Monthly Archives: November 2011

Matikan fungsi semakan ejaan pada Word 2010

microsoft-word-2010

Microsoft Word 2010 didatangkan dengan fungsi semakan ejaan serta nahu. Fungsi ini berguna jika anda menaip dokumen dalam Bahasa Inggeris, namun boleh jadi menjengkelkan jika anda menaip dokumen dalam Bahasa Malaysia.

Selain itu, terdapat juga fungsi AutoCorrect yang akan membetulkan ejaan secara automatik, contohnya perkataan ‘komputer’ akan ditukar kepada ‘computer’ walaupun ianya disengajakan.

Ikuti langkah mudah di bawah untuk mematikan fungsi-fungsi ini pada dokumen anda.  Continue reading

Borderlands: Game FPS dengan sentuhan RPG dalam dunia Cyberpunk!

wd1

Dulu kalau pergi ke Cyber Café bersama @wfxyz dan @ian_dai, kami akan bermain StarCraft 2 habis-habisan. Setelah selesai, kami beralih kepada sesi bebas di mana masing-masing akan bermain game secara individu. Wafiq biasalah, akan bermain apa sahaja game yang berkaitan dengan bolasepak. Saya pula akan mencuba game berbentuk aksi dan salah satu yang menjadi kegemaran adalah Borderlands! Continue reading

Bagaimana nak mengetahui kata laluan Wi-Fi yang telah dimasukkan dahulu

Biasanya apabila anda sudah mendapatkan kata laluan bagi rangkaian Wi-Fi, ianya akan dimasukkan secara automatik setiap kali anda berada di kawasan tersebut, jadi anda tidak perlu mengingatnya lagi.

Bagaimana pula juga anda igin berkongsi kata laluan tersebut dengan orang lain? Senang sahaja, anda boleh mendapatkannya kembali. Mula-mula tekan pada ikon Wi-Fi pada taskbar anda, dan pilih ‘”Open Network and Sharing Center”.

_2011-11-18_12-32-01

Dari sidebar kiri, pilih “Manage wireless networks”

network-sharing-center-02

Klik kanan pada rangkaian Wi-Fi yang ingin anda ketahui, dan pilih ‘Properties’.

network-sharing-center-03

Pergi ke tab ‘Security’, dan tandakan pada kotak “Show characters”. Anda akan dapat melihat kata laluan yang telah dimasukkan bagi rangkaian Wi-Fi tersebut.

network-sharing-center-04

Layari Internet tanpa gangguan iklan dengan AdBlock

Apabila anda membuka satu-satu laman web, akan keluarlah iklan pelbagai rupa. Ada yang kecil, besar, berkelip-kelip, dan yang berbunyi macam kad raya. Ada kalanya, iklan lagi banyak daripada kandungan laman web itu sendiri.

Lihat sahaja perbezaan laman web The Star dengan dan tanpa iklan di bawah:

thestar-dengan-iklan

Faulty traffic lights cause massive jam near Sprint-Damansara toll - Google Chro_2011-11-16_22-07-59

Untuk menyekat iklan-iklan tersebut, anda boleh menggunakan AdBlock. Ia adalah sebuah plugin yang boleh dipasang pada kebanyakan pelayar web termasuklah Internet Explorer, Google Chrome, dan Firefox.

Ikuti pautan di bawah bagi memasang AdBlock pada setiap pelayar web:

Pasang dan aktifkan sahaja AdBlock ini dan anda akan dapat melayari Internet tanpa diganggu oleh iklan-iklan lagi.

Bawa koleksi buku anda pada apa jua peranti dengan Kindle

Semenjak hari pertama saya mengenal buku digital, saya tetap berpegang teguh pada pendapat yang ia tidak mungkin dapat menggantikan buku sebenar. Mana mungkin perasaan memegang, menyelak, membaca buku fizikal itu dapat digantikan dengan buku digital, kan?

Namun semenjak saya cuba untuk mengamalkan gaya hidup minimalis, kelebihan e-book semakin terserlah. Bukan sahaja ia membantu dalam menyelamatkan alam sekitar, malah dapat menjimatkan ruang apabila saya gantikan semua buku fizikal yang ada dalam bilik saya dengan versi digital.

Walaupun begitu, masih sukar untuk saya beralih kepada buku digital sepenuhnya sehinggalah saya berjumpa dengan aplikasi Kindle. Continue reading