Monthly Archives: December 2011

Cara install Rails pada Ubuntu Linux atau Windows

Ruby on Rails (RoR) merupakan bahasa pengaturcaraan web yang paling hangat kini, di mana ia mampu membina aplikasi web dengan pantas berbanding bahasa lain seperti PHP ataupun Java. Antara laman web yang menggunakan RoR adalah Twitter dan Groupon.

RoR adalah lebih popular pada Mac dan Linux, manakala sokongan pada Windows tidaklah sebagus mana.  Jadi, bagi sistem yang saya pasang pada komputer saya sendiri, saya memilih untuk tidak memasang RoR terus pada Windows, sebaliknya memasangnya pada Ubuntu Server yang diletakkan di dalam VirtualBox. Continue reading

Padam monitor secara automatik sambil meneruskan download

Bagi peminat tegar filem seperti saya, saya suka membiarkan komputer terpasang pada waktu malam untuk download filem menggunakan jDowloader. Namun silau daripada monitor adalah tidak baik untuk dibawa tidur ya adik-adik. Jadi saya tetapkan supaya monitor dipadam secara automatik sambil membiarkan muat-turun dijalankan.

Untuk membuat tetapan ini, buka Control Panel dan cari “Edit power plan”. Atau jika anda menggunakan laptop anda boleh tekan pada ikon bateri di Taskbar, dan pilih “Power Options”, kemudian pilih “Change plan settings”.

power-options-settings

Pada tetingkap yang seterusnya, ubah tetapan mengikut kesesuaian. Seperti contoh yang saya letakkan di atas, saya tetapkan “Turn off the display” kepada 5 minit. Pastikan “Put the computer to sleep” diletakkan pada ‘Never’ kerana anda masih ingin membiarkan proses download berjalan.