Masukkan Fungsi Read More Dengan Mudah Pada Blogspot

Fungsi “Read More” yang terdapat dalam WordPress membolehkan anda meringkaskan entri-entri yang dipaparkan pada laman utama. Apabila pengunjung ingin membaca satu-satu entri dengan lebih lanjut, mereka akan klik pada link “Read More” tersebut.

Dan kini, Blogspot juga secara rasminya telah memperkenalkan fungsi yang sama. Kini para pengguna Blogger boleh memasukkan fungsi “Read More” dengan mudah tanpa perlu mengubah kod HTML atau apa-apa lagi proses yang kompleks.

Cara untuk memasukkan Read More ini adalah mudah sahaja. Jika anda menggunakan editor yang baru, terus klik pada ikon “Insert Jump Break”. Jika anda tidak menggunakan editor yang baru, anda boleh memasukkan Read More secara manual di ruang HTML, dengan menaip kod <!—- more -->pada entri.

blogspot-read-more

Anda juga boleh menukarkan perkataan “Read More” tersebut pada skrin Layout, dan klik Edit pada bahagian Blogs Posts.

blogspot-read-more-ubah

Fungsi ini merupakan salah satu peningkatan yang diperkenalkan oleh Blospot bersempena hari jadinya yang kesepuluh. Dijangka lebih banyak lagi fungsi-fungsi baru yang akan diperkenalkan, seperti memasukkan page, sama seperti WordPress.

(via @topotato, @anarmnetwork)

P/S: Entri ini ditujukan khas untuk Eny, eceh :P

Video Reviu Pilihan Sembang Komputer: Ogos 2009

Rasanya sedikit lewat untuk saya mengumumkan video pilihan untuk Pertandingan Membuat Video Reviu bagi bulan lepas. Takpe la, biar lambat asal selamat :p

Sebanyak dua buah video telah dihantar pada bulan lepas, iaitu Reviu Nokia 5800 oleh NoktahHitam, dan juga Reviu Nokia 1209 oleh Loq. Tahniah diucapkan kepada kedua-dua perserta kerana menjadi antara orang terawal menyertai pertandingan ini. Muda-mudi macam ni lah yang akan berada di barisan hadapan mempertahankan negara nanti.

Jadi, tanpa melengahkan masa, saya akan mengumumkan pemenang bagi pusingan pertama pertandingan ini adalah…

Continue reading

Opera 10 Dilepaskan Dengan Lebih Banyak Inovasi

opera Opera 10 baru sahaja dilepaskan pada 1 September 2009, sekaligus menjadikan ia web browser pertama yang mencapai versi dua digit. Ini menunjukkan yang Opera telah berada lama dalam pasaran web browser, malah sebelum Firefox dibangunkan lagi.

Walaupun kurang popular berbanding Firefox, Chrome, dan Safari, namun Opera lah yang telah membawa pelbagai inovasi kepada web browser seperti fungsi tabbed browsing, mouse gesture, dan password manager. Fungsi-fungsi ini kemudiannya disalin oleh web browser lain dan dijadikan sebagai standard. Contohnya fungsi Speed Dial kini telah diimplementasikan oleh Chrome, Safari, dan pelbagai add-on Firefox.

Kini dengan versi yang ke-10, mampukah Opera terus memberi saingan kepada web browser popular yang lain? Bagaimana pula dengan prestasi dan fungsi-fungsi baru? Mari sama-sama kita saksikan.

Continue reading

Menghantar DM Di Twitter Menggunakan SMS

Servis dari gladlyCast membolehkan anda update Twitter menggunakan SMS. Baru-baru ini, mereka telah menambah satu lagi fungsi baru iaitu penghantaran direct message (DM) kepada mana-mana follower anda.

Cara menggunakannya mudah sahaja, anda hanya perlu menghantar SMS ini:

d username mesej

Contohnya, untuk menghantar DM kepada saya (@khairul), hantar SMS ini:

d khairul MK, hang awat tak update2 lagi blog?

Dan hantarkan kepada gladlyCast di 012-795 9876. Semudah itu sahaja. Buat masa ini anda hanya boleh menghantar DM melalui SMS sahaja, namun tiada lagi fungsi untuk menerima DM melalui SMS.

[via gladlyCode]