
Anda selalu menaip? Jika ya, sudah tentu anda biasa dengan kekunci pintas Ctrl + C untuk menyalin (copy), Ctrl + X untuk menggunting (Cut), dan Ctrl + V untuk menampal (paste). Ops, maaf jika istilah yang diterjemahkan itu salah (atau kelakar >_<).
Apa pun, saya ingin berkongsi beberapa lagi kekunci pintas yang boleh digunakan semasa menaip. Mari kita pelajari kekunci pintasan ini, suapya kerja seharian akan lebih cekap dan efisien!
- Ctrl + (anak panah): Bergerak ke perkataan seterusnya
- Shift + (anak panah): Pilih huruf yang seterusnya.
- Ctrl + Shift (anak panah): Pilih perkataan yang seterusnya.
- Arah perkataan adalah bergantung kepada anak panah. Misalnya, jika anda menekan Ctrl + Anak Panah Kiri, anda akan pergi ke perkataan yang sebelumnya.
- Ctrl + Home: Pergi ke awal dokumen.
- Ctrl + End: Pergi ke hujung dokumen.
Salam
Nak tanya sikit, ada ke software @ freeware untk edit pdf fail. contoh nak isi borang yang disediakan dalm pdf fail.
ada 2, 3 freeware (trial) yang dah dicuba, tapi hampeh, samada boleh convert atau edit formatingnya lari.
tq
terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu dengan insan lain… muda2han anda akan berjaya… ty
tq,, nk tanya pe funsi butang turbo kt keybord,
& jgn lupe ngan ctrl + N=new, ctrl + b, ctrl + o,,.