Ulasan Penuh Google Chrome

chrome

Sewaktu Google Chrome mula-mula diperkenalkan, saya agak pesimistik dengan kebolehannya. Dengan saingan dari pelayar web sedia yang sengit, agak sukar bagi sebuah pelayar web baru untuk mendapat tempat di kalangan pengguna. Namun kini, ternyata jumlah pengguna Google Chrome meningkat dalam masa yang singkat sehingga mengatasi pelayar web yang lebih senior seperti Opera dan Safari.

Namun, adakah kualiti pelayar web ini berpadanan dengan populariti yang telah diraih? Atau mungkin orang ramai beralih kepada Google Chrome semata-mata kerana nama Google di dalamnya?

Untuk betul-betul merasai pelayar web ini, saya cuba menggunakannya selama seminggu dalam urusan Internet harian. Dalam artikel pada kali ini, saya akan ulaskan setiap fungsi dan ciri-ciri yang terdapat pada Google Chrome berdasarkan pengalaman saya.

Continue reading

Hulurkan Sumbangan Buat Adik Irfan

md irfan rizwan

Md Irfan Rizwan, dua tahun, adalah penghidap leukimia. Adik kecil ini memerlukan rawatan kemoterapi di hospital pada setiap bulan.

Bapanya bekerja di Kinrara Golf Club manakala ibunya adalah seorang suri rumah. Rawatan untuk Md Irfan harus dijalani sebanyak dua atau tiga kali setiap bulan.

Atas dasar persaudaraan, dan atas dasar kemanusiaan, saya mengajak para pembaca untuk memberi sumbangan bagi membantu adik Md Irfan Rizwan menjalani rawatan. Bapanya, encik Rizwan bin Abdul Rahman boleh dihubungi di 016-4768551. Jika anda ingin menghulurkan bantuan kewangan, butir-butir akaun adalah seperti di bawah:

Bank: CIMB
Nombor Akaun: 14350073388526
Nama Pemegang Akaun: Rizwan bin Abdul Rahman

Semoga apa yang kita beri, dapat dijadikan bekelan di akhirat kelak, InsyaAllah. Sebarang maklumat lanjut dan kemaskini boleh didapati daripada blog sumbangan untuk Md Irfan Rizwan.