Monthly Archives: August 2010

Susun tetingkap sebelah-menyebelah pada Windows 7

Windows 7 mempunyai kekunci pintas yang mudah untuk anda menyusun tetingkap yang terbuka. Hanya tekan kekunci Windows + Anak panah kiri atau kanan.

susun-tetingkap-window-7

Ianya berguna sekiranya anda sedang menaip pada satu tetingkap sambil merujuk pada tetingkap yang lain. Saya sendiri selalu menggunakan fungsi ini ketika hendak menulis entri blog.

Nota: Ini merupakan entri paling mudah pernah saya tulis, haha.

Matikan fungsi User Account Control (UAC) pada Windows 7

uac

Fungsi User Account Control (UAC) dibina untuk melindungi anda daripada aplikasi yang ingin mengubah sistem Windows tanpa kebenaran. Namun bagi pengguna Windows yang berpengalaman, fungsi ini agak melecehkan kerana perlu klik pada butang OK setiap kali anda ingin install apa-apa perisian.

Jika anda fikir anda seorang pengguna Windows yang berpengalaman, dan boleh mengenal perisian manakah yang betul-betul selamat untuk dijalankan, anda boleh membatalkan terus fungsi UAC ini. Continue reading

Matikan fungsi AutoPlay pada Windows 7 untuk mengelakkan virus

Fungsi AutoPlay dalam Windows pada asalnya dibina untuk memudahkan pengguna. Apabila anda memasukkan media luar seperti USB drive atau external hard disk, Windows akan menjalankan aplikasi tertentu berdasarkan AutoPlay yang telah ditetapkan.

autoplay

Malangnya fungsi ini telah disalahgunakan oleh pembuat virus untuk menjangkiti komputer anda. Virus tersebut diprogramkan untuk dilancarkan secara automatik apabila fungsi autoplay diaktifkan. Sebab itulah, lebih elok jika anda mematikan terus fungsi AutoPlay ini. Continue reading

Jimatkan masa untuk copy dan paste dengan ClipX

Bagi operasi copy dan paste, Windows hanya membenarkan anda copy satu fail/teks sahaja dalam satu masa.

Katakan anda ingin menyalin username dan password dari satu fail ke dalam pelayar web anda. Anda perlu copy username, paste ke dalam browser, kembali kepada fail untuk copy password, dan paste semula ke dalam browser. Operasi yang berulang ini membazirkan masa.

Dengan ClipX, anda boleh copy berapa banyak teks/fail sekaligus. Kemudian anda boleh pilih untuk paste mana-mana teks/fail tersebut dengan klik Ctrl+shift+V. Semudah itu sahaja.

Bagi orang yang tidak pernah menggunakan utiliti pengurusan clipboard seperti ClipX, biasanya mereka menganggap ianya sebagai tidak perlu. Namun setelah menggunkannya, ia menjadi satu alat yang paling diperlukan dalam urusan kerja seharian.

[Laman web: ClipX]

Install pelbagai aplikasi dengan mudah menggunakan FreeApps

FreeApps adalah sebuah utiliti yang membantu anda memasang pelbagai aplikasi untuk Windows.

free-apps-01

Jika anda mempunyai sebuah komputer yang baru sahaja kena format, pastinya anda perlu download dan install pelbagai aplikasi satu-persatu, seperti Adobe Reader, Firefox, VLC Media Player dan sebaagainya. Namun dengan FreeApps segala tugas tersebut akan dilakukan secara automatik.

free-apps-02

FreeApps juga mempunyai fungsi Updates untuk memeriksa kemaskini terbaru bagi aplikasi-aplikasi anda, serta Uninstaller untuk membuang apa-apa aplikasi yang anda tidak mahu.

free-apps-03 

Dengan FreeApps, anda boleh install aplikasi dengan mudah pada mana-mana komputer, asalkan ia mempunyai sambungan Internet yang stabil.

[Laman web: FreeApps]

Ketahui juadah berbuka pasar Ramadhan di ParamKL

ParamKL merupakan sebuah blog yang dibina khas untuk berkongsi juadah-juadah menarik pasar Ramadhan sekitar Kuala Lumpur. Anda boleh melihat pelbagai jenis makanan, gerai mana yang bagus, dan harga apakah yang berpatutan. Ia juga menerima sumbangan entri daripada orang ramai, supaya lebih banyak lagi juadah istimewa serta lokasi pasar Ramadhan dimuatkan.

Dari segi kepenggunaan blog, saya agak keliru samada laman utama ParamKL dan muka hadapan blog menyediakan fungsi yang sama atau tidak. Tema ParamKL juga terlalu gelap dan menyukarkan pembacaan. Saya juga mencadangkan agar ParamKL boleh menyertakan kategori dari segi makanan ataupun lokasi bagi memudahkan pengunjung.

Apa pun, tahniah buat pihak pembangun kerana membina blog ini. Apa lagi, lawati paramKL dan kongsikan pasar Ramadhan kegemaran anda =)

Jadual waktu berbuka puasa dan imsak bagi tahun 2010 / 1431h

Jika anda ingin mengetahui waktu berbuka puasa dengan pantas, anda boleh layari laman web e-Solat untuk melihat waktu solat pada hari tersebut.

Namun jika anda inginkan jadual waktu berbuka puasa yang lengkap sepanjang bulan Ramadhan, lawati laman web Jakim dan dan download waktu imsak dan berbuka puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia. Berikut adalah jadual bagi kawasan Kuala Lumpur dan Putrajaya:

Selamat menjalani ibadah puasa buat para pembaca Sembang Komputer =)