Suatu masa dahulu, disket adalah merupakan medium utama bagi memindahkan fail dari satu komputer ke satu komputer yang lain. Ia bagaikan keajaiban pada ketika itu, kerana manusia tidak perlu lagi membawa beratus-ratus helaian kertas, sebalikya hanya perlu membawa sekeping disket bersaiz poket.
Kini dengan adanya sistem rangkaian dan USB drive, disket tidak dipandang lagi. Malah laptop baru yang dikeluarkan di pasaran tidak mempunyai floppy drive pun. Namun begitu, pasti ada masanya hanya disket sahaja yang boleh membantu anda, seperti kisah yang berlaku pada diri saya hari ini:
Saya perlu mencari driver bagi Acer TravelMate 6291 supaya saya dapat slipstream driver ini ke dalam CD Windows. Namun, laman web Acer hanya menyediakan driver ini dalam bentuk imej yang harus ditulis ke atas disket. Masalahnya, saya tidak mempunyai sebarang disket mahupun floppy drive. Apa yang perlu saya buat untuk mengeluarkan driver ini?
Mujurlah saya berjumpa degan Virtual Floppy Drive (VFD). VFD berfungsi membuat satu floppy drive maya dalam Windows. Senang cerita, VFD menipu Windows dengan mengatakan komputer anda mempunyai floppy drive tambahan. Ikuti langkah-langkah berikut untuk menggunakan VFD (klik pada setiap imej untuk besarkan):
Continue reading →