Pengorbanan, dalam konteks am, adalah melepaskan sesuatu yang kita sayangi, demi sesuatu yang lebih penting dan bernilai. Jadi, bersempena Hari Raya Korban ini, saya ingin mengajak diri saya sendiri dan para pembaca untuk melakukan sedikit pengorbanan bagi mendapatkan sesuatu yang lebih baik.
Tak kiralah pengorbanan dalam bentuk apa sekalipun. Mungkin kita boleh korbankan waktu kita bersembang di warung, agar lebih tekun di tempat kerja. Mungkin kita boleh korbankan sedikit dari gaji bulan ini untuk diberi kepada orang tua, demi sekuntum senyuman dari mereka. Mungkin juga kita boleh korbankan sedikit tenaga untuk beribadat di malam hari, demi ganjaran yang tak terhingga dari-Nya.
Tapi janganlah kita pula yang menjadi korban pengaruh pemikiran Barat, serta tipu daya syaitan durjana. Persiapkanlah diri dengan perisai iman dan taqwa.
Buat semua pembaca Sembang Komputer khasnya yang beragama Islam, Salam Aidil Adha saya ucapkan :)
xNeat Windows Manager adalah aplikasi yang boleh menambah pelbagai fungsi kepada desktop. Dengan XNeat, anda boleh sorok mana-mana program yang berjalan dalam komputer, ataupun letakkannya di system tray. Anda juga boleh jadikan satu-satu program separa lutsinar, macam Winamp.