Ninja Pendisk – Halang Virus Yang Datang Dari USB Drive

ninja-big

Saya baru jer jumpa satu software baru nama Ninja Pendisk. Software free ni kata dia boleh menghalang komputer anda dari dijangkiti virus yang datang dari USB thumb drive. Tiada keperluan untuk konfigurasi aplikasi ini walaupun ianya mempunyai option konfigurasi.

Software ini adalah portable, bermakna anda tak perlu install untuk menggunakannya. Sangat sesuai untuk pelajar2 kolej dan universiti yang selalu berkongsi komputer di makmal yang biasanya tidak mempunyai “administrative rights” untuk install software baru.

Selepas melarikan software ini, ia akan berada di taskbar windows anda dan menunggu USB drive dimasukkan. Sekiranya ada virus dikesan, ia akan mengeluarkan paparan dan membersihkan virus itu secara automatik. Satu paparan akan dikeluarkan sekiranya virus berjaya dibuang.

Continue reading

Cara-Cara Nak Buat Blog Pada Domain Sendiri Dengan WordPress

blog-wordpress-00
(Kredit imej kepada raydawg88)

Dalam isu yang lepas, saya telah menerangkan tentang apa itu blog dan betapa mudah untuk memiliki blog anda sendiri. Anda boleh membuat blog secara percuma di WordPress.com ataupun Blogspot. Namun jika anda betul-betul serius dengan blog anda, anda patut dapatkan domain anda sendiri. Dan, ianya tidaklah semahal atau sesusah yang anda sangka! Jom ikut panduan di bawah:
Continue reading

Entri Yang Ke 200!

khairulBersempena dengan entri yang ke-200 di SembangKomputer.com ni, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada para pembaca kerana rajin datang mengunjungi blog ini. Jumlah kunjungan yang diterima dah mencecah sehingga 2000 kunjungan sehari! Bukanlah banyak sangat pun, tapi saya puas hati.

Penghargaan khas ingin saya tujukan kepada NoktahHitam, atas sokongan dan tunjuk ajar yang diberikan. Dan juga saudara Zul dari MelayuBuntu yang sedikit sebanyak memberi inspirasi. Tak lupa juga Life4Hire yang kini membantu sebagai penulis jemputan.

Continue reading

Upload Gambar Ke Friendster dan MySpace Dengan Pantas

Kalau korang selalu upload gambar ke Friendster, MySpace, atau Facebook; korang perasan tak proses upload tu macam lama sangat kan? Ini sebab korang upload gambar yang diambil dari kamera, biasanya bersaiz besar (1.5MB – 3MB), bergantung kepada setting pada kamera. Kalau korang nak upload gambar-gambar ni dengan cepat, apa kata korang kecilkan dulu saiz failnya. Tak susah pun, kat sini saya nak tunjukkan cara-cara mengecilkan gambar menggunakan Picasa.

Continue reading

Membuat Page Dalam Blogspot

Soalan dari Amir:

Seperti di laman SembangKomputer.com mempunyai bahagian khas seperti:

Bagaimana saya nak design Blogspot saya supaya mempunyai bahagian khas seperti ini?

Ok, maksud soalan Amir ialah, dia nak tahu macam mana nak buat bahagian khas, seperti Page yang terdapat dalam WordPress. Malangnya, setakat ini Blogspot masih belum menyediakan fungsi seperti itu. Tapi jangan bimbang kerana korang msih boleh buat bahagian khas ni dengan mudah dalam Blogspot, dengan langkah-langkah di bawah:

Continue reading

Gunakan Google Untuk Mencari Webcam

Ada bermacam benda kita boleh buat dengan Google. Serius, terlalu banyak sekali. Saya akan tunjukkan dari semasa ke semasa apa yang kita boleh buat dengan Google ni. Dan saya maksudkan hanya dengan google.com, bukannya gmail.com atau groups.google.com atau service lain dari Google, melainkan hanya menggunakan enjin pencarian Google.

Perkara pertama yang saya ingin kongsi adalah bagaiman mencari webcam menggunakan Google. Anda semua boleh menggunakan terma pencarian di bawah untuk mencarinya. Hanya “copy & paste” ke enjin pencarian Google dan click “Search”:
Continue reading