Buat Partition Baru Dalam Windows

Kebanyakan hard disk yang dijual sekarang adalah bersaiz besar, paling kurang pun 160GB. Bila anda dah pasang hard disk ni ke dalam komputer, seelok-eloknya bahagi-bahagikanlah ia kepada beberapa partition. Partition ni apa ye? Kalau anda tengok dalam My Computer ada C:, D:, E: dan sebagainya, itulah partition.

Jika dalam hard disk anda masih ada ruang kosong, anda boleh buat partition baru dengan mudah tanpa menggunakan sebarang software tambahan. Hanya perlu menggunakan Computer Management yang sudah sedia ada dalam Windows. Ikuti langkah-langkah berikut:

Continue reading

Buat Karakter Komik Anda Sendiri Dengan FaceYourManga

Saya seorang kaki komik semenjak kecil lagi, dan komik-komik kegemaran saya datangnya dari Jepun, yang juga dikenali sebagai manga. Antara tajuk-tajuk terbaik pernah saya baca adalah seperti Blame!, Slam Dunk, Vagabond, dan One Piece.

Ops, sebenarnya  saya bukan nak buat review pasal manga kegemaran saya kali ini. Saya cuma nak berkongsi sebuah laman web yang membolehkan anda membuat karakter manga anda sendiri, iaitu FaceYourManga.

FaceYourManga membenarkan anda mengubah suai karakter manga mengikut citarasa anda. Terdapat banyak pilihan mata, rambut, baju dan macam-mam lagi yang boleh diubah suai bagi mendapatkan karakter yang unik. Karakter yang sudah siap boleh anda simpan atau jadikan sebagai avatar untuk forum dan sebagainya. Avatar yang siap akan dihantar kepada emel anda.

Continue reading

Dapatkan Kembali Run Yang Hilang

Selain dari masalah Task Manager dihalang, Registry Editor dihalang, dan Hard Disk tak boleh dibuka dengan double click, virus juga selalunya akan menyembunyikan kotak Run. Apabila anda klik pada Start Menu, anda akan dapati program Run telah hilang. Shortcut Win+R pun tak dapat mengeluarkan kotak Run ini.

Untuk mendapatkannya kembali, caranya mudah sahaja. Ikuti langkah-langkah berikut:

Continue reading

Hutang Tag Dibayar Tag

Kali ini saya ingin melangsaikan hutang tag saya dari beberapa rakan blogger. Saya memang suka permainan tag ni, tapi hari ni baru nak buat >_<. Ok, bagi anda yang tak berapa faham tag ni macam mana, ia bagaikan permainan Cap Duduk yang dimainkan sesama blogger. Siapa yang kena chop, dia jadi. Jadi, oleh kerana saya telah kena chop, saya akan membuat tag-tag berikut:

Meja Komputer MK

Tag ini datang dari Encik Azman dari War IRC II. Jadi dengan bangganya, saya nak tunjukkan meja komputer saya yang cantik dan bergaya:

IMG_0048

Continue reading

Memasukkan Kod Secara Automatik Dalam Notepad++

Dalam proses menulis kod bagi sesebuah laman web, biasanya ada sejumlah kod yang kerap kali dimasukkan. Sebagai contoh, sewaktu menulis kod dalam HTML, saya banyak memasukkan kod untuk komen, iaitu seperti berikut:

<!-- Komen dalam fail HTML -->

Ianya agak melecehkan sekiranya saya terpaksa menaip kod yang sama berulang kali. Untuk menjimatkan masa, saya tetapkan kod ini kepada satu macro. Untuk mula membuat macro, pergi kepada menu Macro > Start Recording. Kemudian, tuliskan kod anda. Dalam contoh ini, saya taipkan <!– –> kemudian saya letakkan kursor di tengah-tengah kod tersebut. Pergi kepada menu Macro > Stop Recording. Untuk menyimpan macro yang anda baru buat tadi, pergi kepada menu Macro >Save current recorded macro”. Anda juga boleh tetapkan shorcut key kepada macro tersebut. Selepas ini, setiap kali anda menekan shortcut key tersebut, kod itu akan ditapikan secara automatik.

Continue reading