Install Linux Dalam Windows Anda Dengan VirtualBox

Teringin nak cuba Linux, tapi tak berani nak install? Yela, takut-takut tersilap install, habis lak satu hard disk tu nanti. Kalau begitu, anda boleh gunakan innotek VirtualBox. Perisian ini adalah merupakan alternatif kepada VMWare, malah lebih baik dari VMWare kerana ianya percuma! ^^

Dengan VirtualBox, anda boleh install apa-apa OS di dalam Windows anda. Jangan risau kerana ianya tidak akan menganggu sistem Windows sedia ada, kerana OS ini ditempatkan di dalam virtual machine. Continue reading

Perlukah Perlindungan Terhadap Spyware?

spyware_terminator01

Jika anda menggunakan perisian Antivirus percuma serperti Avira dan AVGFree, adakah PC anda telah selamat dari ancaman malware? Jawapannya tidak! Ini kerana, Antivirus versi percuma seperti ini hanya melindungi komputer anda dari virus sahaja, tetapi tidak dari ancaman spyware.

Pada mulanya saya sendiri pun malas nak install Anti-spyware ni, dan setakat ini PC saya masih selamat dari virus. Sampailah semalam apabila saya perasan Internet Explorer telah terbuka dengan sendirinya, dan secara automatik pergi ke satu laman web yang menawarkan perlindungan antivirus. Awas! Laman web seperti ini biasanya menipu, dan akan meminta anda download software mereka yang sebenarnya mengandungi virus.
Continue reading

Padankan Open/Close Tag Dengan PSPad

PSPadJika anda banyak bekerja dalam bidang pembangunan Web seperti HTML, PHP, dan sebagainya; ada pasti akan mendapati fungsi dalam PSPad ini sangat berguna.

Apabila anda klik satu-satu tag dalam fail anda, PSPad akan highlight open/close tag yang berpadanan secara automatik. Fungsi ini membantu anda mengenalpasti di manakah satu-satu tag itu bermula dan berakhir.
Continue reading

FreeRice: Menderma Tanpa Mengeluarkan Wang

FreeRice

Bolehkah hanya dengan bermain game, anda dapat membantu dalam membanteras kebuluran di seluruh dunia? Ya, ianya tidak mustahil di FreeRice.

FreeRice adalah sebuah laman web yang menyediakan permainan vocabulary (perbendaharaan kata). Peraturannya mudah saja, anda dikehendaki memilih jawapan yang betul bagi perkataan yang diberi. Dan bagi setiap jawapan yang tepat, ia akan menyumbangkan sebanyak 20 butir nasi kepada mereka yang memerlukan.
Continue reading

Cara Nak Auto Save dalam Microsoft Word

Anda sedang bertungkus-lums menaip pada lewat malam untuk menyudahkan assignment. Jam sudah menunjukkan pukul 4 pagi, empat jam lagi sebelum assignment harus diletakkan di atas meja pensyarah. Kalau hantar lambat, potong markah. Sudah 15 muka surat berjaya anda siapkan. Tinggal kesimpulan sahaja yang harus dimasukkan. Anda baru hendak menarik nafas lega, tiba-tiba… Continue reading

Cara Nak Buang Eksplorasi.exe

Pagi ni, saya ON kan komputer pejabat, dan keluarlah satu message box:

eksplorasi01.png

Jika PC anda dapat message box yang sama, bererti ia pernah dijangkiti oleh virus Brontok. Kalau anda dah scan PC tersebut dengan antivirus, anda tidak perlu risau lagi kerana message box itu hanyalah tinggalan virus Brontok dalam registry.

Untuk membuang message box ini dari terus muncul dalam Windows, ikuti langkah-langkah berikut: Continue reading