
Setelah lama menunggu, akhirnya Opera Software telah mengeluarkan Opera 9.5! Pelayar web ini semakin mendapat tempat di kalangan pengguna kerana kepantasannya, serta pelbagai fungsi yang menjadikan pengalaman Internet anda lebih mudah dan produktif. Opera 9.5 memperkenalkan pelbagai ciri-ciri terbaru, antaranya ialah:
- Opera Link membolehkan anda membuka Bookmarks, Speed Dial, dan Notes anda dari komputer lain, mahupun dari Opera Mini di telefon bimbit anda.
- Dengan menaip pada Address Bar, anda boleh mencari kandungan pada laman web yang anda telah jelajahi sebelum ini. Fungsi ini dikenali sebagai Quick Find.

- Rendering engine yang baru, yang menjanjikan pelayaran web anda lebih pantas.
- Skin baru yang menjadi default bagi Opera.


Baru sahaja saya menulis sebuah entri tentang cara-cara menukarkan dokumen kepada fail PDF. Bagaimana pula jika sebaliknya?