Digsby Kini Lebih Baik

Digsby

Saya ada menulis tentang Digsby sewaktu ia baru dikeluarkan dahulu. Dengan software ini, anda boleh log-in ke dalam YM, Google Talk, dan MSN pada masa yang sama. Ia juga berfungsi sebagai klien emel yang membolehkan anda membaca dan membalas emel terus dari Digsby. Bukan itu sahaja, malah akaun MySpace, Facebook, dan Twitter juga turut boleh dimasukkan ke dalam Digsby. Fungsi semua dalam satu inilah yang menjadikan Digsby sebuah software yang sangat popular.

Baru-baru ini, Digsby telah membaiki kelemahan terbesarnya, iaitu penggunaan memori yang terlalu besar. Jika dahulu, penggunaan memori Digsby boleh mencapai sehingga 100 MB, tapi kini ianya kekal di bawah 30 MB pada komputer saya.

Continue reading

Apa Itu Domain Dan Hosting?

Jika anda inginkan laman web dengan nama pilihan anda sendiri, contohnya http://www.laman-web-www.laman-web-aku.com, apa yang perlu anda dapatkan ialah domain dan hosting. Seperti yang saya dah terangkan sebelum ini, berikut merupakan sedikit penerangan tentang domain dan hosting:

Apa itu domain?

Domain adalah alamat untuk laman web anda. Contohnya, domain bagi laman web yang anda sedang layari ini adalah http://sembangkomputer.com. Fikir dahulu masak-masak nama apakah yang anda letak sebagai domain anda, kerana alamat inilah yang orang ramai akan taip di web browser untuk pergi ke laman web anda. Oleh itu, ia haruslah ringkas dan mudah diingati.

Apa itu hosting?

Hosting pula berfungsi untuk menyimpan segala data-data mengenai laman web anda. Ia akan menyimpan fail, teks, gambar, dan segala kandungan dalam laman web anda supaya boleh dilawati oleh orang ramai.

Continue reading

Buka Yahoo Messenger Tanpa Perlu Install Apa-Apa Software

ebuddy

Assalamualaikum semua. Dah lama gak saya tak update blog ni. Al-maklumlah, bil Celcom Broadband dah dekat tiga bulan tak bayar, jadi kat rumah saya tiada sambungan Internet.

Baiklah, kali ini saya ingin berkongsi tips dengan anda yang selalu menggunakan IM (Instant Messaging) seperti Yahoo Messenger. Biasanya, anda hanya perlu install software YM pada PC anda kan. Tapi, bagaimana pula jika anda menggunakan komputer di pejabat, ataupun Cyber Cafe? Kadang-kadang tempat seperti ini tidak dipasang dengan software tersebut.

Kalau anda nak buka YM tanpa install apa-apa software ke dalam PC, pergi ke laman web eBuddy. Laman web ini membolehkan anda membuka YM anda terus dari web browser. Hanya masukkan ID dan Password bagi akaun Yahoo anda, kemudian klik pada butang Sign In.

Continue reading

Bahasa Melayu Atau Inggeris?

Saya tertarik dengan hasil tulisan Zul dari Ubuntu for Malaysian hari ini, yang kemudiannya diulas oleh Kita dari Kongsi Blog. Zul memperkatakan tentang dilema penggunaan bahasa yang dialami oleh para penulis, khususnya dalam bidang teknologi. Kami dihantui oleh satu soalan – nak guna istilah bahasa melayu atau inggeris?

Masalah ini mula saya alami sejak mula-mula menulis SembangKomputer.com lagi. Saya berniat untuk menulis tentang komputer dan teknologi dalam bahasa ibunda kita. Namun, dunia komputer adalah penuh dengan istilah-istilah teknikal. Nak terjemahkan semua istilah ni kepada bahasa melayu, rasa kekok pula. Kalau nak tukarkan istilah komputer kepada italic, pun susah, sebab ada sesetengah terma yang seakan-seakan sudah sebati dengan bahasa melayu, contohnya program.

Jika anda juga seorang penulis teknologi dalam bahasa melayu, anda pastinya faham akan keadaan ini. Susah untuk jadi betul-betul skema dalam penggunaan bahasa. Tapi kalau nak guna bahasa rojak, kurang hormat pula. Anda hanya mampu berada di tengah-tengah.

Continue reading