5 Sebab Mengapa Opera Mendahului Firefox

February 20, 2008 |  by MK  |  Firefox, Opera  | 

Saya memang seorang pencinta Opera. Tapi itu tidak bermakna saya tidak sukakan Firefox. Malah, saya fikir Firefox adalah satu browser yang bagus kerana mengikut standard web yang ditetapkan.

Namun, saya geram apabila setiap kali ada fungsi yang diperkenalkan oleh Firefox, semua orang menghebahkannya seperti Firefox lah yang telah menciptakannya dulu. Sebagai seorang pengguna Opera yang agak lama, saya nak kongsi 5 sahaja ciri-ciri pada Opera yang mendahului Firefox:

  1. Tabbed browsing dibina pada Opera 4.02 (June 2000) lagi, sebelum dimasukkan kepada Firefox  0.1 (September 2002). Malah hingga kini, Opera mempunyai fungsi tabbed browsing yang lebih baik dengan kebolehan mimimize, restore, duplicate, dsb. Dan tahukah anda, jika anda tertutup satu tab secara tidak sengaja dalam Opera, hanya perlu tekan Ctrl+Z untuk mengembalikannya.
  2. Session restore dibina pada Opera 7 (Januari 2003) sebelum dimasukkan kepada Firefox 2 (Oktober 2006). Jika anda masih menggunakan Firefox versi lama, anda perlu dowload extension bagi fungsi session restore. Opera lebih fleksibel dalam fungsi ini, di mana ia memberi pilihan kepada anda samada ingin buka kembali semua tab yang terdahulu ataupun tidak.
  3. Mouse gesture dibina pada Opera 5.12 (April 2001). Buat masa ini ianya belum lagi dimasukkan ke dalam Firefox, tapi anda boleh download Optimoz Mouse Gesture (mula dibina pada Julai 2004). Sehingga kini, mouse gesture pada Opera adalah lebih menyeluruh, hinggakan boleh ditetapkan pada UI tertentu (contohnya di sidebar, textbox).
  4. Saiz. Opera tidak pernah mencapai ruang melebihi 15 MB dalam hard disk saya. Bagi Firefox pula, baru sahaja install extension bagi StumbleUpon dan Mouse Gesture, saiznya telah mencapai 20 MB. Saiz ini akan terus bertambah secara mendadak apabila extension ditambah, dan boleh mencapai 100 – 300 MB (bagi yang gila extension :p)
  5. Memori. Buat masa ini, Firefox dan Opera saya masing-masing mempunyai tujuh tab terbuka. Firefox menggunakan 60 MB memori manakala Opera hanya menggunakan 44 MB memori. Sama seperti faktor saiz, penambahan extension pada Firefox akan menyebabkan ia menggunakan lebih banyak RAM.

Saya sendiri telah berapa kali cuba bertukar kepada Firefox, namun gagal dan akhirnya kembali kepada Opera. Namun ini tidak bermakna saya terus akan meninggalkan Firefox, kerana sesetengah fungsi memang hanya ada pada extension yang dipasang pada Firefox (StumbleUpon contohnya). Tanpa extension, Firefox tidak berguna.

Apa pun, marilah kita bersama menggunakan Opera dan Firefox, dan tinggalkan Internet Explorer itu ^^

Sumber: CyberNetNews, Wikipedia

Bookmark and Share
 


41 Comments


  1. slogan firefox sendiri dah cukup kasitahu kita untuk jadikan firefox itu seperti browser kita sendiri.. dgn extension/plugin le tu..

    opera pun best juga.. setanding..

  2. Apa beza yang ketara firefox dan opera?

    Firefox, lebih kurang cam kolej. Tepek sana, tepek sini, itu yang kadang-kadang tersangkut dekat ram.. Kasar…

    Opera ni cam hasil printing kolaj tadi. nampak macam banyak benda bertepek, tapi, sangat licin….

    Undilah Opera untuk kesejahteraan anda…

    p.s termasuk politik [plak…

  3. hm… opera macam lagi best je. tapi tak download2 lagi. akan, tapi tak tahu bila. huhu~

    yang penting, lupakan IE. haha

  4. uuuuu
    tak penah try lg la guna opera~
    tp teringin nk try opera mini utk hp
    mcm besh je~
    from wut i read guna opera kt hp lg murah kn drp browse mcm biasa~
    xtau la if salah paham T_____T

    • iziana »
      tatau gak, sebab hp saya nokia 1100 jerk, hehe
      tapi Opera memang browser paling femes untuk alat-alat obil ni, macam HP dan PDA
      bro Azhar pun guna Opera Mini gak

  5. Huu.. sy guna IE skang ni! T_T

    Kalau kt pc sy, sy guna Firefox. X penah tau pn pasal Opera (sy mmg rabun IT k) haha

  6. Aku dah try download dan guna Opera (pengaruh rakan sebaya – khairul SK.com).

    Bila aku guna, aku rasa Opera ni agak licin dan ringan, berbanding dengan FireFox aku yang dah banyak sangat plugin (yang tak guna pun ada).

    Kalo aku buang semua plugin yang tak guna tu, aku rasa seakan2 sama antara FireFox dengan Opera.

    Jadi bagi aku no harm done kalo nak guna yang mana2 pun. Asalkan tidak IE!

    Kerol, Opera ada plugin tak?

    • ImamKhalid »
      tak, Opera ada widget je, takde plugin macam extension kat Firefox tu. tapi aku pun tak guna widget2 nih

      tapi kebanyakan fungsi yang ada pada extension Firefox dah sedia terbina dalam Opera. masalahnya, banyak sangat fungsi dalam Opera ni, sampai tak teringat aku, huhu

  7. opera sangatt best!

  8. kan ke bagus kalu opera pun ade versi portable cm FF

  9. huhu!!! bru je test ni…sgt licin…besh2!! akan ku promote pada kwn2 ku…

  10. haha…berjaya plak ko promote opera..haha..

  11. yap. opera bagi aku still better dari firefox. dan itulah penyelamat bagi aku lepas aku bengang giler dengan firefox. but hari ini, aku still pakai firefox. dah terbiasa agaknya. Opera pun aku pakai. tengoklah mana yg berkenan nk pakai..

    titan’s last blog post..Buat Duit : 10 OutSource Mistakes Free Report | 1 Dollar Per Subsriber

  12. dengan bangganya aku umumkan aku pakai IE
    hahaha…bkn ape…aku ske tgk online tv
    selalunye IE je yg support mende2 tu…tul x??
    correct me if i’m wrong

    ahmadyusrie’s last blog post..Few things I learn from 3 years University life

    • oho.. ye ke? tak silap saya Opera dan Firefox pun boleh

      cuma satu benda yang IE je ada adalah ActiveX. Opera dan Firefox tak pakai ActiveX kerana ia mungkin bahaya.

      tapi ActiveX ni berguna gak kadang – kadang, contohnya pada Onlive VIrus Scanner

  13. kamu sangat hebat mengarang, haha.. dan kamu juga hebat mengata, haha… ya, aku gila extension (selepas aku baca aku terus buang extension, haha). info yang berguna. tapi gunalah firefox optimizer utk kurangkan berat…

    web browser ni macam parti politik je, sume nak tunjuk hebat tapi xnk tunjuk kekurangan. haha, yang pasti saling mengutuk. buat masa ni ff jadi pilihan sbb senang nak guna. walaupun flock hampir kpada ff, aku masih pening lagi. opera? pernah cuba opera tapi kejap je, mungkin satu masa nanti kot? ff apa pun kadang2 ada masalah tapi boleh d maafkan, haha…

    masa brtukar dari ie ke ff senang je, tapi bila nak tukar ff ke browser lain cam susah je. pasal ciplak menciplak tu masalah diorang, yg penting aku happy. haha…

    blogmenjerits last blog post..Senarai sumber templat Blogger (versi 1)

    • @blogmenjerit: web browser ni memang mengundang banyak flame war antara peminat2 setia.. mungkin sebab kehidupan komputer kita memang banyak pada Internet kot, so web browser pun dah jadi sebahagian dari hidup komputer kite. camtu la lebey kurang

      cuma nasib aku dapat Opera dulu sebelum FF. so, aku stick pada Opera. mungkin kalau sejarah dihup (cewah) aku ditakdirkan jumpe FF dulu, aku jadi fanatik FF lak? tah. pe pun, aku memang gilakan software yang simple dan minimalis, dan Opera menepati ciri-ciri itu.. peace. hehe

  14. saya lebih cenderung menggunakan firefox..FIREFOX da BEST

  15. Aku tak pernah pun cuba Opera ni. Bila dah baca artikel ni, rasanya nak cuba jugak. Skrg ni still guna Firefox. Berkenan kat firefox ni bila terbaca kat Majalah PC dan terus buang IE. Firefox ni besny sebab ada Download Helper – diguna dah download video youtube secara terus tanpa taip apa2, just click. Thank 4 info!

  16. nak guna opera la camni, haha

    p/s : tukaran link pliz, wakakaka…

    blogmenjerits last blog post..Denim Theme Switching Template

  17. Dah cuba firefox 3?

    In terms of browsing speed, firefox 3 (beta 5 skarang) adalah sgt laju…jauh lebih laju dr firefox 2, ie7 (opera x sure)

    Klau kira memory usage, cuba check : http://avencius.nl/content/firefox-3-vs-opera-950-memory-usage

    Saya juga menginstall bnyk extension dan mentweak firefox atas dasar ingin tahu…Secara jujur, saiz dan memory usage bkanlah sesuatu yg penting bg saya…yg paling penting ialah fungsi dan kecanggihan serta kepuasan menggunakan browser tu..

    Sekian. Cool yo !!! Peace and out :)

    EiNSs last blog post..Download Kaspersky Internet Security 7 (lesen sah selama 6 bulan)

  18. StumbleUpon ntuk opera : http://www.operastumbler.com

    Feel free to drop by our blog :) By now, it’s just two weeks old :P

    EiNSs last blog post..Download Kaspersky Internet Security 7 (lesen sah selama 6 bulan)

  19. saya pun guna ke 2-2 browser tersebut, yg tak besh nya mengenai firefox ia banyak gunakan memori berbanding opera.. sekarang sedang mencari keserasian.. tapi masih sayangkan firefox kerana plug-in nya..

    zassh..

  20. Em. Opera memang laju berbanding dengan browser2 lain. Sebab sy suke laju, sy pilih opera semula. Hahaha. Firefox, lama jugak saya pakai tapi makin lama makin berat sebab extension. Cuba pulak Flock, tapi lebih kurang je. Cume lebih menarik. Speed tetap tak setanding Opera.

    Oh, saya nak mintak tolong. Boleh tolong ajarkan macam mana nak block ads tak? Huhuhu.

  21. firefox beh..tp..opera kool

  22. korang dah try gune google chrome ker? rase cam lagi best je dari mozilla dan opera..

  23. hu hu..dulu pun guna opera tapi terjatuh cinta dengan firefox..tapi yang bestnya saya berjaya memujuk bebrapa org kawan guna opera..tapi yang hampehnya depa cakap tak best so balik ke pangkal jalan guna firefox semula..guna IE bila perlu je..he he.

  24. Artikel Mk yang satu ni saya ada baca dlm forum’ i luv islam.com’.Memang sebijik ayat yang kat atas tu.adakah MK salah sorang forumer kat situ?atau individu lain yang cedok artikel MK,pastu salin kat sana.nama forumer tu aiman…

    • @Abu Aineen: Em, saya kurang aktif la dekat I Luv Islam. Rupa-rupanya ada orang copy artikel saya la, paste kat sana… :/

  25. nak tanya la….
    opera pakai ape ea nak lajukan buffering video youtube…….
    berjanggut aku nak tunggu die punya loading nak smpai 100%…..
    tolong info…………….

  26. naper sayer x leh nak install opera ni erk…???
    dia akn kuar msj yg ni ler..naper yer…????
    “the windows installer services could not be acess.this can ocurr if you r running windows in safe mode..”naper ehh..????camner nak wat…nak test gak pkai opera ni…

  27. mana aku punyer komen ni hlg???

Trackbacks

  1. 8 Perkara Rawak Tentang Muhammad Khairul | SembangKomputer.Com
  2. Isi Maklumat dan Password Secara Automatik Dalam Opera | SembangKomputer.Com
  3. Gunakan Opera Sebagai Klien Emel Anda | SembangKomputer.Com
  4. 7 Perisian Yang Perlu Anda Miliki | SembangKomputer.Com
  5. Windows 7 Beta – Pandang Pertama | Sembang Komputer

Leave a Reply