Salam 2010 Masihi dan 1431 Hijrah

Bismillah, semoga permulaan yang baik pada tahun baru ini akan berkekalan hingga ke akhirnya. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat tahun baru 2010 Masihi dan 1431 Hijrah kepada semua pembaca. Tak lupa juga selamat hari Natal kepada para pembaca yang beragama Kristian (walaupun sedikit lewat ^_^)

InsyaAllah bermula pada bulan ini saya akan kembali aktif untuk menulis di Sembang Komputer. Walaupun dari segi kerja, saya masih sibuk seperti biasa. Cuma saya akan cuba untuk mengurus masa dengan lebih matang (ye la umur pun dah meningkat kan).

Azam tahun baru adalah… untuk menyempurnakan azam tahun lepas. Ha ha. Serta berusaha memantapkan lagi Sembang Komputer agar terus dapat berkongsi dan menggalakkan budaya ilmu.

Syukur ke hadrat Ilahi atas tahun yang lalu yang sangat bermakna buat saya, dan saya harap buat anda juga. Mari kita jalani tahun yang baru ini dengan penuh harapan dan senyman :)

P/S: Oh ya, terima kasih kepada para pembaca yang masih setia berkunjung setiap hari. Walaupun ketandusan entri, iklan Innity yang dipaparkan mampu meraih leih kurang RM 300 sebulan. Taklah banyak mana, tapi cukuplah nak tampung bayar sewa rumah. Ini yang buatkan saya lagi semangat nak menulis, hihi.

19 thoughts on “Salam 2010 Masihi dan 1431 Hijrah”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>