Saya memang seorang pencinta Opera. Tapi itu tidak bermakna saya tidak sukakan Firefox. Malah, saya fikir Firefox adalah satu browser yang bagus kerana mengikut standard web yang ditetapkan.

Namun, saya geram apabila setiap kali ada fungsi yang diperkenalkan oleh Firefox, semua orang menghebahkannya seperti Firefox lah yang telah menciptakannya dulu. Sebagai seorang pengguna Opera yang agak lama, saya nak kongsi 5 sahaja ciri-ciri pada Opera yang mendahului Firefox:

  1. Tabbed browsing dibina pada Opera 4.02 (June 2000) lagi, sebelum dimasukkan kepada Firefox  0.1 (September 2002). Malah hingga kini, Opera mempunyai fungsi tabbed browsing yang lebih baik dengan kebolehan mimimize, restore, duplicate, dsb. Dan tahukah anda, jika anda tertutup satu tab secara tidak sengaja dalam Opera, hanya perlu tekan Ctrl+Z untuk mengembalikannya.
  2. Session restore dibina pada Opera 7 (Januari 2003) sebelum dimasukkan kepada Firefox 2 (Oktober 2006). Jika anda masih menggunakan Firefox versi lama, anda perlu dowload extension bagi fungsi session restore. Opera lebih fleksibel dalam fungsi ini, di mana ia memberi pilihan kepada anda samada ingin buka kembali semua tab yang terdahulu ataupun tidak.
  3. Mouse gesture dibina pada Opera 5.12 (April 2001). Buat masa ini ianya belum lagi dimasukkan ke dalam Firefox, tapi anda boleh download Optimoz Mouse Gesture (mula dibina pada Julai 2004). Sehingga kini, mouse gesture pada Opera adalah lebih menyeluruh, hinggakan boleh ditetapkan pada UI tertentu (contohnya di sidebar, textbox).
  4. Saiz. Opera tidak pernah mencapai ruang melebihi 15 MB dalam hard disk saya. Bagi Firefox pula, baru sahaja install extension bagi StumbleUpon dan Mouse Gesture, saiznya telah mencapai 20 MB. Saiz ini akan terus bertambah secara mendadak apabila extension ditambah, dan boleh mencapai 100 – 300 MB (bagi yang gila extension :p)
  5. Memori. Buat masa ini, Firefox dan Opera saya masing-masing mempunyai tujuh tab terbuka. Firefox menggunakan 60 MB memori manakala Opera hanya menggunakan 44 MB memori. Sama seperti faktor saiz, penambahan extension pada Firefox akan menyebabkan ia menggunakan lebih banyak RAM.

Saya sendiri telah berapa kali cuba bertukar kepada Firefox, namun gagal dan akhirnya kembali kepada Opera. Namun ini tidak bermakna saya terus akan meninggalkan Firefox, kerana sesetengah fungsi memang hanya ada pada extension yang dipasang pada Firefox (StumbleUpon contohnya). Tanpa extension, Firefox tidak berguna.

Apa pun, marilah kita bersama menggunakan Opera dan Firefox, dan tinggalkan Internet Explorer itu ^^

Sumber: CyberNetNews, Wikipedia

Related Posts with Thumbnails

Tags: , , ,

47 Responses


  1. Khai on 20 Feb 2008

    slogan firefox sendiri dah cukup kasitahu kita untuk jadikan firefox itu seperti browser kita sendiri.. dgn extension/plugin le tu..

    opera pun best juga.. setanding..

    • Muhammad Khairul on 21 Feb 2008

      Khai »
      saya suka firefox kerana ianya open source
      tapi sayang Opera gak, ekeke

  2. Azhar Ahmad on 21 Feb 2008

    Apa beza yang ketara firefox dan opera?

    Firefox, lebih kurang cam kolej. Tepek sana, tepek sini, itu yang kadang-kadang tersangkut dekat ram.. Kasar…

    Opera ni cam hasil printing kolaj tadi. nampak macam banyak benda bertepek, tapi, sangat licin….

    Undilah Opera untuk kesejahteraan anda…

    p.s termasuk politik [plak…

    • Muhammad Khairul on 21 Feb 2008

      Azhar Ahmad »
      waa.. analogi yang bagus
      undilah azhar ahmad, nescaya harga minyak turun

  3. Aisyah on 21 Feb 2008

    hm… opera macam lagi best je. tapi tak download2 lagi. akan, tapi tak tahu bila. huhu~

    yang penting, lupakan IE. haha

    • Muhammad Khairul on 21 Feb 2008

      Aisyah »
      sebenarnya memang susah nak tukar browser bila dah biasa
      xpe2 asalkan tinggalkan IE ^^

  4. iziana on 21 Feb 2008

    uuuuu
    tak penah try lg la guna opera~
    tp teringin nk try opera mini utk hp
    mcm besh je~
    from wut i read guna opera kt hp lg murah kn drp browse mcm biasa~
    xtau la if salah paham T_____T

    • Muhammad Khairul on 21 Feb 2008

      iziana »
      tatau gak, sebab hp saya nokia 1100 jerk, hehe
      tapi Opera memang browser paling femes untuk alat-alat obil ni, macam HP dan PDA
      bro Azhar pun guna Opera Mini gak

  5. ixora on 21 Feb 2008

    Huu.. sy guna IE skang ni! T_T

    Kalau kt pc sy, sy guna Firefox. X penah tau pn pasal Opera (sy mmg rabun IT k) haha

    • Muhammad Khairul on 21 Feb 2008

      ixora » owh, guna IE kat ne ni, kat kelas ye. mengulat di dalam kelas ye kamu… hehe

  6. ImamKhalid on 21 Feb 2008

    Aku dah try download dan guna Opera (pengaruh rakan sebaya – khairul SK.com).

    Bila aku guna, aku rasa Opera ni agak licin dan ringan, berbanding dengan FireFox aku yang dah banyak sangat plugin (yang tak guna pun ada).

    Kalo aku buang semua plugin yang tak guna tu, aku rasa seakan2 sama antara FireFox dengan Opera.

    Jadi bagi aku no harm done kalo nak guna yang mana2 pun. Asalkan tidak IE!

    Kerol, Opera ada plugin tak?

    • Muhammad Khairul on 21 Feb 2008

      ImamKhalid »
      tak, Opera ada widget je, takde plugin macam extension kat Firefox tu. tapi aku pun tak guna widget2 nih

      tapi kebanyakan fungsi yang ada pada extension Firefox dah sedia terbina dalam Opera. masalahnya, banyak sangat fungsi dalam Opera ni, sampai tak teringat aku, huhu

  7. balqis on 21 Feb 2008

    opera sangatt best!

  8. MakLaN on 21 Feb 2008

    kan ke bagus kalu opera pun ade versi portable cm FF

  9. ecahkoop on 21 Feb 2008

    huhu!!! bru je test ni…sgt licin…besh2!! akan ku promote pada kwn2 ku…

  10. melayubuntu on 22 Feb 2008

    haha…berjaya plak ko promote opera..haha..

  11. [...] Opera, Launchy adalah perisian yang paling saya [...]

  12. [...] Berapa banyak kali anda isi maklumat-maklumat seperti Nama, Alamat, dan Emel dalam sehari? Jika anda banyak mengunjungi blog-blog untuk memberi komen, ataupun selalu mendaftar di laman web – laman web baru, tugas mengisi maklumat seperti ini adalah menjadi rutin harian yang tidak dapat dielakkan. Ketahui bagaimana anda boleh menjimatkan masa dalam mengisi maklumat seperti ini, dengan menggunakan Opera. [...]

  13. titan on 03 Mar 2008

    yap. opera bagi aku still better dari firefox. dan itulah penyelamat bagi aku lepas aku bengang giler dengan firefox. but hari ini, aku still pakai firefox. dah terbiasa agaknya. Opera pun aku pakai. tengoklah mana yg berkenan nk pakai..

    titan’s last blog post..Buat Duit : 10 OutSource Mistakes Free Report | 1 Dollar Per Subsriber

  14. [...] dari melayari laman web, Opera juga boleh digunakan sebagai klien emel. Dengan ini, anda tidak perlu lagi melancarkan aplikasi [...]

  15. ahmadyusrie on 27 Mar 2008

    dengan bangganya aku umumkan aku pakai IE
    hahaha…bkn ape…aku ske tgk online tv
    selalunye IE je yg support mende2 tu…tul x??
    correct me if i’m wrong

    ahmadyusrie’s last blog post..Few things I learn from 3 years University life

    • MK on 27 Mar 2008

      oho.. ye ke? tak silap saya Opera dan Firefox pun boleh

      cuma satu benda yang IE je ada adalah ActiveX. Opera dan Firefox tak pakai ActiveX kerana ia mungkin bahaya.

      tapi ActiveX ni berguna gak kadang – kadang, contohnya pada Onlive VIrus Scanner

  16. [...] Opera [http://www.opera.com/] [...]

  17. blogmenjerit on 27 Apr 2008

    kamu sangat hebat mengarang, haha.. dan kamu juga hebat mengata, haha… ya, aku gila extension (selepas aku baca aku terus buang extension, haha). info yang berguna. tapi gunalah firefox optimizer utk kurangkan berat…

    web browser ni macam parti politik je, sume nak tunjuk hebat tapi xnk tunjuk kekurangan. haha, yang pasti saling mengutuk. buat masa ni ff jadi pilihan sbb senang nak guna. walaupun flock hampir kpada ff, aku masih pening lagi. opera? pernah cuba opera tapi kejap je, mungkin satu masa nanti kot? ff apa pun kadang2 ada masalah tapi boleh d maafkan, haha…

    masa brtukar dari ie ke ff senang je, tapi bila nak tukar ff ke browser lain cam susah je. pasal ciplak menciplak tu masalah diorang, yg penting aku happy. haha…

    blogmenjerits last blog post..Senarai sumber templat Blogger (versi 1)

    • Muhammad Khairul on 27 Apr 2008

      @blogmenjerit: web browser ni memang mengundang banyak flame war antara peminat2 setia.. mungkin sebab kehidupan komputer kita memang banyak pada Internet kot, so web browser pun dah jadi sebahagian dari hidup komputer kite. camtu la lebey kurang

      cuma nasib aku dapat Opera dulu sebelum FF. so, aku stick pada Opera. mungkin kalau sejarah dihup (cewah) aku ditakdirkan jumpe FF dulu, aku jadi fanatik FF lak? tah. pe pun, aku memang gilakan software yang simple dan minimalis, dan Opera menepati ciri-ciri itu.. peace. hehe

  18. syarif on 01 May 2008

    saya lebih cenderung menggunakan firefox..FIREFOX da BEST

  19. Sham on 01 May 2008

    Aku tak pernah pun cuba Opera ni. Bila dah baca artikel ni, rasanya nak cuba jugak. Skrg ni still guna Firefox. Berkenan kat firefox ni bila terbaca kat Majalah PC dan terus buang IE. Firefox ni besny sebab ada Download Helper – diguna dah download video youtube secara terus tanpa taip apa2, just click. Thank 4 info!

  20. blogmenjerit on 03 May 2008

    nak guna opera la camni, haha

    p/s : tukaran link pliz, wakakaka…

    blogmenjerits last blog post..Denim Theme Switching Template

  21. EiNS on 11 May 2008

    Dah cuba firefox 3?

    In terms of browsing speed, firefox 3 (beta 5 skarang) adalah sgt laju…jauh lebih laju dr firefox 2, ie7 (opera x sure)

    Klau kira memory usage, cuba check : http://avencius.nl/content/firefox-3-vs-opera-950-memory-usage

    Saya juga menginstall bnyk extension dan mentweak firefox atas dasar ingin tahu…Secara jujur, saiz dan memory usage bkanlah sesuatu yg penting bg saya…yg paling penting ialah fungsi dan kecanggihan serta kepuasan menggunakan browser tu..

    Sekian. Cool yo !!! Peace and out :)

    EiNSs last blog post..Download Kaspersky Internet Security 7 (lesen sah selama 6 bulan)

  22. EiNS on 11 May 2008

    StumbleUpon ntuk opera : http://www.operastumbler.com

    Feel free to drop by our blog :) By now, it’s just two weeks old :P

    EiNSs last blog post..Download Kaspersky Internet Security 7 (lesen sah selama 6 bulan)

  23. ezaen on 20 Jun 2008

    saya pun guna ke 2-2 browser tersebut, yg tak besh nya mengenai firefox ia banyak gunakan memori berbanding opera.. sekarang sedang mencari keserasian.. tapi masih sayangkan firefox kerana plug-in nya..

    zassh..

  24. alonqexe on 24 Jul 2008

    Em. Opera memang laju berbanding dengan browser2 lain. Sebab sy suke laju, sy pilih opera semula. Hahaha. Firefox, lama jugak saya pakai tapi makin lama makin berat sebab extension. Cuba pulak Flock, tapi lebih kurang je. Cume lebih menarik. Speed tetap tak setanding Opera.

    Oh, saya nak mintak tolong. Boleh tolong ajarkan macam mana nak block ads tak? Huhuhu.

    • MK on 25 Jul 2008

      @alonqexe: tekan F12, pastu pilih “Block All Pops-Ups”

  25. amir on 27 Jul 2008

    firefox beh..tp..opera kool

  26. izzat on 16 Dec 2008

    korang dah try gune google chrome ker? rase cam lagi best je dari mozilla dan opera..

  27. [...] dunia perisian, mana fungsi yang baik itulah yang diimplementasikan dalam perisian yang lain (ingat Firefox dan Opera), sekaligus menggalakkan persaingan dan meningkatkan [...]

  28. ngel on 27 Aug 2009

    hu hu..dulu pun guna opera tapi terjatuh cinta dengan firefox..tapi yang bestnya saya berjaya memujuk bebrapa org kawan guna opera..tapi yang hampehnya depa cakap tak best so balik ke pangkal jalan guna firefox semula..guna IE bila perlu je..he he.

  29. Abu Aineen on 02 Sep 2009

    Artikel Mk yang satu ni saya ada baca dlm forum’ i luv islam.com’.Memang sebijik ayat yang kat atas tu.adakah MK salah sorang forumer kat situ?atau individu lain yang cedok artikel MK,pastu salin kat sana.nama forumer tu aiman…

    • MK on 02 Sep 2009

      @Abu Aineen: Em, saya kurang aktif la dekat I Luv Islam. Rupa-rupanya ada orang copy artikel saya la, paste kat sana… :/

  30. nizam on 23 Oct 2009

    nak tanya la….
    opera pakai ape ea nak lajukan buffering video youtube…….
    berjanggut aku nak tunggu die punya loading nak smpai 100%…..
    tolong info…………….

  31. nizam on 14 Nov 2009

    naper sayer x leh nak install opera ni erk…???
    dia akn kuar msj yg ni ler..naper yer…????
    “the windows installer services could not be acess.this can ocurr if you r running windows in safe mode..”naper ehh..????camner nak wat…nak test gak pkai opera ni…

  32. nizam on 14 Nov 2009

    mana aku punyer komen ni hlg???

  33. zeyrulez on 28 May 2010

    ape2pun.. ak tetap ngan firefox…hik3…


Tinggalkan komen anda