STP: Pemain MP3 Minimalistik

Aku memang obses dengan applikasi yang kecil ringan. Kali ini, aku nak memperkenalkan STP MP3 Player. Paparan asas STP hanyalah tray icon yang ringkas di taskbar. Dari tray icon tersebut, kita boleh menjalankan segala operasi STP seperti memilih lagu, play, pause, dan sebagainya. Selain dari ikon di taskbar, STP juga boleh memaparkan minibar, mp3 info, playlist, dan equalizer.

Guerilla Mail: E-mel Pakai Buang

Guerilla Mail menyediakan e-mel sementara yang akan bertahan selama 15 minit. Ia tidak memerlukan pendaftaran, anda hanya perlu klik pada “Get temporary e-mail” bagi mendapatkan e-mel sementara anda. Jika anda ingin melanjutkan tempoh hayat bagi e-mel tersebut, anda hanya perlu tekan pada “Give me 15 more minutes” bagi 15 minit tambahan. Sepanjang tempoh yang diberikan, anda boleh menulis, menerima, dan membalas e-mel.

Di manakah anda perlu menggunakan servis seperti Guerilla Mail ini? Biasanya ia perlu apabila anda ingin mendaftar dengan satu-satu laman web yang dikhuatiri, dan bimbang laman web tersebut akan menghantar banyak spam kepada e-mel anda. Dengan Guerilla Mail, anda tak perlu risau kerana e-mel tersebut hanyalah e-mel sementara sahaja.