Adakah Fail Ini Virus? Tanyalah VirusTotal

Pernahkah anda berjumpa dengan satu fail yang mencurigakan? Nak buka, takut-takut itu virus pula. Walaupun antivirus anda tidak mengeluarkan sebarang amaran, namun anda tetap ragu-ragu, lebih-lebih lagi jika antivirus anda dah lama tak update.

virus-total-01

(klik pada gambar untuk besarkan)

Jika anda mengalami situasi seperti ini, anda boleh gunakan laman web VirusTotal untuk memastikan keselamatan fail tersebut. Dengan VirusTotal, anda boleh hantar sebarang fail, dan VirusTotal akan memeriksa fail tersebut dengan 32 jenis antivirus yang mempunyai update terkini. VirusTotal menggunakan enjin antivirus yang terkemuka, termasuklah NOD32, Kaspersky, dan Norton Antivirus. Continue reading

Revo Uninstaller: Uninstall Program Dengan Sepenuhnya

Windows menyediakan cara yang mudah untuk uninstall sesuatu program, iaitu melalui Start Menu > Control Panel > Add or Remove Programs. Namun cara ini tidak dapat membuang program itu sepenuhnya. Ini kerana apabila Windows uninstall program tersebut, ia akan meninggalkan registry serta fail-fail yang tidak berguna di dalam hard disk. Semakin banyak registry serta fail sampah ini, komputer akan menjadi semakin lembab.

revo-01

(klik imej untuk besarkan)

Revo Uninstaller dapat membantu anda untuk mengatasi masalah ini. Revo Uninstaller bukan sahaja dapat uninstall sesuatu software, malah ia akan membuang segala fail, folder, serta registry yang ditinggalkan oleh software tersebut. Dengan cara ini, komputer anda akan lebih bersih dari sampah-sarap yang ditinggalkan oleh perisian-perisian itu.

Antara fungsi-fungsi lain yang turut ditawarkan oleh Revo Uninstaller:

Continue reading

RocketDock: Launcher Gaya Vista Untuk Desktop Anda

Setelah menggunakan Launchy, ia talah menjadi sebahagian besar dari hidup komputer saya dan sukar untuk saya mencari pengganti yang lebih baik. Namun, sekali-sekala ada juga software Launcher lain yang menarik perhatian saya. Meskipun tidak secekap Launchy, namun ianya menonjol dari segi rupa

RocketDock juga merupakan satu Launcher, iaitu shortcut untuk membuka folder dan program kegemaran anda. Ia memberikan paparan lutsinar yang bersih dan kemas. Apabila anda letakkan mouse di atas RocketDock, ikon tersebut akan membesar (sangat menarik ^^). Anda tidak perlu bimbang sekiranya RocketDock akan memberatkan PC, kerana ia hanya menggunakan sedikit sahaja memori komputer.

rocket-dock-02
Continue reading

Kenapa Perlu Update Antivirus?

Di sini saya ingin menjawab beberapa persoalan lazim yang sering diajukan berkaitan dengan antivirus. Diharap penerangan saya ini dapat memudahkan kefahaman semua. Jika ada sebarang pertanyaan, jangan segan-segan untuk tinggalkan komen ^^

Apakah itu update?

Update dalam Bahasa Melayu bererti kemaskini.

Antivirus [masukkan nama antivirus di sini] kena update tak?

Ya. Semua jenis antivirus pun perlu update dari masa ke semasa.

Kenapa perlu update antivirus?

Setiap hari, satu jenis virus akan dihasilkan. Bagi melindungi komputer anda daripadanya, antivirus haruslah terlebih dahulu mengenali virus tersebut. Sebab itulah antivirus perlu update selalu, agar ia mengenali virus-virus terbaru.

Kata orang, tak kenal maka tak cinta. Kata antivirus, tak kenal macam mana aku nak detect virus.
Continue reading

Ketahui Ilmu Dan Informasi Terkini Dengan RSS

Anda mempunyai berpuluh-puluh laman web dan blog yang harus dikunjungi setiap hari. Namun tak semua dari kita mempunyai masa untuk membuka laman web dan blog itu satu persatu. Masa itu emas.

Namun, kini ada satu teknologi yang dipanggil RSS (Real Simple Syndication). Ia membantu kita membaca blog dan laman web tersebut dengan jauh lebih pantas. Segala berita dan informasi terkini boleh dicerna dengan cepat. Continue reading