Monthly Archives: July 2010

Bagaimana Nak Bagi Blog Anda Muncul Di Carian Google

Antara soalan yang selalu dikemukan oleh pemilik blog adalah, bagaimana nak menarik pengunjung melalui enjian carian? Teknik ini lebih dikenali sebagai Search Engine Optimization (SEO). Dengan teknik SEO yang bagus, cukuplah sekadar menaip perkataan-perkataan yang berkaitan pada Google, Bing, atau Yahoo, orang ramai boleh menjumpai blog anda.

Pada artikel di bawah, anda akan mengetahui perinsip-prinsip paling mudah dan asas dalam membina SEO yang bagus untuk blog anda. Selamat membaca!

Macam mana nak bagi blog anda muncul di carian Google – Sembang Web

Tetapkan Disiplin Baru Dengan WeHaveStandards.com

Untuk menjadi seorang yang berjaya, anda perlulah sentiasa memperbaiki diri setiap hari. Salah satu caranya adalah dengan memperkenalkan diri anda dengan tabiat baik yang baru, dan jadikannya amalan setiap hari.

Sebagai contoh, jika anda berazam untuk bangun awal untuk solat Subuh, anda boleh rekodkan prestasi anda setiap pagi. Laman web WeHaveStandards.com boleh membantu anda untuk mencetak jadual prestasi ini dengan mudah. Masukkan tabiat baru yang anda ingin amalkan, dan klik “Download PDF” untuk dicetak.

Jadikan hidup anda lebih menarik dengan bereksperimen dengan pelbagai disiplin baru. Selamat mencuba!

[WeHaveStandards.com]

Try Ruby – Belajar Ruby Secara Interaktif Dan Menyeronokkan

Ruby adalah sebuah programming language yang berasal dari Jepun, terkenal dengan kodnya yang ringkas namun sangat berkuasa. Ruby juga mengasaskan web application framework popular iaitu Ruby on Rails.

Jika anda ingin belajar Ruby secara mudah dan interaktif, lawati tryruby.org. Laman web ini membenarkan anda menaip kod Ruby seperti anda berada pada konsol Ruby yang sebenar. Anda boleh mengikuti arahan tutorial yang diberikan atau eksperimen dengan apa sahaja kod Ruby yang anda tahu.

Bagi tutorial, hanya satu tahap sahaja yang disediakan buat masa ini, dan ianya berkaitan dengan perkara asas Ruby. Mengikut pembangun laman web, tahap-tahap seterusnya akan ditambah kemudian.

[tryruby.org (via DownloadSquad]

Pasang Imej ISO Dengan Virtual CloneDrive

Virtual CloneDrive adalah perisian yang berfungsi untuk memasang imej ISO supaya ia berfungsi seperti CD/DVD-ROM biasa. Ia sangat berguna pada komputer yang tidak mempunyai CD/DVD-ROM, terutamanya Netbook. Gamers juga akan menyukai Virtual CloneDrive kerana mereka tidak perlu lagi memasukkan CD/DVD sebenar setiap kali ingin bermain game kegemaran mereka.

Untuk menghasilkan imej bagi CD/DVD, anda boleh menggunakan ImgBurn atau LC ISO Creator. Imej ini kemudiannya boleh dipasang sebagai CD/DVD sebenar pada bila-bila masa dengan menggunakan Virtual CloneDrive.

[Virtual CloneDrive]