Apa itu Codec?

Anda ingin memainkan satu video klip, tetapi apabila anda membukanya, hanya bunyi yang kedengaran tanpa video. Pernahkah anda mengalami situasi begini?

Jika ya, itu bermakna anda tidak mempunyai codec yang sesuai untuk memainkan fail video tersebut. Biasanya Windows Media Player (atau apa – apa pemain video yang lain) akan mengeluarkan mesej seperti “Error downloading codec”.

Codec bererti compressor/decompressor. Codec ini digunakan untuk memampatkan fail video yang bersaiz besar.

Jika anda menghadapi masalah seperti yang di atas, anda hanya perlu mendapatkan codec yang sesuai untuk fail video tersebut. Untuk lebih mudah, download sahaja codec semua dalam satu, contohnya K-Lite Codec Pack.

Tukar Tema Windows XP kepada Windows 2000

Bagi mamat – mamat klasik (seperti saya :p), anda boleh menukar gaya visual dan tema Windows XP untuk menyerupai Windows 2000. Ikuti langkah – langkah di bawah:

  1. Right-click pada My Computer dan pilih Properties, atau gunakan shortcut Win + Pause
  2. System Properties akan dipaparkan. Pilih tab Advanced.
  3. Di bawah ruangan Performance, pilih Settings.
  4. Performance Options akan dipaparkan. Klik pada pilihan “Adjust for best performance”. Perhatikan bahawa semua checkbox akan dikosongkan.
  5. Klik OK.

Dengan memilih “Adjust for best performance tadi”, akan terdapat sedikit peningkatan pada prestasi dan kelajuan Windows, terutamanya bagi komputer lama.

Apakah itu ISO dan Disk Image?

Jika anda tidak biasa dengan istilah ‘Disk Image’, ia adalah satu salinan CD atau DVD dalam bentuk fail. Disk image ini biasanya terdapat dalam bentuk .ISO. Format – format yang lain termasuklah juga .IMG, .DMG, dan .NRG. Oleh kerana ISO ini hanyalah merupakan satu fail, untuk menggunakannya anda haruslah burn fail ISO tersebut, iaitu memasukkannya ke dalam CD atau DVD. Anda juga boleh menggunakan CD Emulator seperti Alcohol 120% atau Daemon untuk menggunakan fail ISO tanpa perlu burn ke dalam CD/DVD. Teruskan membaca.


Continue reading

NanoScan: Periksa Virus Secara Online

NanoScan adalah servis pengesan Virus secara online yang dibina oleh Panda Software. Ini bermakna, anda tidak perlu install apa – apa software di dalam komputer. Apa yang anda perlukan hanyalah sambungan Internet, dan NanoScan akan memeriksa komputer anda secara atas talian.

NanoScan

Masa yang diambil oleh NanoScan amat pantas,kira - kira 1 minit sahaja untuk memeriksa keseluruhan PC anda. Jika NanoScan mengesan apa – apa ancaman pada PC anda, anda bolehlah menggunakan TotalScan untuk membuang ancaman – ancaman tersebut.

Teruskan membaca bagi mendapatkan maklumat tambahan mengenai NanoScan dan TotalScan.

Continue reading