Monthly Archives: May 2010

Rekodkan Apa Sahaja Dengan Daytum

Jika anda seorang yang tertarik dengan nombor, graf, dan statistik; anda pastinya akan menyukai Daytum. Daytum adalah sebuah aplikasi web yang membolehkan anda merekodkan apa sahaja dalam hidup anda dengan nombor.

Sebagai contoh, anda ingin merekodkan berapa lama anda bersenam setiap hari. Jika anda bersenam sebanyak 30 minit hari ini, masukkan “senaman : 28″ pada Daytum, begitu juga pada hari-hari berikutnya.

daytum-input.png

Kelebihan Daytum adalah, segala data yang anda masukkan boleh divisualkan dalam bentuk senarai, graf, dan carta. Malah ia juga boleh mengira jumlah terbesar, purata, dan sebagainya.

daytum-charts.png

Adakah anda merekodkan apa-apa dalam hidup seharian anda? Jika ya, cara apakah yang anda gunakan?

[Laman web: Daytum]

ReclaimPrivacy.org Membantu Anda Untuk Mengawal Privasi Di Facebook

Masalah privasi di Facebook semakin merunsingkan. Segala informasi mengenai anda termasuklah gambar, kemaskini status, dan lokasi anda boleh didedahkan kepada seluruh dunia. Meskipun anda boleh mengawal maklumat mana yang dikongsi, namun ianya mengelirukan, lebih-lebih lagi buat pengguna biasa.

ReclaimPrivacy.org boleh membantu anda untuk mengawal privasi di Facebook dengan mudah. Apa yang anda perlu buat adalah pergi ke laman web tersebut dan letakkan bookmarklet “Scan for Privacy” ke bookmark anda.

Kemudian buka halaman privasi Facebook anda dan klik pada bookmarklet tersebut.

Bookmarklet tersebut akan menunjukkan maklumat apa yang didedahkan kepada orang ramai, dan apa  yang perlu anda buat untuk mengawalnya. Ubah apa yang patut untuk menjadikan Facebook anda lebih selamat.

Namun perlu diingat, segala maklumat anda masih disimpan oleh Facebook. Jika anda inginkan lebih privasi, padamkan saja akaun Facebook anda :)

(via InfoMalaya)

Tips Google Chrome: Buat Carian Khusus Laman Web Terus Dari Address Bar

Seperti yang anda telah ketahui, address bar pada Google Chrome bukan sahaja berfungsi untuk menaip alamat URL, malah boleh digunakan untuk membuat carian Google (atau mana-mana enjin carian pilihan anda).

Namun tahukah anda bahawa anda boleh membuat carian bagi laman web itu sendiri? Sebagai contoh, anda mungkin selalu pergi ke YouTube dan mencari video menggunakan kotak carian yang disediakan. Namun anda boleh lakukan semua ini terus dari address bar pada Google Chrome.

Caranya adalah dengan menaip URL laman web dan tekan tab. Perkataan pada address bar akan bertukar kepada “Search (nama laman web)” dan anda boleh masukkan apa yang ingin dicari, dan terus tekan Enter.

Fungsi ini tampak kecil, namun ia telah menjimatkan satu langkah dalam urusan Internet harian anda. Bayangkan berapa banyak masa dan tenaga dapat anda jimatkan apabila fungsi ini digunakan selalu.

Nota: Untuk memastikan fungsi ini berfungsi bagi laman web yang ingin dicari, pastikan anda telah menggunakan kotak carian yang asal di laman web tersebut sekurang-kurangnya sekali.

Dapatkan Tiket Percuma Ke Youth’10 – Festival Belia Terbesar Di Malaysia!

Festival belia terbesar di Malaysia kembali lagi dengan lebih dari 100 acara yang akan dilangsungkan. Festival yang bertempat di menara PWTC Kuala Lumpur ini sepanjang tiga hari dari 28 hingga 30 Mei 2010.

Jangan lepaskan peluang untuk menghadiri Youth’10 Conferences di mana personaliti-personaliti terkemuka tanahair seperti Dato’ Rocky Bru, Paul Moss, dan Fara Fauzana akan hadir untuk berkongsi pengalaman dan kisah kejayaan mereka.

Tidak lupa juga konsert yang melibatkan stesen radio terkenal Hot FM, One FM, dan Fly FM; menampilkan artis-artis popular seperti Azlan & The Typewriter, Bittersweet, dan Suki.

Continue reading

Install Software Pada Komputer Dengan Mudah Menggunakan Ninite

ninite

Biasanya selepas format komputer pelanggan, saya akan install software yang asas seperti Firefox, Adobe Reader, dan Yahoo Messenger. Jadi saya muatkan kesemua software ini ke dalam pen drive untuk dibawa ke mana-mana. Masalahnya, saya perlu selalu memeriksa koleksi software tersebut supaya ia menggunakan versi yang terkini. Dan kadang-kala saya terlupa juga untuk membawa pen drive.

Cara yang lebih mudah adalah dengan download software terus dari komputer pelanggan. Namun tidak perlulah pergi ke laman web yang berkaitan satu-persatu, kerana Ninite akan melakukannya untuk anda. Laman web Ninite mengandungi pelbagai pilihan software yang paling asas untuk Windows. Anda hanya perlu pilih software yang anda mahu dan klik download. Setelah download selesai, buka fail tersebut dan Ninite akan install kesemua software secara automatik.

Jika anda mempunyai sambungan Internet yang stabil, Ninite adalah cara yang sangat menjimatkan masa untuk melengkapkan sebuah komputer baru.