5 Cara Untuk Lajukan Windows XP

Walaupun Windows Vista telah lama dilancarkan oleh Microsoft, kebanyakan dari kita masih lagi menggunakan Windows XP sebagai Operating System. Ini mungkin kerana anda telah biasa dengan Windows XP, dan lebih selesa dengannya. Mungkin juga anda memilih Windows XP kerana ia kurang mengalami masalah compatibility dengan software lama.

Setelah menggunakan Windows XP buat beberapa ketika, anda mungkin perasan PC anda menjadi semakin lembab berbanding semasa baru lepas install Windows dahulu. Selain dari memastikan komputer anda bersih dari Virus dan Malware, terdapat beberapa perkara yang anda boleh amalkan untuk memastikan Windows XP berjalan dengan lebih lancar. Di sini saya ingin kongsi lima tips berikut:

Continue reading

Windows XP: Hiberfil.sys, Pagefil.sys Membebankan Harddisk

Ini adalah entri undangan dari en. NoktahHitam

Pernahkah anda tertanya, kenape drive C: nampak kecil, sedangkan file semuanya di drive lain? Mungkin juga anda tertanya, kenape Hiberfil.sys dan Pagefil.sys ni sangat besar pada drive C:? Apakah fungsi mereka?

Hiberfil.sys ini adalah file sementara ketika Windows XP sedang hibernate (atau idle). Ia wujud untuk menangkap gambaran system sebelum proses hibernate. Biasenye file ni sebesar 400Mb – 1.5 Gb .

Manakala Pagefil.sys ni pula adalah file sementara (Virtual Memory) Windows XP ketika ia sedang beraksi. Ini ‘kononnya’ dapat mempercepat lagi Windows anda. Lazimnya saiz file ini adalah 500Mb – 3 Gb.

Sebelum apa-apa, biar saya terangkan kenape file-file macam ni tak patut ada.

  1. Membebankan hard disk anda kerana saiznya besar
  2. Lambat untuk buka ‘My Computer’ atau ‘My Document’
  3. Hard disk anda akan cepat ‘kong’
  4. Space atau ruang ini dapat digunakan untuk file lain

Cara Nak Lupuskan atau Kurangkan Hiberfil.sys dan Pagefil.sys Continue reading

Spam dalam Yahoo Messenger (Spim)

Jika anda selalu chat menggunakan Yahoo Messenger, pastinya anda sudah biasa dengan mesej yang datangnya dari orang yang tidak dikenali, seperti contoh di bawah:

spim-01

Mesej seperti ini adalah Spim, iaitu Spam melalui Instant Messenger (IM). Sama sahaja seperti Spam dalam emel anda, biasanya ia mengandungi sampah-sarap seperti iklan atau URL laman web lucah. Jika anda menerima mesej seperti ini, delete sahaja penghantarnya dari IM anda.

Nota: Saya menggunakan Miranda untuk IM, sebab itulah rupanya tidak sama dengan Yahoo Messenger.

Sembunyikan Scan, Update, dan Iklan dalam Avira Antivir

Avira Antivir adalah merupakan perisian Antivirus percuma yang terbaik. Saya sendiri menggunakan Antivirus ini bagi memberi perlindungan asas kepada komputer. Namun, satu perkara yang agak menjengkelkan ialah iklan popup Antivir Premium Edition yang muncul setiap hari. Mujurlah gHacks ada cara penyelesaiannya untuk membuang iklan ini, serta cara – cara untuk menyembunyikan paparan scan dan update.

Sekiranya anda seorang yang leceh dan berkira seperti saya (T_T”), mari ikuti langkah – langkah di bawah:

Continue reading

Video Spin: Perisian Video Editor Percuma

video-spin Windows Movie Maker merupakan perisian Video Editing percuma yang paling poular di kalangan pengguna Windows.  Namun, ada kalanya fungsi-fugsi yang diberikan dalam Windows Movie Maker amat terhad. Jika anda sedang mencari alternatif yang lebih baik, anda boleh mencuba Pinnacle Video Spin.

Video Spin membolehkan anda membuat klip video peribadi dengan mudah, tanpa perlu menggunakan perisian yang kompleks dan mahal seperi Adobe Premiere, Sonic Vegas, dsb. Ia sesuai bagi video klip amatur, contohnya majlis perkahwinan ataupun video kelas. Anda boleh meletakkan foto, video, serta lagu sebagai latar belakang untuk video klip anda. Video Spin juga menyediakan beberapa transition dan sound effects yang menarik.
Continue reading

Bagaimana Nak Menukarkan DVD Kepada Fail Video

Kali ini saya akan menunjukkan cara-cara untuk menukarkan DVD kepada fail video yang boleh disimpan di dalam komputer anda. Dengan cara ini, anda bukan sahaja boleh membawa fail video tersebut ke mana jua, malah saiz DVD yang besar boleh dikecilkan agar mudah dimasukkan ke dalam pen drive.

Software yang diperlukan adalah DVD Decrypter dan AutoGK. Download dan install kedua-dua software tersebut, dan ikuti langkah-langkah di bawah: Continue reading