Tukar Nama Bagi Banyak Fail Sekaligus

Biasanya saya akan menukar nama bagi foto-foto yang saya telah ambil. Nama-nama seperti DSC020, DSC021, dan DSC003 sudah tentu tidak memberi apa-apa makna; lalu saya menukarnya kepada nama-nama seperti “raya (1)”, “raya (2)”, dan “raya (3)”. Perlukah saya menukar nama bagi kesemua fail ini satu persatu? Sudah tentu sekali tidak! Ikuti cara di bawah bagi menukar nama bagi sejumlah fail sekaligus.

  • Pilih fail-fail yang akan dinamakan.
  • Klik-kanan pada fail yang pertama, pilih Rename.
  • Tulis nama baru diikuti dengan “(1)”. Contohnya saya tukarkan “DSC020.jpg” kepada “raya (1).jpg”
  • Tekan Enter.

Kesemua fail yang berikut akan dinamakan secara automatik mengikut urutan. Kan senang tu ^^

Dapatkan Foto Berkualiti Tinggi Secara Percuma

Jika anda sedang mencari foto yang berkualiti untuk diletakkan di dalam blog atau website anda, anda boleh menggunakan “stock photo”. Foto stok adalah koleksi foto yang ditangkap oleh jurukamera profesional, dan boleh dilesenkan untuk tujuan-tujuan tertentu. Ia amat menjimatkan masa dan wang kerana anda tidak perlu lagi mengupah jurukamera profesional untuk menangkap gambar untuk anda.

Sesetengah dari laman stok foto mengenakan bayaran jika anda ingin menggunakannya. Jika anda ingin mencari stok foto percuma, lawati Stock.Xchng untuk lebih 250 000 foto yang berkualiti tinggi. Anda boleh menggunakan foto-foto ini untuk diletakkan pada blog / laman web ada, sebagai wallpaper, atau sekadar koleksi. Pastikan anda tidak melanggar “Term of use” yang telah dinyatakan oleh Stock.Xchng.

Buka Folder Dan Drive Dengan Selamat, Elakkan Virus!

Cara paling mudah dan paling popular untuk menyebarkan virus adalah melalui USB drive. Situasi ini biasa lazimnya berlaku di kolej dan universiti, di mana pelajar-pelajar menggunakan USB drive untuk menyalin segala macam fail ke dalam komputer kawan.

Jika anda seorang yang berjaga-jaga, pastinya anda ada memasang antivirus untuk memeriksa USB drive tersebut. Selain itu, terdapat beberapa langkah mudah yang lain untuk mengenalpasti , irus dan malware apabila anda membuka satu-satu folder, seperti di bawah:

Continue reading

FolderLock: Lagi Perisian Untuk Sembunyikan Folder Anda

Zuriaf ada meminta saya untuk menulis tentang perisian FolderLock yang berfungsi meletakkan kata laluan pada folder agar tidak boleh diakses oleh orang lain. Sebenarnya saya cuba elakkan untuk menulis perisian shareware (berbayar) dalam blog ini, tapi takpelah sebab kita nak buat perbandingan antara Folder Lock dan TrueCrypt.

FolderLock mempunyai dua pilihan untuk melindungi folder anda, iaitu Lock dan Encrypt.

Lock. Anda boleh Lock iaitu mengunci mana-mana folder yang sedia ada dalam komputer anda. Pilihan ini sangat pantas, ia mengunci folder dengan serta-merta. Folder yang dikunci akan tersembunyi dalam Windows. Fungsi Lock boleh dijalankan terhadap dua jenis folder:

  • Folder khas iaitu C:\Program Files\Folder\Locker.
  • Kepada mana-mana folder. Anda boleh memilih mana-mana folder dalam komputer anda untuk dikunci.

Continue reading