Sistem navigasi OVI pada Nokia N8 adalah sebuah sistem GPS yang dapat membantu anda untuk mencapai destinasi dengan bantuan peta. Kelebihan sistem navigasi OVI berbanding sistem GPS pada telefon pintar yang lain adalah, ianya percuma dan tidak memerlukan sambungan Internet untuk digunakan.
Monthly Archives: November 2010
Melayari rangkaian sosial pada Nokia N8
Pada Nokia N8 terdapat sebuah aplikasi daripada Ovi yang sudah sedia terpasang dipanggil Social Networks. Ia berfungsi untuk memudahkan anda membaca dan mengemaskini Facebook dan Twitter tanpa perlu menggunakan pelayar web.
Nokia N8 – Menguji kualiti gambar dari kamera 12 Megapiksel
Nokia N8 dibina dengan spesifikasi perkakasan yang agak tinggi, terutamanya pada kamera. Dengan kamera 12 Megapiksel, flash Xenon, dan lensa Carl Zeiss, ianya setanding dengan kebanyakan kamera point-and-shoot yang terdapat di pasaran.
Namun, spesifikasi yang canggih belum cukup untuk meyakinkan kualiti kamera. Jadi saya telah cuba menggunakan kamera Nokia N8 ini buat beberapa hari untuk melihat kualiti gambar yang ditangkap. Hasilnya adalah seperti di bawah:
Gambar pada jarak dekat, tanpa flash
Pandang pertama Nokia N8
Seperti yang dinyatakan pada entri lepas, Sembang Komputer bertuah kerana dipilih untuk mengulas mengenai telefon pintar (smartphone) Nokia N8. Jadi saya berpeluang untuk menggunakan telefon ini semenjak Selasa hinggalah ke hari ini. Anda semua pasti ingin tahu mengenai prestasi dan fungsi-fungsi yang terdapat pada Nokia N8, teruskan membaca :D
Kali pertama menggunakan telefon pintar
Sebelum saya memulakan ulasan saya, perlu saya beritahu kepada para pembaca bahawa ini adalah kali pertama saya menggunakan telefon pintar. Jadi saya tidak dapat membuat sebarang perbandingan antara Nokia N8 dengan telefon yang lain. Namun buat pembaca yang juga tidak pernah menggunakan telefon pintar, ulasan ini pasti akan berguna buat anda.
Pengenalan kepada Nokia N8
Antara perkara paling asas yang perlu anda ketahui mengenai Nokia N8:
- Menggunakan sistem operasi Symbian^3
- Mempunyai kamera 12 Megapiksel yang dilengkapi lensa Carl Zeiss dan Xenon
- Menyediakan sistem navigasi Ovi yang percuma dan boleh digunakan secara offline
Nokia N8 dan kelengkapannya
Berikut merupakan segala alatan yang hadir bersama kotak Nokia N8:



