Monthly Archives: August 2011

Cara-cara install Windows 7

Cara-cara untuk memasang Windows adalah perkara asas yang perlu diketahui oleh setiap pemilik komputer. Bukan sahaja ia dapat menjimatkan wang anda daripada menghantarnya ke kedai, malah jika berlaku apa-apa masalah pada komputer yang tidak dapat anda betulkan, anda cuma perlu format ia kembali!

Jadi, panduan yang pertama ini akan menerangkan cara-cara install Windows 7. Anda cuma memerlukan sebuah komputer, CD pemasangan Windows 7, dan sekotak biskut untuk menemani anda sambil anda menunggu. Dah sedia? Jom mula sekarang!

Continue reading

Puasa dari keinginan

Bila berkata tentang Ramadhan, kita sedia terdidik bahawa ianya bukan sekadar menahan diri dari lapar dan dahaga. Ia juga melingkungi perbuatan, fikiran, dan hati.

Namun kali ini saya ingin berbicara tentang puasa yang khusus – puasa dari keinginan.

Mungkin ada di antara kita yang inginkan sesuatu.

Inginkan kasut baru, kerana berkenan akan model Everlast yang ternampak hari itu.
Inginkan kamera yang lebih baik, kerana yang ada sekarang gambarnya tidak berapa cantik.
Inginkan Ipad2, hanya kerana ianya tampak hip dan bergaya.

Keinginan-keinginan ini selalunya datang berangkai. Setelah difikirkan satu, satu yang lain juga datang. Kemudian memikirkan jumlah duit (dan kerja) untuk mendapatkan semua itu, jadi risau dibuatnya.

Fikirkan kembali.

Kasut yang kamu pakai sekarang masih cantik, elok, dan selesa.
Kamera yang kamu miliki sekarang sudah memadai, masih berkualiti dalam merakamkan kenangan (upload kat Facebook je pun, takkan itu pun perlu DSLR kan).
Dan iPad? Percayalah, saya memilikinya, dan sekarang hanya duduk di sudut bilik mengumpul habuk.

Kurangkan keinginan. Lebihkan bersyukur dengan apa yang ada.

Kerana apabila kamu sudah cukup berkeinginan atas kebendaan, kamu akan rasa aman dan bebas. Tiada lagi risau.

Kita sebenarnya, sudah ada segalanya yang kita perlukan.