5 Cara Untuk Lajukan Windows XP

Walaupun Windows Vista telah lama dilancarkan oleh Microsoft, kebanyakan dari kita masih lagi menggunakan Windows XP sebagai Operating System. Ini mungkin kerana anda telah biasa dengan Windows XP, dan lebih selesa dengannya. Mungkin juga anda memilih Windows XP kerana ia kurang mengalami masalah compatibility dengan software lama.

Setelah menggunakan Windows XP buat beberapa ketika, anda mungkin perasan PC anda menjadi semakin lembab berbanding semasa baru lepas install Windows dahulu. Selain dari memastikan komputer anda bersih dari Virus dan Malware, terdapat beberapa perkara yang anda boleh amalkan untuk memastikan Windows XP berjalan dengan lebih lancar. Di sini saya ingin kongsi lima tips berikut:

Defragment Hard Disk Anda

laju-xp-01Anda mungkin telah kerap kali mendengar istilah Defragment ini. Namun, tahukah anda apa fungsi Defragment?

Apabila Windows XP menyimpan satu-satu fail dalam komputer anda, kadang – kadang ia diletak secara bersepah. Sebagai contoh, sebahagian dari fail Word anda diletakkan di bahagian tengah Hard Disk manakala sebahagian lagi diletakkan di bahagian hujung. Keadaan ini disebut sebagai Fragmentation. Untuk membuka fail Word ini, Windows XP terpaksa memakan sedikit masa kerana ia terletak berjauhan antara satu sama lain.

Defragmentation bertugas untuk membetulkan kembali keadaan Fragmentation ini. Ia akan menyusun kembali fail – fail dalam komputer anda agar berada di tempat yang betul.

Disk Defragmenter boleh dibuka melalui Start Menu > Accessories > System Tools > Disk Defragmenter

Tetapkan Program Yang Dibuka Sewaktu Startup

laju-xp-02 Setiap kali Windows dimulakan, ia akan melancarkan sejumlah program secara automatik. Program ini dipangil sebagai Startup Program. Namun, tidak semua dari program ini diperlukan sentiasa, sebaliknya anda hanya akan buka program tersebut bila perlu. 

Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk membuang satu-satu program dari senarai Startup. Cara yang paling mudah ialah dengan menggunakan msconfig. Untuk melancarkan msconfig, klik pada Start Menu dan pilih Run (atau tekan sahaj Win+R). Pada kotak Run, taipkan msconfig dan tekan Enter. System Configuration Utility akan dipaparkan. Pergi kepada tab Startup dan anda boleh lihat senarai startup program. Hanya uncheck sahaja mana – mana program supaya ia tidak lagi dilancarkan secara automatik.

Bagi mendapatkan senarai Startup Program yang lebih lengkap dan menyeluruh, gunakan perisian Autoruns. Pastikan anda tahu program apa yang anda hadapi, sebelum membuat apa – apa perubahan.

Matikan Servis Yang Tidak Perlu

laju-xp-03 Servis adalah proses – proses yang dijalankan secara senyap, di balik tabir. Seperti Startup Program, ada sebilangan dari servis – servis ini yang tidak diperlukan oleh anda, dan boleh ditetapkan agar tidak dilancarkan secara automatik.

Untuk membuat tetapan pada servis, buka msconfig sekali lagi. Pergi kepada tab Services. Pastikan anda menanda kotak "Hide All Microsoft Services" (seperti dalam gambaraja) agar anda tidak tersilap membuang servis yang penting. Kemudian uncheck pada mana – mana servis supaya ia tidak lagi dilancarkan secara automatik

Untuk senarai servis – servis dalam Windows XP yang lebih lengkap, buka kotak Run dan taipkan services.msc. Di sini anda boleh lihat segala servis – servis yang terdapat dalam Windows XP.

Bersihkan PC Anda

Semakin lama anda menggunakan PC, semakin banyaklah Temporary File yang terkumpul dalam Windows anda. Temporary File ini adalah sampah – sarap yang perlu dibersihkan selalu agar ianya tidak membazirkan ruang dalam Hard Disk anda. Untuk membersihkan fail – fail ini, gunakan CCleaner.

Tingkatkan BIOS Anda

(Nota: Tips yang berkaitan dengan upgrade BIOS atau mematikan mana – mana fungsi dalam BIOS adalah agak teknikal. Pengguna baru adalah dinasihatkan supaya mengelakkan tips ini)

BIOS bereti Basic Input Ouput System, yang berfungsi untuk memulakan perkakasan – perkakasan dalam komputer anda sewaktu PC dihidupkan.  Bergantung pada PC anda, pengubahsuaian BIOS boleh meningkatkan sedikit prestasi komputer.

Update BIOS Anda. Biasanya pengeluar komputer atau motherboard akan mengemaskini BIOS mereka, dan anda boleh download versi BIOS yang terbaru ini. Pastikan BIOS jenis apa yang anda pakai, dan cari update yang terkini di Internet. Setelah download, ikuti langkah yang diberikan untuk install BIOS tersebut.

Matikan Komponen Yang Tidak Digunakan. Motherboard anda mengandungi banyak komponen – komponen seperti RJ-45, bunyi, dan grafik. Anda boleh matikan komponen yang tidak diperlukan; melalui BIOS. Contohnya jika anda mempunyai kad wireless, anda tidak memerlukan lagi komponen Ethernet. Ataupun jika port VGA anda tidak digunakan, disable saja fungsinya. Jika anda ingin menggunakannya kembali, enable semula komponen tersebut melalui BIOS.

 

 

[Diterjemahkan dan disunting dari Wired]

172 thoughts on “5 Cara Untuk Lajukan Windows XP

  1. salam. mcm mane nak betulkan pc yang tak boleh defrag. setiap kali saya klik ‘analyse’ atau ‘degrafment’ keluar pop-up ‘defragment cannot start’. masalah terjadi selepas saya format pc. ada tak solution? terima ksih.

    • salam. sye dh install tp xbole gune. setiap kali ‘analyse’ / ‘defrag’ keluar pop-up ‘no internet connection’. kenapa ye?

  2. aku ada masalah sikit dengan windows xp. setiap kali turn on pc..bila masuk windows dia akan terus pi ke prepare to hibernate…terus ianya shutdown. so, macamane nak selesaikanya.
    hibernating…………

  3. salam..nk tnye ni..
    sye bru lps format laptop..laptop compaq..
    em..laptop blank la ble time nk on..
    xkeluar kt screen..bios die xshow..
    knp eh?
    boleh tolong x..

    • mula-mula cek dulu charger samada ok atau rosak. cara nak check kena tukar charger awak dengan charger yang baru atau ok. tapi kena sama jenis charger. supaya boleh di connectkan ker laptop awak..kalau tak leh gak …cuba cabut bateri dan on kan charger…..kalau tak leh gak motherboard rosak

      • Insya-allah menjadi

        Cuba guna Format Factory 2.1

        Cari kat google…..

        File dia lebih kurang 20.0 Mb lebih kot….
        Tapi boleh tukar format handphones(3gp) kepada WINDOWS (wmv/a)

        Try….
        Tak pun Cuba guna VLC Media Player 1.0.1 atau GOM Player

        Tak pun boleh Download PC Suite NOKIA dari laman web NOKIA

    • nak tau gak fail aper yang nak di download tu..kalau setakat program jerk oklah….kalau data peribadiii….tak leh la

  4. MK..yg error bila taip msconfig tu…die kuar dialog box..”Windows cannot find ‘msconfig’..bla bla…”..maybe sy terdelete aper2 system file ke MK ???

    • Sory menyelit..apa yang saya tahu tentang masalah awak adalah, ‘msconfig’ awak disable..mungkin kerana setting ‘msconfig’ di nyahfungsikan atau mungkin masalah kompenan window rosak dan mungkin juga disebabkan virus seperti Net-Worn.Win32.kido.ih yang boleh membatalkan segala program..

  5. @NoraMazlan…

    Untuk Mengatasi masalah ini(Klik Disini) kita boleh gunakan beberapa cara…Gunakan Software,Cd windowsXP, regedit atau SafeMode…dan tuk nak terangkan memang x cukup muka surat ni..Jadi saya ada carikan kamu laman blog untuk selesaikan masalah kamu yang dah lame menyahat hati ini(gurau)…Klik Disini Untuk Selanjutnya.

  6. bro,asal laptop aku baru pas log on tak auto teros open ke desktop? nak kene bukak task manager, new task, taip desktop baru bole sampai ke desktop.. kenape terjadinye perkara sedemikian?? help me pliz~!!!

    • ada ape2 yang rosak, cuba repair registry.. xpun buang perisian yang berlebihan n prisian yang xguna..

      • Salam Sejahtera……

        Cuba reinstall balik Operating System yang demo guna (OS)

        Kalau Windows XP
        Try cari CD/DVD dia balik….
        Pastu install balik…
        Semoga menjadi

  7. salam bro…aku nak tnye skit la bro..knapa msconfig xkuar bla taip di run???windows problems or system missing??mcm maner cra nak repair?repair windows ok x?
    dan antivirus aper yg power dpat membunuh apa3 jua virus??huuhuhuhu…aku dah blur ar…tq…

    • @Jai_FTBau: Kalau msconfig tak keluar… samada sebab awak guna Windows XP Home, ataupun disekat oleh virus. Kalau disekat oleh virus, cuba pulihkannya kembali dengan RRT atau Disk Heal.

      Antivirus yang power dapat membunuh apa2 jua virus? Er, ada ke antivirus camtu? Huhu. Antara antivirus yang terbaik adalah Kaspersky dan Avira.

  8. *kenapa kalau komputer saya rosak kalau nak betul kan mesti orang yang betulkan*,kalau yang senang nak betulkan kan bagus tak yah nak bayar-bayar kan kan kan kan kan…

  9. Salam..sumer.. sye ade masalah psl dvdrw x detect lar…cmner nk wt ek…
    kt My Computer xd ikon disk dvdrw…
    saper2 yg tau…plezzzzzzzz…..

  10. salam zaidi, cuba buka my computer properties. klik dkat hardware. dn klik kt device mnager. cuba tngok kt situ computer detect ke tk dvdrw..

  11. sya nak tnya,pendrive sya telah dijangkiti virus,pabila sya scan mggunakan avast antivirus,folder word saya semuanya hilang.jadi mcm mane sya nak cari balik folder word yg hilang tu.

  12. salam… info mmg berguna buat sya… memang boleh bantu cepatkan maintenance penting untuk PC kite.

    Tuan web.. saya nak kopi artikel ini buh kat blog saya…

    saya akan kredit blog tuan…

    mentak izin yer tuan….

  13. Nak tanya ler…kenapa saya tak boleh nak jalankan defragmenter…keluar mcm ni “Disk Defragmenter has detected that chkdsk is scheduled to run on the volume :(c). Please run chkdsk/f.
    Apa maksudnya ni……pls tolong

  14. salam…slamat ari raya. Khai aku nak tanya pendapat ko skit ni. Smlm ada member aku bawak cd windows 7.

    Apa pendapat ko pasal windows 7 ni ?

    igt nak try installl kat akunyer laptop ni. ? apa komen ?

  15. salam sume sifu…

    saya bru baljar maaf le kalo xbetul…

    kat run slalu type je msconfig kn2..???
    run secara automatic detact sbgai msconfig.exe tp sbnrnye msconfig.msc (exst. mcm 2 maybe sebab slah satu componen OS kot saya bru blajar je.. ;p) maaf bnyak2 kalo salah.. budak bru blajaq komp nie… hehehe…
    slamat mencube…

  16. Komputer saya mengalami masalah untuk login ke window, screen memaparkan welcome dan user, apabila saya clik pada user ia kembali pada screen yang asal, saya cuba pula menggunakan safe mode masalah yang sama berlaku
    apa yang perlu dilakukan, adakah ianya virus, dan bagaimana cara nya menghapuskan virus tersebut,

    TQ

  17. Assalamualaikum….encik bijak it….sy de masalah,….sy menggunakan vista, tp bebaru ni kena virus…jd kena format…..masalah timbol sbb bila lepas siap install, sy lihat ade dua program dan dua windows…yang lama dan yang baru…..bila sy perhatikan lau guna vista tak ade arahan untuk format mcm xp….yang ade cume arahan installation….jd bolehkah encik tunjukkan cara mcmne nak format vista nie…

    • @Ummiumar, nak bukak bios kene tau dulu gune manufacture apa, sebab lain manufacture lain cara nak masuk bios, die ada kene tekan F2, DEL, ESC, biasanyer bile baru on desktop/laptop, die akan kuar belah bawah nak masuk setup kene tekan apa

  18. sesiapa nak lajukan komputer/laptop 100% akan laju sila telefon jangan sms telefon tau :60106616389

    • @mifzal raziq,

      adkah dikenakan cas beratus atau brpuluh rm untuk melajukn komputer bro???atau pc kita kene bg tongkat ali pawer rut??

  19. thanks mr.sifu kalau dpt saya nak minta tolong sifu mentorkan rakan-rakan dlm sekolah yg selalu ada persoalan mengenai komputer .Itupun kalau sifu sudi saya kekadang tak cukup tangan so kalau ada pro mcm sifu ok juga lah anyway thanks a lots

  20. Boleh tak saya gunakan pen drive untuk mula start Disk.Kalau tak blh bagaimana pulak dgn Cd Rom sbb Notebook sekarang x menggunakan Floppy A.

  21. Apa yang patut sy lakukan sekiranya monitor memaparkan skrin biru.sy dah start byk kali tapi masalah cam tu juga.Tlg lah abg IT..

  22. salam…sblm aku defrag drive c aku space ada lg 15gb lepas defrag tinggal lg 10gb space…sebab pa jd camtu?

  23. salam..sy nk tanye..lau pendrive hilang format nk wat cm ner..pendrive sy lau msk laptop,laptop x leh dictect..mne2 laptop pn sme…:(

  24. assalamualaikum….MK..
    nak tumpaang tanya..saya nak upgrade windows xp pack 1 ke pack 2,guna free installation kat internet..ok tak? apa kebaikan n keburukannya?
    harap boleh membantu…

  25. hai…saya nak tanya, laptop saya nih bila on, and bukak slide power point, everything dah lari,example, allignment, font, and macam2 lah, than i dah scan, but ok, i try open safe mode that slide ok tak lari sikit pun, tapi bila open window, slide tu mesti lari…adusss..tak tahu nak buat macam mana nih….virus ka apa nih..tolong…

  26. saya nak tanya, windows xp sy bila klik pada my document je mesti hang,pening kepala saya..boleh tolong tak?

  27. Pingback: Surat Pembaca WK: Upgrade RAM : Wanita & Komputer

  28. nak tanye.
    mcm mane nk hilangkan password bile ade orang block laman web.?
    laman web yg kene sekat tu gune password
    such as:
    myspace,facebook or whatever. . .
    tolong ekh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> <pre lang="" line="" escaped="" highlight="">