PC Inspector File Recovery adalah sebuah perisian percuma yang bagus untuk mendapatkan kembali fail-fail yang telah hilang. Sama ada fail tersebut telah anda delete, ataupun fail yang hilang dari partition yang anda format, anda boleh mendapatkannya. Berikut saya akan terangkan cara-cara menggunakan PC Inspector File Recovery:
Monthly Archives: February 2009
Sembang Komputer Sudah Mendapat Tajaan, Terima Kasih Semua
Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih terhadap semua pembaca Sembang Komputer. Baru malam semalam saya meletakkan entri untuk mencari penaja bagi blog ini. Pagi esoknya sahaja, saya sudah mendapat sehingga lima emel dari individu yang ingin memberi sumbangan.
Oleh kerana individu-individu ini tidak menyatakan berapa jumlah yang dimasukkan, saya biarkan sahaja tawaran ini dibuka. Terkejut saya apabila melihat akaun Maybank saya sudahpun bertambah sebanyak RM 400. Continue reading
Mencari Penaja Untuk Sembang Komputer
Dukacita dimaklumkan, hosting bagi Sembang Komputer telahpun mencapai tarikh luput. Sembang Komputer dan Forum SK hanya mampu bertahan untuk dua atau tiga hari lagi sebelum digantung. Malangnya, saya mengalami sedikit masalah kewangan pada bulan ini dan tidak mampu untuk memperbaharui hosting.
Saya sangat mengalu-alukan jika ada mana-mana pihak yang sudi menghulurkan sumbangan dalam bentuk wang ringgit, supaya blog ini terus hidup. Sedikit pun jadilah.
Jika ada yang sudi menaja sepenuhnya hosting Sembang Komputer untuk satu tahun (kira-kira RM 130), pautan kepada laman web anda akan diletakkan pada blog ini selama setahun.
Sekiranya ada yang sudi, anda boleh terus hubungi saya di sini.
Kemaskini: Sembang Komputer telahpun mendapat tajaan dari beberapa orang individu. Terima kasih kepada semua yang membantu =)
Tukar Tulisan Kepada Tulisan Jawi

Ejawi.net adalah laman web yang dapat menukarkan tulisan rumi kepada tulisan jawi. Anda hanya perlu taipkan ayat pada ruang yang disediakan, dan tekan butang Convert. Tulisan jawi akan dipaparkan, dan anda boleh salin teks tersebut seperti biasa.
Tak Dapat Nak Uninstall Antivirus AVG, Kaspersky, dan Norton?

Sesetengah syarikat pengeluar antivirus menyediakan utiliti khas untuk membuang perisian antivirus mereka. Saya pun hairan, mengapa harus buat utiliti yang khas untuk tujuan ini, fungsi uninstall yang sedia ada tak cukup bagus ke?
Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai masalah dalam membuang satu-satu antivirus, anda boleh gunakan utiliti yang telah disediakan ini. Berikut adalah tiga antivirus yang menyediakannya:
Penulis Blog, Gunakan Full Feed. Jangan Buatkan Pembaca Anda Lari!

Oleh kerana sambungan Internet yang agak perlahan di rumah, saya lebih suka menggunakan pembaca feed untuk membaca blog. Bukan sahaja ianya lebih pantas dan mudah, malah saya lebih cepat perasan sekiranya ada entri terbaru di blog-blog kegemaran saya.
Namun, sesetengah penulis blog tidak menetapkan supaya suapan RSS ini memaparkan keseluruhan entri. Ini menyebabkan pelanggan RSS hanya dapat membaca separuh sahaja kandungan entri tersebut, yang selebihnya haruslah dilawat pada blog tersebut. Lebih teruk lagi, ada yang menetapkan suapan RSS untuk memaparkan tajuk sahaja, pelanggan RSS langsung tak dapat melihat apa kandungan entri tersebut.
FeedDemon: Pembaca RSS Terbaik Untuk Windows
Windows Log On dan Log Off Secara Automatik
Baru-baru ini seorang rakan saya di pejabat menghadapi masalah dengan laptopnya. Apabila dia cuba untuk log on ke dalam Windows XP, ia akan log off secara automatik. Saya cuba masuk ke dalam Safe Mode, namun masalah yang sama tetap berlaku.
Menurut satu artikel dari Microsoft, masalah ini berlaku kerana beberapa fail penting telah hilang dari Windows XP, dan nilai dalam registry juga telah diubah. Ikuti langkah-langkah di bawah untuk memperbaiki masalah ini: