FreeCommander: Buka Folder Dengan Pantas

Adakah anda masih menggunakan Windows Explorer? Apa tu Windows Explorer? Tekan Windows + E pada papan kekunci anda dan Windows Explorer akan keluar, iaitu cara biasa kita membuka folder di dalam Windows. Namun Windows Explorer ini ternyata banyak kekurangannya lagi.

Jika anda ingin lebih produktif dalam menguruskan fail serta membuka folder di dalam Windows, gunakanlah FreeCommander. Dwi-paparan yang terdapat pada FreeCommander sangat memudahkan kerja – kerja menyalin dan memindahkan fail dari satu folder ke satu folder yang lain. Anda juga boleh menetapkan shortcut key pada folder kegemaran anda, fungsi ini sangat berguna dan menjimatkan masa, terutama jika anda mempunyai banyak folder yang kerap dikunjungi. Jika anda perlu lebih dari dua bahagian, FreeCommander ada menyediakan fungsi multi-tabbed Windows.

Banyak lagi fungsi yang terdapat pada FreeCommander, dan berikut adalah yang paling kerap digunakan:

Continue reading

Screenshot Dengan Mudah Menggunakan EasyCapture

Sebagai seorang pelajar, saya selalu membuat screenshot untuk disertakan dalam laporan. Imej yang ditangkap tidak selalunya diletakkan bulat – bulat di dalam laporan; ia biasanya disunting terlebih kepada bahagian yang penting sahaja. Dan biasanya saya menggunakan Paint untuk membuang bahagian yang tidak dikehendaki. Proses ini ternyata melecehkan.

Di sinilah saya berjumpa dengan EasyCapture. Perisian ini memberi anda pilihan untuk membuat screenshot, seperti:

Continue reading

Bina Laman Web: Pilih Warna Yang Sesuai

Baru – baru ini saya diberi tugas untuk membina sebuah laman web buat sebuah syarikat. Dah la saya ni hanya pelajar praktikal, memang kena buli je. Dalam proses membuat rekabentuk bagi laman web ini, keputusan yang paling sukar hendak dibuat adalah memilih warna yang sesuai (nak lagi orang yang rabun design seperti saya ni :p).

Pemilihan warna adalah merupakan satu aspek yang sangat penting bagi sesebuah laman web. Gabungan warna haruslah sepadan, kalau tidak laman web akan nampak serabut. Mujurlah saya terjumpa ColorBlender. Laman web ini dapat membantu anda untuk memilih gabungan warna yang sesuai. Hanya pilih satu warna yang anda kehendaki, dan ColorBlender akan memberi anda lima lagi warna yang sepadan. Terdapat juga pilihan untuk mengeluarkan set warna secara rawak. Anda juga boleh menyimpan set warna yang anda telah pilih untuk kegunaan di masa hadapan.

Continue reading

RM250 untuk sebuah PC, Ada Yang Berminat?

Baru sahaja terbaca entri ini dari melayubuntu: bina PC sendiri dengan kos $72 sahaja (dari Popular Science). Jika ditukar kepada Ringgit Malaysia, PC ini cuma berharga RM 250 sahaja. Dengan CPU jenis Intel Celeron 500Hz, 128MB SDRAM, dan USB Drive (ia tidak memerlukan hard disk), PC ini sudah cukup untuk tujuan menaip dan melayari Internet. OS yang digunakan adalah Damn Small Linux, satu jenis OS Linux yang popular kerana saiznya yang amat kecil.

Bagi saya, kreativiti seperti ini adalah sangat menarik. Oleh kerana ramai orang terlalu mengikut trend dan perkembangan teknologi, mereka berlumba – lumba meningkatkan keupayaan PC masing – masing dengan menambah graphic card, RAM, casing yang canggih, dan macam – macam lagi. Kalau PC tersebut digunakan untuk tugas – tugas yang berat (image processing, video editing) lain cerita, tapi menghabiskan sejumlah duit yang banyak hanya untuk bermain permainan komputer adalah satu perbuatan yang membazir.

Continue reading

Picasa: Perisian Pengurusan Foto Terbaik!

Saya sangat suka mengambil gambar. Walaupun dulu hanya mampu pinjam kamera kawan, saya akan tangkap gambar bila sahaja ada peluang. Bila gambar dan foto bertambah banyak di dalam komputer, saya mula mencuba pelbagai perisian untuk menguruskannya seperti ACDSee, FastStone Viewer, dan beberapa perisian yang lain. Namun saya sentiasa mencari perisian yang baru kerana ianya masih belum memuaskan hati saya.

Kini pencarian saya berakhir apabila saya berjumpa dengan Picasa ^^

Continue reading

Lajukan Startup Windows Dengan Autoruns

Apabila anda install sesuatu perisian di dalam Windows, biasanya perisian ini akan menambah satu entri di dalam startup, bertujuan supaya perisian tersebut akan dilancarkan oleh Windows secara automatik. Apabila entri di dalam startup menjadi terlalu banyak, proses melancarkan Windows akan menjadi semakin lambat.

Bagi pengguna Windows yang berpengalaman, msconfig boleh digunakan untuk membuat tetapan supaya aplikasi – aplikasi ini tidak dilancarkan secara automatik. Walau bagaimanapun, jumlah startup yang dipaparkan oleh msconfig agak terhad.

Autoruns dari Sysinternal dapat memaparkan program apakah yang dilancarkan secara automatik sewaktu Windows baru dihidupkan. Program – program ini termasuklah yang berada di dalam folder startup, dan di dalam registry keys pada Windows. Anda boleh mengosongkan checkbox pada program yang anda tidak ingin lancarkan secara automatik, atau anda boleh membuangnya terus. Autoruns juga boleh digunakan untuk membuang entri – entri startup yang dibuat oleh malware.

Download Autoruns di sini.

StyleFolder: Tukar Latar Belakang Folder Anda

Kini anda boleh hiasi folder kegemaran anda dengan latar belakang dan ikon yang tersendiri. StyleFolder membolehkan anda menentukan imej yang akan digunakan sebagai latar belakang folder, ikon bagi folder tersebut, dan warna tulisan.

StyleFolder juga boleh digunakan di dalam USB drive, di mana latar belakang yang telah ditetapkan akan kekal walaupun USB drive digunakan pada komputer lain.

Download StyleFolder di sini.