Monthly Archives: August 2012

Bagaimana nak download menggunakan torrent

Sejak mengenali JDownloader, saya lebih banyak menggunakan laman web seperti Rapidshare dan Mediafire untuk mendapatkan filem yang ingin saya tonton. Baru-baru ini sewaktu mencari Spongebob Squarepants, baru saya sedar kembali yang torrent sebenarnya lebih pantas untuk download, asalkan ada seed yang banyak.

Bagi anda yang tidak biasa dengan torrent, ia merupakan sebuah protokol download di mana semakin banyak orang yang download fail tersebut, semakin lajulah proses download anda. Terdapat banyak laman web yang menyediakan enjin carian untuk fail torrent, contohnya isoHunt. Untuk menggunakan fail torrent ini pula, anda memerlukan perisian khas seperti µTorrent.

Sebagai contoh, untuk mendapatkan siri Spongebob Squarepants, saya terlebih dahulu akan membuat carian di isoHunt. Daripada senarai yang dipaparkan, saya pastikan yang saya memilih fail yang mempunyai banyak seed agar laju proses download saya nanti.

image

image

Setelah saya download fail torrent tadi, saya buka ia menggunakan utorrent. Utorrent inilah yang akan menguruskan operasi download fail Spongebob Squarepants tadi sehinggalah selesai, itu sahaja.

image

SNAGHTML3e2c584

8 laman web untuk merancang percutian anda

Antara perkara paling bermanfaat yang anda boleh buat dalam hidup adalah merantau ke negara orang. Di sana anda akan dapat belajar banyak benda baru seperti budaya, cara hidup, dan pemikiran yang berbeza-beza. Malah anda dapat menempuhi pelbagai pengalaman yang akan mematangkan diri.

Setelah membaca novel The Alchemist karya Paul Coelho, saya jadi semangat dan terus membuat passport! Sejak tahun lepas, saya mula melawat negara jiran di Asia Tenggara termasuklah Vietnam, Kemboja dan Indonesia. Malah bulan Mei yang lalu saya berpeluang untuk pergi ke Jepun seorang diri. Banyak gadis yang comel lote di situ, rasa macam tak nak balik.

Apa yang saya pelajari adalah, tidaklah susah atau mahal sangatpun kalau hendak pergi bercuti, selagi anda buat sedikit perancangan dan kajian. Di sini saya akan kongsikan laman web yang anda boleh lawati untuk membantu perancangan anda:  Continue reading