Monthly Archives: July 2012

Simpan dan taipkan password secara automatik dengan LastPass

lastpass

Adakah anda menggunakan password yang sama bagi setiap akaun laman web anda? Amalan tersebut adalah bahaya kerana dengan mudah sesiapa sahaja boleh memecah masuk ke dalam akaun anda yang lain. Untuk mengatasi masalah ini, buat password yang berlainan, kemudian gunakan password manager untuk menyimpan password tersebut.

LastPass adalah sebuah extension bagi web browser (termasuklah IE, Chrome, Firefox, dan Opera) yang berfungsi untuk menyimpan username dan password anda, serta menaipnya secara automatik apabila diperlukan.

Berbeza daripada fungsi yang sedia terbina pada web browser anda, dengan LastPass anda boleh melihat dan mengubahsuai segala username dan password yang telah disimpan.

Maklumat yang anda masukkan ke dalam LastPass adalah disimpan pada cloud, jadi anda boleh mengaksesnya dari mana-mana komputer. Ia juga boleh digunakan pada Windows, Mac, mahupun Linux.

Meskipun antaramuka LastPass adalah sangat hodoh dan berterabur, namun hanya LastPass yang boleh membantu saya yang selalu bertukar-tukar komputer dan OS. Jika anda hanya hanya menggunakan satu komputer, saya cadangkan supaya anda cuba software lain seperti KeePass dan 1Password.

Ketahui password yang disimpan pada web browser anda

webpass

Sejauh manakah selamatnya username dan password yang anda telah simpan pada web browser anda?

Dengan WebBrowserPassView, anda boleh mendapatkan username dan password yang telah disimpan pada Internet Explorer, Chrome, Firefox, dan Opera. Anda boleh eksport kesemua maklumat tersebut ke dalam bentuk teks ataupun HTML.

Jika disalahgunakan, sesiapa saja boleh menggunakan software ini untuk memecah masuk akaun anda jika anda biarkan komputer terdedah tanpa password. Jadi ingat, sentiasa pastikan sekuriti komputer anda terjaga, atau gunakan software lain untuk mengisi password seperti 1Password, KeePass, ataupun LastPass.

Pantau rangkaian WiFi di sekitar anda dengan inSSIDer

inssider

InSSIDer digunakan untuk memantau rangkaian WiFi di sekitar anda. Anda boleh mengetahui rangkaian mana yang mempunyai isyarat paling kuat, kemudian cuba untuk crack Wi-Fi tersebut samada ia menggunakan WEP atau WPA/WPA2.

Software ini boleh menapis/menyusun senarai WiFi mengikut kekuatan isyarat, jenis sekuriti, dan banyak lagi.

inSSIDer boleh didapati untuk Mac dan Windows.

Memahami Content dan Menu dalam Joomla

Joomla tanpa sebarang extension adalah sebuah CMS yang boleh digunakan untuk menguruskan artikel-artikel yang anda tulis, sama seperti sebuah blog. Bezanya adalah Joomla memberikan lebih banyak kebebasan kepada cara artikel-artikel tersebut disusun dan dipaparkan.

Untuk memahami Joomla, dua perkara paling asas yang perlu anda tahu adalah content (kandungan) dan menu.

Content (seperti artikel, katalog, sitemap, dan sebagainya) adalah perkara paling penting bagi sebuah laman web. Menu pula digunakan untuk memaparkan content ini pada laman web anda.

Kali ini kita akan menggunakan Joomla untuk membuat sebuah blog yang ringkas supaya anda akan mendapat gambaran sedikit sebanyak tentang bagaimana Joomla berfungsi.

Continue reading