xplorer2 lite – Pengganti Windows Explorer Yang Kecil Dan Pantas

Setelah selalu menggunakan dual-pane file manager, saya dapati ianya telah sebati dengan urusan harian komputer saya. Jarang sekali saya membuka folder dengan cara biasa, iaitu dengan Windows Explorer.

Dulu saya ada menulis sebuah artikel tentang FreeCommander, sebuah dual-pane file manager yang mempunyai pelbagai fungsi. FreeCommander ini sememangnya hebat, namun ianya agak lambat sedikit untuk dibuka. Jadi kini saya telah bertukar kepada xplorer2 lite. Fungsi yang diberikan oleh xplorer2 lite tidak setanding dengan FreeCommander, namun ianya lebih cepat untuk dilancarkan (bezanya hanya beberapa saat sahaja, tapi masih penting buat saya ^^).

xplorer-01

Continue reading

Google Chrome: Cabaran Kepada Firefox

Google baru sahaja melancarkan web browser mereka sendiri yang dikenali sebagai Google Chrome. Ianya masih lagi berada dalam peringkat percubaan. Namun jika anda ingin mencubanya, anda sudah boleh mula download Google Chrome sekarang juga (untuk Windows Vista dan Windows XP). Anda juga boleh membaca komik ringkas yang menerangkan ciri-ciri Google Chrome.

Kali pertama saya membuka Google Chrome, saya begitu tertarik dengan antaramuka yang begitu simple dan minimalistik. Google Chrome memberikan ruang yang luas untuk anda melayari laman web.

google-chrome-00

Continue reading

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Syukur ke hadrat Ilahi kerana kita masih diberi kesempatan untuk merasai satu lagi Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan. Siapa tahu, mungkin Ramadhan kali ini adalah yang terakhir buat saya, mungkin juga buat anda.

Gunakanlah peluang yang datang hanya sekali dalam setahun ini untuk berubah. Kalau sebelum ni kita jarang puasa, berazamlah untuk puasa penuh. Kalau sebelum ni kita liat nak solat, cuba-cubalah cukupkan lima waktu. Kalau sebelum ni Al-Quran tu hampir tak bersentuh, bacalah barang sehelai dua setiap hari. Di waktu-waktu senggang, basah-basahkankan lidah dengan selawat.

Tak susah pun, kan? Hanya sedekahkan beberapa minit dari 24 jam kita. Dah la pahala dapat berlipat kali ganda, rugi betul kalau tak buat.

Bulan Ramadhan ni juga membantu kita meninggalkan perkara yang buruk. Buangkan mengumpat, banyakkan berzikir. Buangkan amarah, banyakkan istighfar. Buangkan rokok, banyakkan makan kurma ^_^. Lagipun rokok dah naik harga.

Semoga Ramadhan berlalu dengan lambat, agar dapat kita nikmatinya  sepuas-puasnya. Dan apabila ia berakhir, semoga kita menjadi seorang insan yang lebih baik.