Betapa Pentingnya Backup!

Backup dan restore merupakan dua istilah teknikal yang agak sukar diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. Jadi, di sini saya ingin terangkan mengenai istilah backup dan restore dalam bahasa yang mudah.

Apa itu backup? Backup adalah proses membuat salinan pada fail-fail dan dokumen-dokumen anda. Salinan tambahan ini dibuat sebagai langkah berjaga-jaga, kerana siapa tahu, esok lusa Windows anda akan rosak dan tidak berfungsi. Atau mungkin anda secara tidak sengaja terbuang data-data anda yang berharga. Proses mengembalikan semula data yang hilang dipanggil sebagai restore.
Continue reading

PING: Alternatif Kepada Norton Ghost

Artikel ini membincangkan:

  • Apakah itu GHOST?
  • Apakah itu PING?

Sudah sekian lama saya mencari perisian alternatif untuk perisian Symantec Ghost. Symantec Ghost selama ini telah menjadi alat yang sangat berguna dalam membuat klon sesebuah partition, samada operasi backup atau restore. Malangnya perisian sehebat ini bukanlah percuma, dan saya tak tahu sampai bila saya boleh menggunakan Symantec Ghost versi cetak rompak tanpa rasa bersalah :p.

Baru semalam saya tahu akan kewujudan PING (Partimage is Not Ghost). Seperti namanya, PING bukanlah Symantec Ghost, tetapi mampu melakukan fungsi yang sama seperti Symantec Ghost, malah lebih lagi.

Ops, mungkin ada yang tertanya-tanya, apa yang hebat sangat pasal Ghost ni? Ghost ini berfungsi untuk membuat salinan keseluruhan partition atau hard disk anda, dengan kadar yang cepat. Jika anda seorang yang berhati-hati (dan sebenarnya ada memang perlu berhati-hati), anda perlu sedar akan kepentingan membuat backup. Tapi kalau nak buat backup secara copy and paste semua fail-fail anda itu, sangatlah leceh dan lambat. Menggunakan Symantec Ghost atau PING adalah pilihan yang lebih baik.

Continue reading

Ketahui Alamat IP Anda Dengan Mudah

Kalau anda nak mengetahui alamat IP anda, ada dua cara mudah yang ingin saya kongsi:

  1. Layari laman web What is My IP dan alamat IP anda akan terus terpampang di bahagian atas laman web tersebut.
  2. Gunakan perisian IP2. Hanya klik pada butang “Find My IP addresses” dan IP2 akan memaparkan alamat IP bagi LAN IP dan WAN IP anda.

DosBox: Mainkan Game Lama Pada Windows XP

Teringin nak main game lama, zaman DOS dulu? Mungkin permainan-permainan seperti Prehistorik 2 sudah ketinggalan zaman, tapi perasaan nostalgik itu masih ada ^^. Malangnya, kebanyakan dari perminan ini tidak lagi sesuai dijalankan pada komputer baru dan OS yang baru seperti Windows XP.

DOSBox Portable berfungsi menjadi emulasi bagi komputer Intel x86, lengkap dengan grafik, bunyi, dan sebagainya. Pendek kata, anda boleh mainkan game DOS lama di dalamnya. Untuk melancarkan permainan dari DOSBox, ikuti langkah-langkah di bawah: Continue reading

Cari Nama Driver Dengan PC Wizard

Setelah anda format Windows, perkara pertama yang harus dipasang sudah tentulah driver. Tapi, ops, apa nama driver saya ye? Oleh kerana Windows baru sahaja format kembali, sudah tentu ia tidak akan memaparkan kad grafik (graphic card) atau kad bunyi (sound card) apakah yang anda sedang guna. Jadi, macam mana nak tahu apakah nama driver dalam komputer? Continue reading