Isi Maklumat dan Password Secara Automatik Dalam Opera

opera-wand

Berapa banyak kali anda isi maklumat-maklumat seperti Nama, Alamat, dan Emel dalam sehari? Jika anda banyak mengunjungi blog-blog untuk memberi komen, ataupun selalu mendaftar di laman web – laman web baru, tugas mengisi maklumat seperti ini adalah menjadi rutin harian yang tidak dapat dielakkan. Ketahui bagaimana anda boleh menjimatkan masa dalam mengisi maklumat seperti ini, dengan menggunakan Opera.

Tekan Ctrl+F12 untuk membuka Preferences dalam Opera. Pergi kepada tab Wand. Di sini, anda boleh isi maklumat-maklumat yang sering diminta oleh laman web-laman web dan blog-blog. Anda boleh melengkapkan bahagian mana yang perlu, jika tidak semua.

Sekarang, mari kita uji fungsi Auto-Complete pada Opera ini. Di bawah kotak komen pada blog saya ni, cuba masukkan nama anda. Hanya dengan satu huruf sahaja, Opera akan memaparkan senarai Auto-Complete yang boleh anda pilih.

Continue reading

Cara-cara Nak Buat Favicon Untuk Laman Web Anda

genfavicon Perasaan tak ikon kecil di sebelah URL SembangKomputer.Com? Ikon ini dipanggil sebagai Favicon. Favicon ini adalah ibarat identiti bagi sesebuah laman web. Ia akan mucul di sebelah URL, di bahagian tab, dan juga pda Bookmark.

Genfavicon boleh membantu anda membuat Favicon anda sendiri dengan mudah. Anda cuma perlu upload imej, tetapkan saiz, dan Genfavicon akan menghasilkan fail favicon.ico untuk anda.

Untuk meletakkan Favicon ini pada laman web, upload favicon.ico pada folder induk laman web anda (biasanya public_html) dan sertakan kod ini pada header laman web:

<link href=’/favicon.ico’ rel=’shortcut icon’/>

[Via CreativeTech Tips]

Baiki Masalah PC Dengan BartPE

bartpe Sebagai pengguna Windows, adalah menjadi lumrah untuk kita menghadapi seribu satu masalah dengan Operating System keluaran Microsoft ni. Nasib baiklah dengan adanya pelbagai perisian dan utiliti, macam-macam kita boleh buat untuk membaiki masalah di dalam Windows.

Tapi, bagaimana pula kalau Windows pun tak dapat nak buka? Dah tentu mati kutu kita dibuatnya. Jangan bimbang, kerana anda boleh lancarkan pelbagai program tanpa perlu masuk ke dalam Windows, dengan menggunakan BartPE.

BartPE adalah Boot CD untuk Windows. CD ini digunakan untuk tujuan PC Maintenance, iaitu penyelenggaraan komputer. Antara perkara-perkara yang anda boleh buat dengan BartPE adalah:

Continue reading

Locate32: Cari Dokumen Anda Dalam Sekelip Mata

dogTugas mencari fail dalam Windows adalah sesuatu yang paling saya cuba elakkan. Ini kerana fungsi Search (Win + F) yang tersedia dalam Windows sangat lembab dan menjengkelkan (saya benci anjing tu >_<). Namun, ternyata bahawa fungsi ini sangat diperlukan, lebih-lebih lagi apabila saya terlupa di mana letaknya satu-satu fail.

Bagi menggantikan fungsi Search dalam Windows ini, saya gunakan Locate32. Apabila anda mula menaip nama fail, Locate32 akan terus memaparkan hasil carian. Ianya terbukti sangat pantas dalam mencari fail.
Continue reading