan malware (selalunya datang dalam pen drive) yang tersembunyi di dalam Windows.

Continue reading

Bagaimana Nak Update Avira Secara Manual

Avira AntiVir PersonalEdition Classic adalah perisian anti-virus percuma yang paling bagus setakat ni (2nd: Avast, 3rd: AVG Free). Seperti anti-virus lain, Avira ni kena update selalu untuk memastikan ia kenal virus dan malware yang terbaru. Tapi sesetengah dari kita tak ada kemudahan Internet kat rumah / bilik. Ikut cara kat bawah ni untuk ambil update dari Internet (Cyber Cafe, contohnya) dan update Avira kat PC korang tu.

Continue reading