5 Cara Untuk Lajukan Windows XP

Walaupun Windows Vista telah lama dilancarkan oleh Microsoft, kebanyakan dari kita masih lagi menggunakan Windows XP sebagai Operating System. Ini mungkin kerana anda telah biasa dengan Windows XP, dan lebih selesa dengannya. Mungkin juga anda memilih Windows XP kerana ia kurang mengalami masalah compatibility dengan software lama.

Setelah menggunakan Windows XP buat beberapa ketika, anda mungkin perasan PC anda menjadi semakin lembab berbanding semasa baru lepas install Windows dahulu. Selain dari memastikan komputer anda bersih dari Virus dan Malware, terdapat beberapa perkara yang anda boleh amalkan untuk memastikan Windows XP berjalan dengan lebih lancar. Di sini saya ingin kongsi lima tips berikut:

Defragment Hard Disk Anda

laju-xp-01Anda mungkin telah kerap kali mendengar istilah Defragment ini. Namun, tahukah anda apa fungsi Defragment?

Apabila Windows XP menyimpan satu-satu fail dalam komputer anda, kadang – kadang ia diletak secara bersepah. Sebagai contoh, sebahagian dari fail Word anda diletakkan di bahagian tengah Hard Disk manakala sebahagian lagi diletakkan di bahagian hujung. Keadaan ini disebut sebagai Fragmentation. Untuk membuka fail Word ini, Windows XP terpaksa memakan sedikit masa kerana ia terletak berjauhan antara satu sama lain.

Defragmentation bertugas untuk membetulkan kembali keadaan Fragmentation ini. Ia akan menyusun kembali fail – fail dalam komputer anda agar berada di tempat yang betul.

Disk Defragmenter boleh dibuka melalui Start Menu > Accessories > System Tools > Disk Defragmenter

Tetapkan Program Yang Dibuka Sewaktu Startup

laju-xp-02 Setiap kali Windows dimulakan, ia akan melancarkan sejumlah program secara automatik. Program ini dipangil sebagai Startup Program. Namun, tidak semua dari program ini diperlukan sentiasa, sebaliknya anda hanya akan buka program tersebut bila perlu. 

Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk membuang satu-satu program dari senarai Startup. Cara yang paling mudah ialah dengan menggunakan msconfig. Untuk melancarkan msconfig, klik pada Start Menu dan pilih Run (atau tekan sahaj Win+R). Pada kotak Run, taipkan msconfig dan tekan Enter. System Configuration Utility akan dipaparkan. Pergi kepada tab Startup dan anda boleh lihat senarai startup program. Hanya uncheck sahaja mana – mana program supaya ia tidak lagi dilancarkan secara automatik.

Bagi mendapatkan senarai Startup Program yang lebih lengkap dan menyeluruh, gunakan perisian Autoruns. Pastikan anda tahu program apa yang anda hadapi, sebelum membuat apa – apa perubahan.

Matikan Servis Yang Tidak Perlu

laju-xp-03 Servis adalah proses – proses yang dijalankan secara senyap, di balik tabir. Seperti Startup Program, ada sebilangan dari servis – servis ini yang tidak diperlukan oleh anda, dan boleh ditetapkan agar tidak dilancarkan secara automatik.

Untuk membuat tetapan pada servis, buka msconfig sekali lagi. Pergi kepada tab Services. Pastikan anda menanda kotak "Hide All Microsoft Services" (seperti dalam gambaraja) agar anda tidak tersilap membuang servis yang penting. Kemudian uncheck pada mana – mana servis supaya ia tidak lagi dilancarkan secara automatik

Untuk senarai servis – servis dalam Windows XP yang lebih lengkap, buka kotak Run dan taipkan services.msc. Di sini anda boleh lihat segala servis – servis yang terdapat dalam Windows XP.

Bersihkan PC Anda

Semakin lama anda menggunakan PC, semakin banyaklah Temporary File yang terkumpul dalam Windows anda. Temporary File ini adalah sampah – sarap yang perlu dibersihkan selalu agar ianya tidak membazirkan ruang dalam Hard Disk anda. Untuk membersihkan fail – fail ini, gunakan CCleaner.

Tingkatkan BIOS Anda

(Nota: Tips yang berkaitan dengan upgrade BIOS atau mematikan mana – mana fungsi dalam BIOS adalah agak teknikal. Pengguna baru adalah dinasihatkan supaya mengelakkan tips ini)

BIOS bereti Basic Input Ouput System, yang berfungsi untuk memulakan perkakasan – perkakasan dalam komputer anda sewaktu PC dihidupkan.  Bergantung pada PC anda, pengubahsuaian BIOS boleh meningkatkan sedikit prestasi komputer.

Update BIOS Anda. Biasanya pengeluar komputer atau motherboard akan mengemaskini BIOS mereka, dan anda boleh download versi BIOS yang terbaru ini. Pastikan BIOS jenis apa yang anda pakai, dan cari update yang terkini di Internet. Setelah download, ikuti langkah yang diberikan untuk install BIOS tersebut.

Matikan Komponen Yang Tidak Digunakan. Motherboard anda mengandungi banyak komponen – komponen seperti RJ-45, bunyi, dan grafik. Anda boleh matikan komponen yang tidak diperlukan; melalui BIOS. Contohnya jika anda mempunyai kad wireless, anda tidak memerlukan lagi komponen Ethernet. Ataupun jika port VGA anda tidak digunakan, disable saja fungsinya. Jika anda ingin menggunakannya kembali, enable semula komponen tersebut melalui BIOS.

 

 

[Diterjemahkan dan disunting dari Wired]

172 thoughts on “5 Cara Untuk Lajukan Windows XP

  1. Hoho.. patut la laptop nie lembab semacam je. Dah berkurun rasenye tak defragment hard disk die. Lol~

    off topic: nk tnya cket boleh tak? blog sy tak boleh view kalo gune URL http://mira.silenteve.net. but then, boleh kalau gune http://mira.silenteve.net/index.php. And it happens on firefox je. IE6 yg tak besh tu boleh plak view, takde problem. setiap kali tekan http://mira.silenteve.net, die akan kluar box nie:
    http://img186.imageshack.us/img186/8602/stupidphpfn0.jpg

    sy da try uninstall and reinstall FF tapi tak jadik gk. kalo try http://www.silenteve.net pun, problem yg same. =(

    Mira’s last blog post..Early birthday celebration

  2. ni semua basic tips.. paling penting kalau nak PC laju, bawaak2 la bertaubat nengok bape GB RAM yg ada kat pc tu… hehehehe… kalau tak buat camana pun, tak guna maaa….

    ** pesanan kepada mereka yg baru kenal komputer.. hahaha

    Khai’s last blog post..Google Search Tricks

  3. Tweak atau update BIOS tidak digalakkan lebih-lebih lagi kalau motherboard bukan jenis “tahan lasak”. Biarkanlah BIOS itu dalam keadaan sedia kala selagi tidak mengganggu. Lagipun bagi moderate user perubahan pada kelajuan XP tidak ketara.
    Selain langkah-langkah di atas:-
    (a) adjust for best perfomance
    (b) disable Remote Assistance dan Remote Desktop(bukan utk network)
    (c) pilih Classic menu
    (d) disable semua automatic updates pada program lain kecuali
    untuk antivirus (ada impak dalam svchost)
    (e) tambah RAM kerana XP sangat selesa dengan RAM yang besar (check dulu berapa banyak RAM motherboard boleh support)
    (f) upgrade ke Windows XP sp3 Version 5512
    (g) kunjungi web Windows Update lebih kerap untuk install high priority update
    (h) jangan guna resolusi tinggi untuk desktop (kita bukannya menatap desktop sepanjang minit)
    (i) disable screensaver
    (j) pastikan cakera keras jenis SATA atau lebih baik
    Paling penting, install aplikasi yang paling diperlukan sahaja.

  4. bro…sy ni agak rabun it sikit…nak minta tips dr bro..
    apakah perkra yg perlu sy pertimbangkan kalau nak bli laptop yang ok….

    • @akutaktahu: apa kata awak tengok kat Forum SK, kat situ diaorang ada bincang pasal laptop ni. apa-apa soalan awak boleh tanya kat sana, mesti ramai yang jawab nanti.

    • 1.Tentukan bajet.
      2.Tentukan kegunaan.
      3.Pastikan anda terima after sale service yg terbaik. Service centre hdklah dekat dgn anda. Jika jauh vendor akan caj. Ini tabiat buruk mereka.
      4.Jgn terlalu cerewet dlm memilih jenama. Semua laptop tahan asalkan penggunaan sesuai dgn kapasiti. Jika Kancil jgnlah bawa muatan lori pula.
      5.Tingkatkan RAM laptop.
      6.Install program yang diperlukan. Cadangan: Antivirus,7Zip,Foxit Reader,Defraggler,NERO, FLV player dan Office. Program ini bukan memory hog. Elakkan WINRAR, Adobe Reader, WINZIP, WINAMP,ACDC, Quicktime, RealPlayer,Office2007 dan semua keluarga Norton.Program ini mencekik laptop tak kisah berapa besar RAM anda.
      7.Jgn install sebarang registry cleaner (kecuali utk computer geek saja)
      8.Jgn layari porn site. Bukan saja tidk bermoral tapi laptop anda akan cepat menemui ajal. Ini kerana site itu sumber utama virus, malware dan rootkit.

      Selamat berlaptop, bro….

  5. askum… nk tya… apssal laptop saya skrg ni dh xleh run. asalnya sy shut down,tp mls nk tggu terus lipat laptop & lek umah.. esoknya dh xleh buka… on je akan bole sampai kluo tulisan di skrin (yg ada tulis f2),pastu restart semula.. apo yg rosak yeark? pening kepala ni..

    • Cara A
      1. On dan tekan F2. Pgi ke menu BOOT. Pastikan IDE letak no.1
      Cara B
      1.On dan tekan F8. Pilih safe mode. Bila windows dah buka, pgi ke System Restore. Lepas tu restart.
      Cara C
      Pastikn shut down sempurna. Ini kerana waktu itu windows sedang bersihkan pagefile.
      Cara D
      Reinstall windows

      (tip di atas utk XP saja)

    • @budok kulai:
      w’salam. biasanya kalau shut down tak betul memang keluar masalah macam ni.

      ok, mula2 awak cuba cara-cara yang dicadangkan oleh mat tu. tapi kalau hard disk tak detect lansung, cuba awak tanggalkan hard disk dan pergi scan disk di PC orang lain. lepas tu, masukkan semula hard disk tu ke dalam laptop awak.

  6. Tq kpd saudara b2… sebenarnya sy dh pun tekan f2 tu.. tapi masih xleh g ke safe mode. lg 1 smlm sy try tanggalkan h/disk tu & try pasang kt laptop lain… ado klua tulisan kt skrin biru.. klu x silap ada tertulis damage… apo maksudnya? adakah h/disk saya tu rosak?

  7. oh ye… klu tekan f2 yg tertulis adalah…
    base memory 0000640 kb
    extended memory 0506880 kb
    total memory 0507904 kb
    shared memory 0016384 kb

    sampai sini je yg bole.. lps t akan senyap je… (mcm hang)..
    nape yeark?

  8. Tekan F8 utk safe mode.
    Kalau hd dpt digunakn pd laptop lain, lakukan scandisk dan disk defrag.
    Kadang2 berlaku dump memory. Ini bermakna satu atau lebih software rosak. Biasanya network adapter bermasalah. Cara lain, tanggalkan RAM dan gosok bahagian gold-platted dgn getah pemadam yang bersih. Pasang semula.

  9. thanks bro… sy dh tekan f8 tp masih xbleh… nnt sy try tanggalkan ram plak.. rasanya msm h/disk rosak… tp nk try godey dulu ok ke x nya… thanks atas tunjuk ajarnya ye…

  10. masalah windows xp media center edition saya login keluar skrin biru dgn mesej so saya nak masuk semua jenis safe mode x leh juga then saya fed up saya reformat komputer saya tapi windows setup x leh nak install asyik kuar benda ni bsod (blue screen of death)toooooooolooooooooooong

  11. Tolong la.. sape2 dapat tlg pasal nape ‘windows was un able to find certeficate to conect to wireless network’ sy ni x taw pape pasal tenet la.. peliz..

  12. Nak tny ckt.Kt komputer aku de tulis ‘IERLS’- (In Order to exit application,you must provide an administrator pasword since”allow user to exit” option box is not selected
    Selected this option or supply a password under the administration menu) setiap kali nak shut down atau nk restart.Cmne nk bg benda 2 ilang@setel??

  13. saye pening ngan PC saye..
    ade 2 windows lak…
    mcm mane nak hilang kan 1 ek…
    PC sy jadi slow pastu suke hang…
    mintak tlg kpd sape2 yang tau ek…

    • @E-comsys 18: buang je Windows yang dah tak pakai tu.. pastu edit boot.ini untuk buangkan senarai Windows tu dari boot screen.

        • for windows, buka folder options dalam control panel, pada tabs view, pilih “show hidden files and folder” & unmark kan “hide protected operating system files”.. pastu buka drive c, cari file bernama “boot.ini” @ “boot”.. bila bukak tu, kenalah pandai2 edit, silap delete @ adjust, windows blank..

        • lebih selamat kalo engko guna “style xp” cz dalam tu tersedia dah ruang untuk adjust boot dengan lebih senang..

  14. @mat, erm..apa kata kite belaja overclock?huhuhu
    kalo dah tweak windowas pun dah kira power..tapi di bekalkan lagi
    dengan overclock tentu lagi cun…main games cam best je lajunye..ahaks

  15. cara di atas saya dah cuba software untuk lajukan pc saya pun dah cuba saya tambah ram 1gb tapi masih slow.kenapa ya?

    • @ejam, cara yang paling senang ialah, awak tanggalkan kesemua komponen PC, kemudian pasang satu-persatu untuk tentukan mana satu yang rosak. 1st sekali, pasang motherboard+power supply+ram. Pastu yang lain lak. Kalau motherboard atau PSU yang rosak, kena pandai test dengan multimeter la plak.. =)

  16. salam. nak tanya,camna nak adjust skrin yang tetiba jadi besar. jadi camni lepas blackout beberapa saat kat umah.

  17. salam. pc sye xbole defrag. evrytime nk degfag even analyse je pop-up ‘disk cannot be defrag’. any solution? thx.
    p/s: pc slow, dateline dh dekat.

  18. sye pkai window vista..skang ni ble je on pc akn hang..x de pe2 di papar kt screen tpi wallpaper msh de..kdg2 ok tpi x lme pastu padam n restart sdiri..
    sye nk tau pe masalah nye n cam ne nk btl kn..

  19. pc lgi 1 gne window xp..
    on cpt tpi ble shut down jdi lmbab lak..
    pe mslah n cara nak mengatasi..
    tq..

  20. salam. mcm mane nak betulkan pc yang tak boleh defrag. setiap kali saya klik ‘analyse’ atau ‘degrafment’ keluar pop-up ‘defragment cannot start’. masalah terjadi selepas saya format pc. ada tak solution? terima ksih.

  21. askum…sy da try disfragment d…ok…then disfragment c…tp sy takut aper2 jadi…saya just stop..ok ker boley?xjd paper ker?kalau run pun sbnr nya ok ker…or ader fail ley ilang atau aper perubahannya?

      • timakasih bebayak..ermmm cepat gak ye reply..sy org baru.jd technician lak tuh…ermm kira dikatakan buta it la gak coz da lama tiggal…so skang xder masalah lg…boley la sy selalu mntak pertolongan disini…timakasih skali lg…(tp mmg byk nk tya lg…prob yg tak disolve kan lg…) :D

  22. salam…lbh kurag 20biji pc yg tidak dpt dapat internet…aper kah masalah nyer…bt pengetahuan..ini di makmal komputer sekolah.sy tak pasti nk check aper ..langkah2nyer…adakah masalah pada modem di bilik server tu atau aper ye?plssssss…..

  23. dimakmal computer terdapat 40biji komputer…sy diarahkan untuk check 1 persatu computer..samaada boleh diguna pakai @ pun tidak… ermm aper langkah2 nyer? ke sy just on jer…then kalau ley on..windows popup..then itu dikira ok ker,boleh digunakan?
    maaf yer..mmg buta it…hahahhahaha..plss….jasa mu dikenang…

  24. ade org bagi tahu saya folder prefetch boleh delete content nye..betul ker?atau nanti akan mengalami masalah pada komputer atau laptop kalau kita delete content nye?

    • @angau_sasau, folder prefetch tu bertujuan untuk lajukan startup Windows. Tapi boleh je kalau nak delete, takde masalah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> <pre lang="" line="" escaped="" highlight="">