Arkib

Walaupun Windows Vista telah lama dilancarkan oleh Microsoft, kebanyakan dari kita masih lagi menggunakan Windows XP sebagai Operating System. Ini mungkin kerana anda telah biasa dengan Windows XP, dan lebih selesa dengannya. Mungkin juga anda memilih Windows XP kerana ia kurang mengalami masalah compatibility dengan software lama.

Setelah menggunakan Windows XP buat beberapa ketika, anda mungkin perasan PC anda menjadi semakin lembab berbanding semasa baru lepas install Windows dahulu. Selain dari memastikan komputer anda bersih dari Virus dan Malware, terdapat beberapa perkara yang anda boleh amalkan untuk memastikan Windows XP berjalan dengan lebih lancar. Di sini saya ingin kongsi lima tips berikut:

Defragment Hard Disk Anda

laju-xp-01Anda mungkin telah kerap kali mendengar istilah Defragment ini. Namun, tahukah anda apa fungsi Defragment?

Apabila Windows XP menyimpan satu-satu fail dalam komputer anda, kadang – kadang ia diletak secara bersepah. Sebagai contoh, sebahagian dari fail Word anda diletakkan di bahagian tengah Hard Disk manakala sebahagian lagi diletakkan di bahagian hujung. Keadaan ini disebut sebagai Fragmentation. Untuk membuka fail Word ini, Windows XP terpaksa memakan sedikit masa kerana ia terletak berjauhan antara satu sama lain.

Defragmentation bertugas untuk membetulkan kembali keadaan Fragmentation ini. Ia akan menyusun kembali fail – fail dalam komputer anda agar berada di tempat yang betul.

Disk Defragmenter boleh dibuka melalui Start Menu > Accessories > System Tools > Disk Defragmenter

Tetapkan Program Yang Dibuka Sewaktu Startup

laju-xp-02 Setiap kali Windows dimulakan, ia akan melancarkan sejumlah program secara automatik. Program ini dipangil sebagai Startup Program. Namun, tidak semua dari program ini diperlukan sentiasa, sebaliknya anda hanya akan buka program tersebut bila perlu. 

Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk membuang satu-satu program dari senarai Startup. Cara yang paling mudah ialah dengan menggunakan msconfig. Untuk melancarkan msconfig, klik pada Start Menu dan pilih Run (atau tekan sahaj Win+R). Pada kotak Run, taipkan msconfig dan tekan Enter. System Configuration Utility akan dipaparkan. Pergi kepada tab Startup dan anda boleh lihat senarai startup program. Hanya uncheck sahaja mana – mana program supaya ia tidak lagi dilancarkan secara automatik.

Bagi mendapatkan senarai Startup Program yang lebih lengkap dan menyeluruh, gunakan perisian Autoruns. Pastikan anda tahu program apa yang anda hadapi, sebelum membuat apa – apa perubahan.

Matikan Servis Yang Tidak Perlu

laju-xp-03 Servis adalah proses – proses yang dijalankan secara senyap, di balik tabir. Seperti Startup Program, ada sebilangan dari servis – servis ini yang tidak diperlukan oleh anda, dan boleh ditetapkan agar tidak dilancarkan secara automatik.

Untuk membuat tetapan pada servis, buka msconfig sekali lagi. Pergi kepada tab Services. Pastikan anda menanda kotak "Hide All Microsoft Services" (seperti dalam gambaraja) agar anda tidak tersilap membuang servis yang penting. Kemudian uncheck pada mana – mana servis supaya ia tidak lagi dilancarkan secara automatik

Untuk senarai servis – servis dalam Windows XP yang lebih lengkap, buka kotak Run dan taipkan services.msc. Di sini anda boleh lihat segala servis – servis yang terdapat dalam Windows XP.

Bersihkan PC Anda

Semakin lama anda menggunakan PC, semakin banyaklah Temporary File yang terkumpul dalam Windows anda. Temporary File ini adalah sampah – sarap yang perlu dibersihkan selalu agar ianya tidak membazirkan ruang dalam Hard Disk anda. Untuk membersihkan fail – fail ini, gunakan CCleaner.

Tingkatkan BIOS Anda

(Nota: Tips yang berkaitan dengan upgrade BIOS atau mematikan mana – mana fungsi dalam BIOS adalah agak teknikal. Pengguna baru adalah dinasihatkan supaya mengelakkan tips ini)

BIOS bereti Basic Input Ouput System, yang berfungsi untuk memulakan perkakasan – perkakasan dalam komputer anda sewaktu PC dihidupkan.  Bergantung pada PC anda, pengubahsuaian BIOS boleh meningkatkan sedikit prestasi komputer.

Update BIOS Anda. Biasanya pengeluar komputer atau motherboard akan mengemaskini BIOS mereka, dan anda boleh download versi BIOS yang terbaru ini. Pastikan BIOS jenis apa yang anda pakai, dan cari update yang terkini di Internet. Setelah download, ikuti langkah yang diberikan untuk install BIOS tersebut.

Matikan Komponen Yang Tidak Digunakan. Motherboard anda mengandungi banyak komponen – komponen seperti RJ-45, bunyi, dan grafik. Anda boleh matikan komponen yang tidak diperlukan; melalui BIOS. Contohnya jika anda mempunyai kad wireless, anda tidak memerlukan lagi komponen Ethernet. Ataupun jika port VGA anda tidak digunakan, disable saja fungsinya. Jika anda ingin menggunakannya kembali, enable semula komponen tersebut melalui BIOS.

 

 

[Diterjemahkan dan disunting dari Wired]

Entri berkaitan:

Tags: , , ,


101 Komen untuk entri ini.

  1. Komen oleh melayubuntu · 23/03/2008 · 1:02 AM

    aku pernah blurr ttg cara nak update bios…haha…
    aku baca kat web depa kata berisiko kalau xkena gaya..
    tu yg wat aku malas nk buat….haha

    melayubuntu’s last blog post..Beberapa Update Terkini!

    Balas komen ini

    Komen dari MK
    23/03/2008 pada 1:05 AM

    tak silap aku install cam bese je..
    performance ada sket je la up, tapi saje gedik2 nak update.. aha

    Balas komen ini

    Komen dari Melayu Boleh
    01/06/2009 pada 3:37 AM

    Emm, cara untuk lajukan vista ada x??

    Balas komen ini

    Komen dari PutraRocker
    11/06/2009 pada 7:45 AM

    hati2 main dgn BIOS..leh hancus laptop aku..huhu..sob3

    Balas komen ini

  2. Komen oleh NoktahHitam · 23/03/2008 · 5:56 AM

    They say PC can tell what type of personality are you..

    So jage2 la PC anda..

    NoktahHitam’s last blog post..The House Helper Who Swept Under the Rug

    Balas komen ini

  3. Komen oleh kita · 23/03/2008 · 11:47 AM

    update bios ni bahaya bagi pengguna biasa..orang teknikal pun kadang-kadang tidak berani untuk melakukanya..to admin : letakkan sikit tanda warning pada tip bios tu…

    kita’s last blog post..Website Berunsur Video Memang Diminati

    Balas komen ini

    Komen dari MK
    23/03/2008 pada 1:02 PM

    kita »
    ok, thanks for the reminder ^^

    Balas komen ini

  4. Komen oleh Mira · 23/03/2008 · 2:36 PM

    Hoho.. patut la laptop nie lembab semacam je. Dah berkurun rasenye tak defragment hard disk die. Lol~

    off topic: nk tnya cket boleh tak? blog sy tak boleh view kalo gune URL http://mira.silenteve.net. but then, boleh kalau gune http://mira.silenteve.net/index.php. And it happens on firefox je. IE6 yg tak besh tu boleh plak view, takde problem. setiap kali tekan http://mira.silenteve.net, die akan kluar box nie:
    http://img186.imageshack.us/img186/8602/stupidphpfn0.jpg

    sy da try uninstall and reinstall FF tapi tak jadik gk. kalo try http://www.silenteve.net pun, problem yg same. =(

    Mira’s last blog post..Early birthday celebration

    Balas komen ini

    Komen dari MK
    23/03/2008 pada 3:43 PM

    Mira »
    mira, blog mira mmg takle bukak, kuar “internal server error” la
    nape ye/

    Balas komen ini

    Komen dari Mira
    23/03/2008 pada 5:10 PM

    Dah try betolkan error tu.. skarang dah ok kot. Yang kluar download box tu pun dah fixed.. just FF sy yg tak betol. Huhu~ Sorry for being off-topic. hehe..

    Mira’s last blog post..Early birthday celebration

    Balas komen ini

  5. Komen oleh Eriyza · 24/03/2008 · 2:32 PM

    Salam MK, sy nak mintak kod untuk komentator aktif tuh.
    Mekaseh. :)

    Eriyza’s last blog post..Watikah Perlantikan Menteri Besar

    Balas komen ini

    Komen dari MK
    26/03/2008 pada 4:37 PM

    salam, kak eriyza
    untuk komentator akif tu,
    saya guna plugin top commentator widget utk wordpress

    utk blogspot taktau lak kod die

    Balas komen ini

  6. Komen oleh kaitokid724 · 24/03/2008 · 4:14 PM

    Artikel di blog ini sangat menarik & bagus. Untuk lebih mempopulerkan artikel (berita/video/ foto) ini, Anda bisa mempromosikan di infoGue.com yang akan berguna bagi semua pembaca di tanah air. Nantikan segera plugin / widget kirim artikel & vote yang ter-integrasi untuk Blogspot dan Wordpress dengan instalasi mudah & singkat. Salam Blogger!
    http://www.infogue.com/install/5_cara_untuk_lajukan_windows_xp/

    Balas komen ini

  7. Komen oleh Azhar Ahmad · 24/03/2008 · 6:02 PM

    Wahhh bagusnya…. Saya dah book mark page nihhh

    Azhar Ahmad’s last blog post..Har, Mak Sunyi…

    Balas komen ini

  8. Komen oleh Affuan · 24/03/2008 · 6:52 PM

    azhar memang kaki mem bookmark. hehe.

    Affuan’s last blog post..Apa yang WP.MU boleh buat?

    Balas komen ini

  9. Komen oleh t.a.t.a · 26/03/2008 · 2:43 PM

    “Defragment Hard Disk Anda”

    yeah mmg betul!!
    sbb dah terlalu lama tak defrag hdd..
    once sy buat hdd terus kong!
    hahahah padan muker sy!!
    hahahah lagi skali!!

    t.a.t.a’s last blog post..Tali dan Lembu.

    Balas komen ini

    Komen dari MK
    26/03/2008 pada 4:29 PM

    aiyok, ini macam kes pun ada ke.. hu3

    Balas komen ini

  10. Komen oleh soleh · 29/03/2008 · 1:58 PM

    Salam,
    Lagi satu, scan for viruses and spyware..mesti ada bnyk spyware bagi yang gemar surfing internet..hehe

    soleh’s last blog post..PSP Ebook and Image

    Balas komen ini

  11. Komen oleh Khai · 31/03/2008 · 5:17 PM

    ni semua basic tips.. paling penting kalau nak PC laju, bawaak2 la bertaubat nengok bape GB RAM yg ada kat pc tu… hehehehe… kalau tak buat camana pun, tak guna maaa….

    ** pesanan kepada mereka yg baru kenal komputer.. hahaha

    Khai’s last blog post..Google Search Tricks

    Balas komen ini

    Komen dari MK
    31/03/2008 pada 11:19 PM

    Khai »
    iye.. kalau manyak uwang, tambah je la RAM, baru dapat rasa perbezaan yang menggiurkan

    Balas komen ini

  12. Komen oleh syarif · 15/04/2008 · 9:46 PM

    software yang sesuai tuk lajukan komputer guna defragmenter contohnya, diskeeper.

    software nie mmg bagus..

    syarif’s last blog post..VIRUS KILLER TECHNIQUE

    Balas komen ini

  13. Komen oleh amzar · 29/05/2008 · 9:45 PM

    agaknyer bape lame untuk defrag nihh?

    Balas komen ini

    Komen dari Muhammad Khairul
    30/05/2008 pada 3:06 AM

    @amzar: bergantung pada betapa seleraknye fail2 dalam pc, dan kelajuan pc tu sendiri.. slalunye satu partition tak sampai pun 30 minit

    Balas komen ini

    Komen dari mata
    03/09/2008 pada 10:02 AM

    amzar, 45 minit

    Balas komen ini

  14. Komen oleh sya · 11/06/2008 · 11:05 PM

    wah. thanks!

    syas last blog post..backstabber

    Balas komen ini

  15. Komen oleh khairul · 02/07/2008 · 4:21 PM

    waow, testing je er

    Balas komen ini

  16. Komen oleh mat · 08/09/2008 · 12:47 AM

    Tweak atau update BIOS tidak digalakkan lebih-lebih lagi kalau motherboard bukan jenis “tahan lasak”. Biarkanlah BIOS itu dalam keadaan sedia kala selagi tidak mengganggu. Lagipun bagi moderate user perubahan pada kelajuan XP tidak ketara.
    Selain langkah-langkah di atas:-
    (a) adjust for best perfomance
    (b) disable Remote Assistance dan Remote Desktop(bukan utk network)
    (c) pilih Classic menu
    (d) disable semua automatic updates pada program lain kecuali
    untuk antivirus (ada impak dalam svchost)
    (e) tambah RAM kerana XP sangat selesa dengan RAM yang besar (check dulu berapa banyak RAM motherboard boleh support)
    (f) upgrade ke Windows XP sp3 Version 5512
    (g) kunjungi web Windows Update lebih kerap untuk install high priority update
    (h) jangan guna resolusi tinggi untuk desktop (kita bukannya menatap desktop sepanjang minit)
    (i) disable screensaver
    (j) pastikan cakera keras jenis SATA atau lebih baik
    Paling penting, install aplikasi yang paling diperlukan sahaja.

    Balas komen ini

  17. Komen oleh akutaktahu · 18/09/2008 · 11:46 AM

    bro…sy ni agak rabun it sikit…nak minta tips dr bro..
    apakah perkra yg perlu sy pertimbangkan kalau nak bli laptop yang ok….

    Balas komen ini

    Komen dari MK
    18/09/2008 pada 7:31 PM

    @akutaktahu: apa kata awak tengok kat Forum SK, kat situ diaorang ada bincang pasal laptop ni. apa-apa soalan awak boleh tanya kat sana, mesti ramai yang jawab nanti.

    Balas komen ini

    Komen dari mat
    20/09/2008 pada 1:40 AM

    1.Tentukan bajet.
    2.Tentukan kegunaan.
    3.Pastikan anda terima after sale service yg terbaik. Service centre hdklah dekat dgn anda. Jika jauh vendor akan caj. Ini tabiat buruk mereka.
    4.Jgn terlalu cerewet dlm memilih jenama. Semua laptop tahan asalkan penggunaan sesuai dgn kapasiti. Jika Kancil jgnlah bawa muatan lori pula.
    5.Tingkatkan RAM laptop.
    6.Install program yang diperlukan. Cadangan: Antivirus,7Zip,Foxit Reader,Defraggler,NERO, FLV player dan Office. Program ini bukan memory hog. Elakkan WINRAR, Adobe Reader, WINZIP, WINAMP,ACDC, Quicktime, RealPlayer,Office2007 dan semua keluarga Norton.Program ini mencekik laptop tak kisah berapa besar RAM anda.
    7.Jgn install sebarang registry cleaner (kecuali utk computer geek saja)
    8.Jgn layari porn site. Bukan saja tidk bermoral tapi laptop anda akan cepat menemui ajal. Ini kerana site itu sumber utama virus, malware dan rootkit.

    Selamat berlaptop, bro….

    Balas komen ini

    Komen dari MK
    20/09/2008 pada 2:55 AM

    @mat: terima kasih Mat, sebab tolong jawabkan soalan ni ^_^

    Balas komen ini

  18. Komen oleh budok kulai · 19/09/2008 · 10:46 PM

    askum… nk tya… apssal laptop saya skrg ni dh xleh run. asalnya sy shut down,tp mls nk tggu terus lipat laptop & lek umah.. esoknya dh xleh buka… on je akan bole sampai kluo tulisan di skrin (yg ada tulis f2),pastu restart semula.. apo yg rosak yeark? pening kepala ni..

    Balas komen ini

    Komen dari mat
    20/09/2008 pada 1:57 AM

    Cara A
    1. On dan tekan F2. Pgi ke menu BOOT. Pastikan IDE letak no.1
    Cara B
    1.On dan tekan F8. Pilih safe mode. Bila windows dah buka, pgi ke System Restore. Lepas tu restart.
    Cara C
    Pastikn shut down sempurna. Ini kerana waktu itu windows sedang bersihkan pagefile.
    Cara D
    Reinstall windows

    (tip di atas utk XP saja)

    Balas komen ini

    Komen dari MK
    20/09/2008 pada 2:48 AM

    @budok kulai:
    w’salam. biasanya kalau shut down tak betul memang keluar masalah macam ni.

    ok, mula2 awak cuba cara-cara yang dicadangkan oleh mat tu. tapi kalau hard disk tak detect lansung, cuba awak tanggalkan hard disk dan pergi scan disk di PC orang lain. lepas tu, masukkan semula hard disk tu ke dalam laptop awak.

    Balas komen ini

  19. Komen oleh budok kulai · 21/09/2008 · 7:56 PM

    Tq kpd saudara b2… sebenarnya sy dh pun tekan f2 tu.. tapi masih xleh g ke safe mode. lg 1 smlm sy try tanggalkan h/disk tu & try pasang kt laptop lain… ado klua tulisan kt skrin biru.. klu x silap ada tertulis damage… apo maksudnya? adakah h/disk saya tu rosak?

    Balas komen ini

  20. Komen oleh budok kulai · 21/09/2008 · 8:05 PM

    oh ye… klu tekan f2 yg tertulis adalah…
    base memory 0000640 kb
    extended memory 0506880 kb
    total memory 0507904 kb
    shared memory 0016384 kb

    sampai sini je yg bole.. lps t akan senyap je… (mcm hang)..
    nape yeark?

    Balas komen ini

  21. Komen oleh mat · 21/09/2008 · 8:27 PM

    Tekan F8 utk safe mode.
    Kalau hd dpt digunakn pd laptop lain, lakukan scandisk dan disk defrag.
    Kadang2 berlaku dump memory. Ini bermakna satu atau lebih software rosak. Biasanya network adapter bermasalah. Cara lain, tanggalkan RAM dan gosok bahagian gold-platted dgn getah pemadam yang bersih. Pasang semula.

    Balas komen ini

  22. Komen oleh budok kulai · 22/09/2008 · 9:33 AM

    thanks bro… sy dh tekan f8 tp masih xbleh… nnt sy try tanggalkan ram plak.. rasanya msm h/disk rosak… tp nk try godey dulu ok ke x nya… thanks atas tunjuk ajarnya ye…

    Balas komen ini

  23. Komen oleh Samsul · 10/10/2008 · 3:06 PM

    masalah windows xp media center edition saya login keluar skrin biru dgn mesej so saya nak masuk semua jenis safe mode x leh juga then saya fed up saya reformat komputer saya tapi windows setup x leh nak install asyik kuar benda ni bsod (blue screen of death)toooooooolooooooooooong

    Balas komen ini

  24. Komen oleh GhostRider · 14/10/2008 · 5:27 AM

    salam..nk tny..mcmn nk buat ek kalau background desktop tak bole dituka?
    thanks!!

    Balas komen ini

    Komen dari MK
    15/10/2008 pada 12:15 AM

    @GhostRider: tak boleh tukar? tu kena Windows UAC la kot

    Balas komen ini

  25. Komen oleh GhostRider · 15/10/2008 · 11:50 AM

    Windows UAC 2 ape yee?thanks!!

    Balas komen ini

  26. Komen oleh FA2 · 30/10/2008 · 7:41 PM

    Tolong la.. sape2 dapat tlg pasal nape ‘windows was un able to find certeficate to conect to wireless network’ sy ni x taw pape pasal tenet la.. peliz..

    Balas komen ini

  27. Komen oleh Kujie · 31/10/2008 · 3:49 PM

    tadi Defragment Hard Disk, kat C ada 2 files did not defragment
    apa nk buat ye dgn file tu

    Balas komen ini

  28. Komen oleh edy · 05/11/2008 · 10:00 AM

    Nak tny ckt.Kt komputer aku de tulis ‘IERLS’- (In Order to exit application,you must provide an administrator pasword since”allow user to exit” option box is not selected
    Selected this option or supply a password under the administration menu) setiap kali nak shut down atau nk restart.Cmne nk bg benda 2 ilang@setel??

    Balas komen ini

  29. Komen oleh E-comsys 18 · 25/11/2008 · 9:43 PM

    saye pening ngan PC saye..
    ade 2 windows lak…
    mcm mane nak hilang kan 1 ek…
    PC sy jadi slow pastu suke hang…
    mintak tlg kpd sape2 yang tau ek…

    Balas komen ini

    Komen dari MK
    25/11/2008 pada 10:32 PM

    @E-comsys 18: buang je Windows yang dah tak pakai tu.. pastu edit boot.ini untuk buangkan senarai Windows tu dari boot screen.

    Balas komen ini

    Komen dari ahmad
    27/04/2009 pada 10:44 PM

    tak fahamla brother,boleh terang sekali lagi tak cara nak buang 2 window

    Balas komen ini

  30. Komen oleh encikapas · 05/12/2008 · 6:38 AM

    @mat, erm..apa kata kite belaja overclock?huhuhu
    kalo dah tweak windowas pun dah kira power..tapi di bekalkan lagi
    dengan overclock tentu lagi cun…main games cam best je lajunye..ahaks

    Balas komen ini

  31. Komen oleh s · 07/12/2008 · 10:10 AM

    help and support service dlm laptop sy hilang slp tukar window xp service pek 2 ke 3, how to fix this

    Balas komen ini

  32. Komen oleh Aku · 20/12/2008 · 8:09 PM

    Kok bahasa kalian berbeda sih? Palembang 70% ya?

    Balas komen ini

    Komen dari MK
    22/12/2008 pada 3:56 PM

    Bahasa Melayu.. 100% Malaysia :)

    Balas komen ini

  33. Komen oleh ashrafff · 28/12/2008 · 10:05 AM

    cara di atas saya dah cuba software untuk lajukan pc saya pun dah cuba saya tambah ram 1gb tapi masih slow.kenapa ya?

    Balas komen ini

  34. Komen oleh TyCo86 · 30/12/2008 · 3:50 AM

    helo geng word press boleh join ker?

    Balas komen ini

    Komen dari MK
    30/12/2008 pada 9:37 AM

    @TyCo86 eh, join apa ni ye?

    Balas komen ini

  35. Komen oleh mW · 11/01/2009 · 4:40 PM

    Mk de tk software yg ble recovery balik data or sunting file yang hilang or pas format…

    Balas komen ini

    Komen dari MK
    13/01/2009 pada 9:48 PM

    @mW, guna PC Inspector Recovery.

    Balas komen ini

  36. Komen oleh agas · 26/01/2009 · 7:33 PM

    Salam, minta kawan2 tolong bagi jalan nak selesai.Tq.
    1.sound manager auto mute pada wave.
    2.http://porntube09 masuk dan minta downloads video active X missing.

    Balas komen ini

  37. Komen oleh ejam · 12/02/2009 · 5:09 PM

    mcm mne nk tau kerosakan pada komputer hanya disebabkan RAM atau lain-lain kompenen….

    Balas komen ini

    Komen dari MK
    12/02/2009 pada 10:24 PM

    @ejam, cara yang paling senang ialah, awak tanggalkan kesemua komponen PC, kemudian pasang satu-persatu untuk tentukan mana satu yang rosak. 1st sekali, pasang motherboard+power supply+ram. Pastu yang lain lak. Kalau motherboard atau PSU yang rosak, kena pandai test dengan multimeter la plak.. =)

    Balas komen ini

  38. Komen oleh husna · 23/02/2009 · 9:32 PM

    salam. nak tanya,camna nak adjust skrin yang tetiba jadi besar. jadi camni lepas blackout beberapa saat kat umah.

    Balas komen ini

  39. Komen oleh bloom · 24/02/2009 · 1:01 PM

    salam. pc sye xbole defrag. evrytime nk degfag even analyse je pop-up ‘disk cannot be defrag’. any solution? thx.
    p/s: pc slow, dateline dh dekat.

    Balas komen ini

  40. Komen oleh krg pengalaman · 03/03/2009 · 2:00 AM

    sye pkai window vista..skang ni ble je on pc akn hang..x de pe2 di papar kt screen tpi wallpaper msh de..kdg2 ok tpi x lme pastu padam n restart sdiri..
    sye nk tau pe masalah nye n cam ne nk btl kn..

    Balas komen ini

  41. Komen oleh krg pengalaman · 03/03/2009 · 2:48 AM

    pc lgi 1 gne window xp..
    on cpt tpi ble shut down jdi lmbab lak..
    pe mslah n cara nak mengatasi..
    tq..

    Balas komen ini

  42. Komen oleh Azudin · 03/03/2009 · 10:15 PM

    tq

    Balas komen ini

  43. Komen oleh Azudin · 03/03/2009 · 10:17 PM

    tq banyak2. ia membantu

    Balas komen ini

  44. Komen oleh bloom · 11/03/2009 · 4:52 PM

    salam. mcm mane nak betulkan pc yang tak boleh defrag. setiap kali saya klik ‘analyse’ atau ‘degrafment’ keluar pop-up ‘defragment cannot start’. masalah terjadi selepas saya format pc. ada tak solution? terima ksih.

    Balas komen ini

  45. Komen oleh earnword · 21/03/2009 · 11:55 PM

    betul. antara cara yg memang leh lajukan pc.

    Balas komen ini

  46. Komen oleh mie · 22/03/2009 · 11:51 PM

    x laju juga walau gna tips yg diberikan
    plzzz bantu saya

    Balas komen ini

  47. Komen oleh zika · 24/03/2009 · 4:02 PM

    askum…sy da try disfragment d…ok…then disfragment c…tp sy takut aper2 jadi…saya just stop..ok ker boley?xjd paper ker?kalau run pun sbnr nya ok ker…or ader fail ley ilang atau aper perubahannya?

    Balas komen ini

    Komen dari MK
    24/03/2009 pada 4:58 PM

    @zika, desfragment tu selamat je, takkan bagi apa2 kesan pada fail2 awak =)

    Balas komen ini

    Komen dari zika
    25/03/2009 pada 2:34 PM

    timakasih bebayak..ermmm cepat gak ye reply..sy org baru.jd technician lak tuh…ermm kira dikatakan buta it la gak coz da lama tiggal…so skang xder masalah lg…boley la sy selalu mntak pertolongan disini…timakasih skali lg…(tp mmg byk nk tya lg…prob yg tak disolve kan lg…) :D

    Balas komen ini

  48. Komen oleh ah leng · 25/03/2009 · 2:37 PM

    salam…lbh kurag 20biji pc yg tidak dpt dapat internet…aper kah masalah nyer…bt pengetahuan..ini di makmal komputer sekolah.sy tak pasti nk check aper ..langkah2nyer…adakah masalah pada modem di bilik server tu atau aper ye?plssssss…..

    Balas komen ini

  49. Komen oleh gadis risau · 25/03/2009 · 2:41 PM

    dimakmal computer terdapat 40biji komputer…sy diarahkan untuk check 1 persatu computer..samaada boleh diguna pakai @ pun tidak… ermm aper langkah2 nyer? ke sy just on jer…then kalau ley on..windows popup..then itu dikira ok ker,boleh digunakan?
    maaf yer..mmg buta it…hahahhahaha..plss….jasa mu dikenang…

    Balas komen ini

  50. Komen oleh angau_sasau · 30/03/2009 · 8:19 AM

    ade org bagi tahu saya folder prefetch boleh delete content nye..betul ker?atau nanti akan mengalami masalah pada komputer atau laptop kalau kita delete content nye?

    Balas komen ini

    Komen dari MK
    30/03/2009 pada 9:01 AM

    @angau_sasau, folder prefetch tu bertujuan untuk lajukan startup Windows. Tapi boleh je kalau nak delete, takde masalah.

    Balas komen ini

  51. Komen oleh mirkwood · 31/03/2009 · 8:52 AM

    salam. mcm mane nak betulkan pc yang tak boleh defrag. setiap kali saya klik ‘analyse’ atau ‘degrafment’ keluar pop-up ‘defragment cannot start’. masalah terjadi selepas saya format pc. ada tak solution? terima ksih.

    Balas komen ini

    Komen dari adalah
    31/03/2009 pada 3:25 PM

    cuba gunakan 3rd party software.
    antaranya : Defraggler

    software ini adalah percuma,
    ia ringan dan mudah digunakan.

    Balas komen ini

  52. Komen oleh SHAM · 31/03/2009 · 10:02 AM

    Mirkwood.cube gune 3rd party software mcm “Smart Defrag”.Freeware je.harap dpt membantu.

    Balas komen ini

    Komen dari mirkwood
    06/04/2009 pada 4:56 PM

    salam. sye dh install tp xbole gune. setiap kali ‘analyse’ / ‘defrag’ keluar pop-up ‘no internet connection’. kenapa ye?

    Balas komen ini

  53. Komen oleh mirkwood · 03/04/2009 · 12:06 PM

    salam, timekasih kepada yang membantu. sye sgt menghargai bantuan anda. timekasih skali lg.

    Balas komen ini

  54. Komen oleh j_hafiz · 07/04/2009 · 11:05 PM

    nk defrag pastikan ade space kosong 15% dari harddisk..

    Balas komen ini

  55. Komen oleh til · 14/04/2009 · 11:38 AM

    xda bincang sal networking ke???

    Balas komen ini

  56. Komen oleh iezah · 16/04/2009 · 11:08 AM

    pc saya selalu lembab walaupun rem tinggi
    tak tahu nak buat macam mana

    Balas komen ini

    Komen dari adalah
    21/04/2009 pada 3:16 PM

    skang nie guna processor ape..?
    selain tue,
    cuba scan komp dgn antivirus dan antispyware.

    Balas komen ini

  57. Komen oleh botak · 21/04/2009 · 8:22 AM

    aku ada masalah sikit dengan windows xp. setiap kali turn on pc..bila masuk windows dia akan terus pi ke prepare to hibernate…terus ianya shutdown. so, macamane nak selesaikanya.
    hibernating…………

    Balas komen ini

  58. Komen oleh Ejat Muhammad · 26/04/2009 · 6:26 PM

    salam..nk tnye ni..
    sye bru lps format laptop..laptop compaq..
    em..laptop blank la ble time nk on..
    xkeluar kt screen..bios die xshow..
    knp eh?
    boleh tolong x..

    Balas komen ini

  59. Komen oleh husna · 29/04/2009 · 4:10 PM

    saya nak tanya, camna nak tgk video yg dr hanphone kat window media player?

    Balas komen ini

  60. Komen oleh aniq · 02/05/2009 · 3:35 PM

    saya nak mintak tolong pada semua sifu2 boleh ke nk download balik fail yang ter format tu…

    Balas komen ini

  61. Komen oleh Nora · 05/05/2009 · 10:56 AM

    MK..yg error bila taip msconfig tu…die kuar dialog box..”Windows cannot find ‘msconfig’..bla bla…”..maybe sy terdelete aper2 system file ke MK ???

    Balas komen ini

    Komen dari elmy
    05/05/2009 pada 11:08 AM

    Sory menyelit..apa yang saya tahu tentang masalah awak adalah, ‘msconfig’ awak disable..mungkin kerana setting ‘msconfig’ di nyahfungsikan atau mungkin masalah kompenan window rosak dan mungkin juga disebabkan virus seperti Net-Worn.Win32.kido.ih yang boleh membatalkan segala program..

    Balas komen ini

    Komen dari NoraMazlan
    05/05/2009 pada 2:08 PM

    elmy..tq..so cane ek sy nk kembalikan kefungsian msconfig tu yer????

    Balas komen ini

  62. Komen oleh elmy · 06/05/2009 · 3:44 AM

    @NoraMazlan…

    Untuk Mengatasi masalah ini(Klik Disini) kita boleh gunakan beberapa cara…Gunakan Software,Cd windowsXP, regedit atau SafeMode…dan tuk nak terangkan memang x cukup muka surat ni..Jadi saya ada carikan kamu laman blog untuk selesaikan masalah kamu yang dah lame menyahat hati ini(gurau)…Klik Disini Untuk Selanjutnya.

    Balas komen ini

  63. Komen oleh eox eqinz · 06/05/2009 · 4:49 PM

    erm… i tak fhm la cam ner nk settle masalh komp. i… hihi~~

    Balas komen ini

  64. Komen oleh eox eqinz · 06/05/2009 · 4:50 PM

    erm.. komp i x blh edit gambar.. nk bukak paint pun dah x blh… knp ek??

    Balas komen ini

  65. Komen oleh wak panuci · 06/05/2009 · 11:10 PM

    baru jumpa site ni… salam bro..

    Balas komen ini

    Komen dari MK
    12/05/2009 pada 12:29 AM

    @wak panuci: Salam :)

    Balas komen ini

  66. Komen oleh yoyok · 27/05/2009 · 1:41 PM

    bro,asal laptop aku baru pas log on tak auto teros open ke desktop? nak kene bukak task manager, new task, taip desktop baru bole sampai ke desktop.. kenape terjadinye perkara sedemikian?? help me pliz~!!!

    Balas komen ini

  67. Komen oleh Melayu Boleh · 31/05/2009 · 12:01 PM

    Emm, cara utk lajukan vista ada x??

    Balas komen ini

  68. Komen oleh Jai_FTBau · 12/06/2009 · 2:54 PM

    salam bro…aku nak tnye skit la bro..knapa msconfig xkuar bla taip di run???windows problems or system missing??mcm maner cra nak repair?repair windows ok x?
    dan antivirus aper yg power dpat membunuh apa3 jua virus??huuhuhuhu…aku dah blur ar…tq…

    Balas komen ini

    Komen dari MK
    14/06/2009 pada 7:00 PM

    @Jai_FTBau: Kalau msconfig tak keluar… samada sebab awak guna Windows XP Home, ataupun disekat oleh virus. Kalau disekat oleh virus, cuba pulihkannya kembali dengan RRT atau Disk Heal.

    Antivirus yang power dapat membunuh apa2 jua virus? Er, ada ke antivirus camtu? Huhu. Antara antivirus yang terbaik adalah Kaspersky dan Avira.

    Balas komen ini

Tinggalkan komen *Bahagian yang bertanda (*) wajib diisi.