
GIMP, iaitu singkatan kepada GNU Image Manipulation Program adalah software untuk mengubahsuai imej dan gambar. Walaupun ianya tidak secanggih Adobe Photoshop, namun GIMP adalah percuma dan open source.
Baru-baru ini, pihak pembangun GIMP telah melancarkan versi yang terbaru, iaitu GIMP 2.6. Antara peningkatan yang telah dilakukan terhadap versi ini adalah dari segi user interface (UI). Antaranya, menu dari Toolbox kini telah dipindahkan ke window utama untuk memudahkan anda.
