Monthly Archives: June 2012

Bangunkan laman web dan komuniti dengan Joomla

Kalau anda mempunyai blog sendiri, pastinya anda biasa dengan WordPress dan Blogspot. Kedua-dua platform ini memang bagus, namun ianya terhad untuk membuat blog sahaja. Bagaimana pula jika anda ingin membangunkan laman web yang lebih daripada itu?

Kenali Joomla, sebuah CMS (Content Management System) yang membolehkan anda membangunkan laman web tanpa perlu pengetahuan teknikal yang mendalam. Dengan Joomla anda boleh membina komuniti, portal, laman e-niaga dan banyak lagi. Bagi artikel pengenalan ini, saya akan menerangkan langkah-langkah memasang Joomla. Mari kita mula:  Continue reading

Cara-cara crack password WiFi yang menggunakan WPA/WPA2

Dalam artikel yang lepas saya ada menerangkan langkah-langkah untuk crack password WiFi yang menggunakan WEP. Namun sekarang ni dah tak banyak dah rangkaian yang menggunakan sekuriti jenis WEP ini, kebanyakannya menggunakan WPA/WPA2.

Jadi kali ini saya akan menerangkan secara ringkas langkah-langkah untuk crack WPA/WPA2. Ingat, semua ini adalah untuk tujuan pembelajaran, terpulanglah bagaimana anda menggunakannya.  Continue reading

Ubuntu 12.04, setelah tiga bulan

Sejak dari kolej lagi saya cuba menggunakan Linux, tapi tak pernah tahan lama sebelum kembali ke Windows. Ini kerana sebagai end-user, Linux tak banyak memberikan kelebihan berbanding Windows. Lagipun saya sangat suka main game Prehistorik 2.

Mujurlah di tempat kerja baru saya kami banyak menggunakan PHP, jadi saya ambil peluang ini untuk menggunakan Linux. Di sini saya akan berkongsi pengalaman menggunakan Linux (khususnya Ubuntu) dan adakah berbaloi untuk anda bertukar kepadanya. Continue reading

Bagaimana nak crack password WiFi yang menggunakan WEP

WEP merupakan sejenis encryption untuk password WiFi. Ia dah tak banyak digunakan lagi kerana sangat lemah dan mudah dipecahkan. Bagi tujuan pembelajaran, kali ini saya akan tunjukkan betapa mudahnya untuk crack password WiFi yang menggunakan WEP.

Apa yang anda perlukan:

  • Sebiji wireless adapter yang boleh melakukan packet injection. Biasanya wireless adapter yang terbina pada laptop anda tidak mempunyai fungsi ini, jadi anda perlu dapatkannya daripada kedai ataupun secara online. Saya menggunakan Alfa AWUS050NH yang saya beli dari eBay, kira-kira RM70.
  • Linux sebagai operating system. Anda juga boleh menggunakan Backtrack Live CD tetapi saya lebih selesa menggunakan Ubuntu Linux sepenuhnya.

Tutorial ini lebih senang diikuti jika anda biasa dengan Linux, serta biasa menggunakan command line pada Linux. Saya hanya akan masukkan arahan yang paling penting sahaja, namun biasanya anda mungkin akan perlu pasang beberapa software untuk memastikannya berjaya.  Continue reading

Luaskan pengetahuan anda dengan TED

ted

Berucap di khalayak ramai bukannya senang, boleh ketaq lutut jugaklah kan kalau diberi peluang berdiri di atas pentas. Sebab itu saya sentiasa kagum akan ucapan-ucapan yang dirakamkan di TED.

TED adalah sebuah acara di mana pelbagai individu daripada segenap pelusuk dunia datang untuk berucap tentang kepakaran masing-masing, dan ucapan-ucapan ini diterbitkan di laman web tersebut untuk ditonton secara percuma.

Terdapat pelbagai topik yang diliputi oleh TED seperti teknologi, sains, dan isu dunia. Anda juga boleh menyenaraikan ucapan-ucapan berdasarkan cara penyampaiannya –  contohnya ucapan yang ‘kelakar’, ‘berani’, ‘berinformasi’, dan banyak lagi. Atau pilih saja apa-apa video secara rawak, anda mungkin terjumpa sesuatu yang sangat bernilai.

Luangkan sedikit masa untuk TED, dan anda akan belajar banyak benda baru :)

Reddit: Sumber berita, meme, dan gambar kucing

reddit-02

Apabila saya bosan atau sewaktu otak dah tepu dengan kerja, saya akan buka Reddit. Bila saya tidak bosan dan tidak tepu pun saya akan buka Reddit (jangan beritahu bos saya!).

Apa itu Reddit? Jika anda ingat sekitar tahun 2006, Digg sangat popular sebagai laman social bookmarking yang membolehkan anda menjumpai pelbagai artikel menarik di Internet. Digg sudah lama berkubur, dan kini Reddit mengambil alih takhta laman social bookmarking yang paling popular. Namun Reddit adalah lebih dari sekadar itu, keunikan Reddit adalah pada komunitinya. Dalam Reddit anda akan menjumpai pelbagai subreddit bagi topik-topik khusus. Subreddit kegemaran saya adalah r/gaming bagi segala topik berkaitan games, kemudian r/AdviceAnimals dan r/funny untuk sumber lawak jenaka setiap hari.

Saya lebih menggunakan Reddit untuk membuang masa, namun anda juga boleh gunakannya untuk mendapatkan maklumat. Contohnya r/worldnews untuk mengetahui apa yang berlaku di negara luar, r/technology untuk perkembangan teknologi, atau anda boleh memilih subreddit yang lebih khusus dan niche seperti r/running bagi penggemar marathon.

Dan tahukah anda, kebanyakan meme yang anda lihat pada 9gag adalah diambil daripada Reddit dan 4chan. 9gag sangatlah tidak asli.

Selamat melayari Reddit! Penafian: saya tidak bertanggungjawab sekiranya anda dipecat bos akibat terlalu banyak melayari Reddit.