4 Laman Web Untuk Upload Gambar Ke Twitter

Twitter merupakan satu aplikasi web yang sangat popular untuk anda berkongsi apa yang anda fikirkan, dalam 140 patah perkataan (jika anda ingin mengenali Twitter, baca artikel ini). Namun, kadang-kala perkataan sahaja tidak mencukupi. Bagaimana pula jika anda ingin menyertakan gambar dalam Twitter?

Terdapat banyak laman web yang menyediakan khidmat upload gambar ke Twitter seperti TwitPic, img.ly, TweetPhoto dan twitgoo. Ia memudahkan kerana apabila anda upload gambar ke laman web tersebut, link bagi imej akan dihantar sebagai tweet secara automatik. Anda juga dapat mengetahui berapa kali gambar anda telah dilihat.

Di sini saya akan ulaskan tentang keempat-empat laman web ini, supaya anda boleh memilih mana yang lebih sesuai:

TwitPic

  • Boleh hantar gambar menggunakan MMS.
  • Komen orang lain di TwitPic akan dihantar sebagai @reply kepada anda, manakala komen pada gambar sendiri akan dikira sebagai satu tweet baru.

img.ly

  • Boleh hantar gambar menggunakan MMS.
  • URL yang dihasilkan adalah sangat pendek.
  • Boleh tag orang (menggunakan Twitter ID) dalam gambar
  • Mempunyai fungsi retweet.
  • Mempunyai fungsi untuk berkongsi di Facebook dan Delicious.
  • Tidak mempunyai sebarang iklan.
  • Rekabentuk laman web yang menarik (menyerupai Twitter).
  • Apabila anda ingin komen di img.ly, anda boleh memilih samada komen tersebut akan dihantar sebagai tweet atau tidak. Namun apabila anda memilih supaya komen tersebut dihantar sebagai tweet, ianya akan sentiasa dikira sebagai satu tweet baru, dan bukan @reply

TweetPhoto

  • Boleh hantar gambar menggunakan MMS.
  • Mempunyai fungsi retweet.
  • Mempunyai sistem komen yang bagus. Jika anda ingin komen di TweetPhoto, anda boleh memilih samada untuk menjadikannya sebagai satu tweet atau satu @reply.

twitgoo

  • Tak boleh hantar gambar menggunakan MMS.
  • Mempunyai fungsi retweet.
  • Integrasi dengan laman web lain seperti Facebook, MySpace dan Yahoo.
  • Tidak mempunyai sebarang iklan.
  • Rekabentuk laman web yang menarik (menyerupai Twitter)
  • Mempunyai sistem komen yang bagus. Jika anda ingin komen di twitgoo, anda boleh memilih samada untuk menjadikannya sebagai satu tweet atau satu @reply.

Jadi, laman web mana yang menjadi pilihan anda?

Bagi saya, servis yang terbaik adalah disediakan oleh img.ly. Ia cuma ada satu sahaja kekurangan – jika anda ingin tweet komen pada img.ly, anda tidak boleh menetapkannya sebagai @reply. Namun itu mungkin hanya hal yang kecil, kerana kebanyakan orang akan membalasnya terus menggunakan Twitter, dan bukan pada laman web tersebut pun.

Link yang dihasilkan oleh img.ly juga sangat pendek (contohnya http://img.ly/kBh) dan ini memberi ruang untuk tweet yang lebih panjang. Satu lagi fungsi yang amat penting adalah penghantaran gambar melalui MMS. Jadi anda tidak memerlukan handphone yang canggih untuk live tweeting, hanya gunakan GladlyCast untuk menghantar tweet biasa, dan img.ly untuk menghantar tweet beserta gambar.

15 thoughts on “4 Laman Web Untuk Upload Gambar Ke Twitter”

  1. Hai, khairul…

    mungkin permintaan saya ni melampau sikit.. tapi boleh tak artikel2 yang sebelum saya guna dan translate ke Bahasa Inggeris?
    Saya juga akan meletakkan credits…

  2. oh, baru tau! Kurang laa sket keboringan mengtwitterkan diri nie.. asyik2 pekataan ngan link jer yang aku nampak.. hoho, tapi apsal selama nie aku tak penah tgk rr kengkawan aku upload pic dalam twitter?? Nie benda baru lagi ke?

    1. dia akan muncul dalam bentuk pautan, dan bukannya diperlihatkan dalam bentuk imej. selepas pautan tersebut diklik, ianya akan membawa kita kepada laman pihak ketiga, dan disitu kita boleh lihat gambar.

  3. twitter ni sebenarnya satu laman yang sangat baik bagi orang yang ada peminat seperti ahli poltik, artis ke, tauke ke…kalau macam anda buat bisnis boleh juga . seperti saya akan buka akaun twitter untuk cari rakan kongsi buat bisnis 1MalaysiaSMS . mudah benar buat bisnis ni. Kawan saya dah dapat RM 25,000 dalam sebulan je.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>