Berkongsi Fail dan Folder Dalam Rangkaian

Kali ini saya akan tunjukkan cara – cara untuk menghubungkan dua komputer melalui LAN (Local Area Network) atau Internet. Anda boleh berkongsi folder dan fail, mahupun keseluruhan drive.

Sebelum bermula, pastikan servis – servis di bawah berfungsi pada kedua – dua komputer. Biasanya servis – servis ini telah siap sedia dipasang dalam Windows XP, jadi anda tidak perlu risau lagi. Servis-servis tersebut adalah:

  • Protokol “TCP/IP” dan  ”NetBEUI”
  • Remote Access Service

Ikuti langkah – langkah berikut:
Continue reading

Membaiki ‘Registry Editing Has Been Disabled’

Jika Windows akan memaparkan mesej “Registry editing has been disabled by your administrator” apabila anda cuba membuka regedit, ianya mungkin disebabkan oleh serangan virus.

Untuk menyelesaikan masalah ini, anda boleh gunakan salah satu dari mana-mana langkah di bawah, samada dengan gpedit.msc ataupun third-party registry editor:

Menggunakan Group Policy Editor (gpedit.msc)

  1. Pada kotak Run, taipkan gpedit.msc dan tekan Enter untuk melancarkan Group Policy Editor.
  2. Pergi ke User Configuration\Administrative Templates\System
  3. Double-click pada Prevent access to registry editing tools
  4. Tukarkan nilainya kepada Disabled

Mengunakan Third-Party Registry Editor

  1. Gunakan software yang boleh akses registry, selain dari regedit.
  2. Pergi ke HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\System
  3. Cari DisableRegistryTools dan tukarkannya kepada 0

Scan Virus Sebelum Masuk Windows dengan UBCD4Win

Atas pertanyaan Azhar, kali ini saya ingin menerangkan kepada anda apa yang perlu dibuat jika virus di dalam komputer tidak membenarkan pemasangan antivirus. Adakah anda perlu format komputer? Tidak sama sekali! Sebenarnya terdapat 1001 penyelesaian terhadap masalah sebegini tanpa perlu format semula komputer.

Ok, cadangan saya bagi masalah kita ini adalah scan komputer sebelum Windows dimulakan. Mengapa? Kerana sebahagian besar virus hanya berfungsi selepas Windows dimulakan. Bagaimana? Dengan menggunakan bootable CD. Bootable CD bermaksud CD yang boleh dijalankan tanpa memerlukan Windows. Continue reading

Membaiki “Task Manager is Disabled”

Satu masalah yang kerap kali berlaku akibat serangan virus ialah fungsi Task Manager dihalang. Jika anda klik kanan pada taskbar dan  ’Task Manager’ berwarna kelabu, ia bermakna ia Task Manager telah disekat.  Jika anda cuba membukanya melalui Run > taskmgr pula, satu kotak mesej akan keluar: “Task Manager has been disabled by your administrator.”

Untuk mengembalikan semula fungsi Task Manager ini, anda haruslah terlebih dahulu membuang virus pada komputer tersebut. Gunakan perisian Anti-Virus seperti Avira, Avast, ataupun AVGFree. Kalau Antivirus pun gagal dibuka dalam Windows, ketahui bagaimana untuk scan virus sebelum masuk ke dalam Windows.

Untuk mengembalikan semula fungsi Task Manager ini, anda boleh gunakan regedit ataupun gpedit.msc. Ikuti salah satu dari dua cara di bawah:

Menggunakan Registry Editor (regedit)

  1. Pada kotak Run, taipkan regedit dan tekan Enter untuk melancarkan Registry Editor.
  2. Pergi ke HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies.
  3. Cari DisableTaskMgr dan tukarkannya kepada 0.

Menggunakan Group Policy Editor (gpedit.msc)

  1. Pada kotak Run, taipkan gpedit.msc dan tekan Enter untuk melancarkan Group Policy Editor.
  2. Pergi ke User Configuration\Administrative Templates\System\Ctrl + Alt + Del Options
  3. Pada bahagian kanan, double-click pada Remove Task Manager dan tukarkannya kepada Disabled.

Unstoppable Copier: Salin Fail Tanpa Gangguan

Jika kita menyalin sebuah folder yang bersaiz besar dan mempunyai kandungan fail yang banyak, sudah tentulah ia akan mengambil masa yang lama. Daripada duduk termanggu di depan monitor, adalah lebih baik kita tidur dan biarkan Windows menyelesaikan operasi tersebut. Namun keesokan hari kita mendapati keluar satu mesej: “Are you sure you want to continue?”. Adoi..

Unstoppable Copier boleh membantu anda untuk menyalin seluruh kandungan dalam folder tanpa sebarang gangguan. Perisian ini asalnya direka untuk menyalin fail-fail dari hard disk yang rosak. Oleh kerana banyak mesej error yang akan keluar sewaktu proses menyalin (akibat dari hard disk rosak), Unstoppable Copier akan memintas semua error tersebut dan terus menyalin.

Continue reading

Miranda IM v0.3.7 Telah Keluar

Saya cuma nak kongsi sedikit update di sini. Miranda IM versi 0.7.3 baru sahaja dikeluarkan. Apa yang menarik minat saya ialah, Miranda IM kini akan mengeluarkan mesej jika anda mendapat e-mel baru, sama seperti YM. Satu lagi sebab untuk saya terus menyukai Miranda IM ^^