Sembang Komputer

Tips - tips komputer, perisian, dan Internet

Skip to: Content | Sidebar | Footer

5 Sebab Mengapa Opera Mendahului Firefox

20 February, 2008 (17:49) | Firefox, Opera | Oleh: MK

Saya memang seorang pencinta Opera. Tapi itu tidak bermakna saya tidak sukakan Firefox. Malah, saya fikir Firefox adalah satu browser yang bagus kerana mengikut standard web yang ditetapkan.

Namun, saya geram apabila setiap kali ada fungsi yang diperkenalkan oleh Firefox, semua orang menghebahkannya seperti Firefox lah yang telah menciptakannya dulu. Sebagai seorang pengguna Opera yang agak lama, saya nak kongsi 5 sahaja ciri-ciri pada Opera yang mendahului Firefox:

  1. Tabbed browsing dibina pada Opera 4.02 (June 2000) lagi, sebelum dimasukkan kepada Firefox  0.1 (September 2002). Malah hingga kini, Opera mempunyai fungsi tabbed browsing yang lebih baik dengan kebolehan mimimize, restore, duplicate, dsb. Dan tahukah anda, jika anda tertutup satu tab secara tidak sengaja dalam Opera, hanya perlu tekan Ctrl+Z untuk mengembalikannya.
  2. Session restore dibina pada Opera 7 (Januari 2003) sebelum dimasukkan kepada Firefox 2 (Oktober 2006). Jika anda masih menggunakan Firefox versi lama, anda perlu dowload extension bagi fungsi session restore. Opera lebih fleksibel dalam fungsi ini, di mana ia memberi pilihan kepada anda samada ingin buka kembali semua tab yang terdahulu ataupun tidak.
  3. Mouse gesture dibina pada Opera 5.12 (April 2001). Buat masa ini ianya belum lagi dimasukkan ke dalam Firefox, tapi anda boleh download Optimoz Mouse Gesture (mula dibina pada Julai 2004). Sehingga kini, mouse gesture pada Opera adalah lebih menyeluruh, hinggakan boleh ditetapkan pada UI tertentu (contohnya di sidebar, textbox).
  4. Saiz. Opera tidak pernah mencapai ruang melebihi 15 MB dalam hard disk saya. Bagi Firefox pula, baru sahaja install extension bagi StumbleUpon dan Mouse Gesture, saiznya telah mencapai 20 MB. Saiz ini akan terus bertambah secara mendadak apabila extension ditambah, dan boleh mencapai 100 - 300 MB (bagi yang gila extension :p)
  5. Memori. Buat masa ini, Firefox dan Opera saya masing-masing mempunyai tujuh tab terbuka. Firefox menggunakan 60 MB memori manakala Opera hanya menggunakan 44 MB memori. Sama seperti faktor saiz, penambahan extension pada Firefox akan menyebabkan ia menggunakan lebih banyak RAM.

Saya sendiri telah berapa kali cuba bertukar kepada Firefox, namun gagal dan akhirnya kembali kepada Opera. Namun ini tidak bermakna saya terus akan meninggalkan Firefox, kerana sesetengah fungsi memang hanya ada pada extension yang dipasang pada Firefox (StumbleUpon contohnya). Tanpa extension, Firefox tidak berguna.

Apa pun, marilah kita bersama menggunakan Opera dan Firefox, dan tinggalkan Internet Explorer itu ^^

Sumber: CyberNetNews, Wikipedia

Popularity: 22% [?]

Entri berkaitan

Komen

Komen dari Khai
Masa: February 20, 2008 pada 8:55 pm

slogan firefox sendiri dah cukup kasitahu kita untuk jadikan firefox itu seperti browser kita sendiri.. dgn extension/plugin le tu..

opera pun best juga.. setanding..

[Balas komen ini]

Muhammad Khairul Membalas:

Khai »
saya suka firefox kerana ianya open source
tapi sayang Opera gak, ekeke

Komen dari Azhar Ahmad
Masa: February 21, 2008 pada 12:47 am

Apa beza yang ketara firefox dan opera?

Firefox, lebih kurang cam kolej. Tepek sana, tepek sini, itu yang kadang-kadang tersangkut dekat ram.. Kasar…

Opera ni cam hasil printing kolaj tadi. nampak macam banyak benda bertepek, tapi, sangat licin….

Undilah Opera untuk kesejahteraan anda…

p.s termasuk politik [plak…

[Balas komen ini]

Muhammad Khairul Membalas:

Azhar Ahmad »
waa.. analogi yang bagus
undilah azhar ahmad, nescaya harga minyak turun

Komen dari Aisyah
Masa: February 21, 2008 pada 3:35 am

hm… opera macam lagi best je. tapi tak download2 lagi. akan, tapi tak tahu bila. huhu~

yang penting, lupakan IE. haha

[Balas komen ini]

Muhammad Khairul Membalas:

Aisyah »
sebenarnya memang susah nak tukar browser bila dah biasa
xpe2 asalkan tinggalkan IE ^^

Komen dari iziana
Masa: February 21, 2008 pada 4:13 am

uuuuu
tak penah try lg la guna opera~
tp teringin nk try opera mini utk hp
mcm besh je~
from wut i read guna opera kt hp lg murah kn drp browse mcm biasa~
xtau la if salah paham T_____T

[Balas komen ini]

Muhammad Khairul Membalas:

iziana »
tatau gak, sebab hp saya nokia 1100 jerk, hehe
tapi Opera memang browser paling femes untuk alat-alat obil ni, macam HP dan PDA
bro Azhar pun guna Opera Mini gak

Komen dari ixora
Masa: February 21, 2008 pada 5:07 am

Huu.. sy guna IE skang ni! T_T

Kalau kt pc sy, sy guna Firefox. X penah tau pn pasal Opera (sy mmg rabun IT k) haha

[Balas komen ini]

Muhammad Khairul Membalas:

ixora » owh, guna IE kat ne ni, kat kelas ye. mengulat di dalam kelas ye kamu… hehe

Komen dari ImamKhalid
Masa: February 21, 2008 pada 6:31 am

Aku dah try download dan guna Opera (pengaruh rakan sebaya - khairul SK.com).

Bila aku guna, aku rasa Opera ni agak licin dan ringan, berbanding dengan FireFox aku yang dah banyak sangat plugin (yang tak guna pun ada).

Kalo aku buang semua plugin yang tak guna tu, aku rasa seakan2 sama antara FireFox dengan Opera.

Jadi bagi aku no harm done kalo nak guna yang mana2 pun. Asalkan tidak IE!

Kerol, Opera ada plugin tak?

[Balas komen ini]

Muhammad Khairul Membalas:

ImamKhalid »
tak, Opera ada widget je, takde plugin macam extension kat Firefox tu. tapi aku pun tak guna widget2 nih

tapi kebanyakan fungsi yang ada pada extension Firefox dah sedia terbina dalam Opera. masalahnya, banyak sangat fungsi dalam Opera ni, sampai tak teringat aku, huhu

Komen dari balqis
Masa: February 21, 2008 pada 8:28 am

opera sangatt best!

[Balas komen ini]

Muhammad Khairul Membalas:

balqis » best hingga menjilat jari ^^

Komen dari MakLaN
Masa: February 21, 2008 pada 4:13 pm

kan ke bagus kalu opera pun ade versi portable cm FF

[Balas komen ini]

Muhammad Khairul Membalas:

MakLaN »
ada la Mak Lan. sebelum ada Internet kat bilik ni pun, memang saya pakai Opera Portable

Komen dari ecahkoop
Masa: February 21, 2008 pada 4:16 pm

huhu!!! bru je test ni…sgt licin…besh2!! akan ku promote pada kwn2 ku…

[Balas komen ini]

Muhammad Khairul Membalas:

ecahkoop » terimas2… ^^

Komen dari melayubuntu
Masa: February 22, 2008 pada 10:23 am

haha…berjaya plak ko promote opera..haha..

[Balas komen ini]

Muhammad Khairul Membalas:

melayubuntu »
kan? haha.
the power of passion

Pingback dari 8 Perkara Rawak Tentang Muhammad Khairul | SembangKomputer.Com
Masa: February 25, 2008 pada 3:43 am

[...] Opera, Launchy adalah perisian yang paling saya [...]

Pingback dari Isi Maklumat dan Password Secara Automatik Dalam Opera | SembangKomputer.Com
Masa: February 25, 2008 pada 7:47 pm

[...] Berapa banyak kali anda isi maklumat-maklumat seperti Nama, Alamat, dan Emel dalam sehari? Jika anda banyak mengunjungi blog-blog untuk memberi komen, ataupun selalu mendaftar di laman web - laman web baru, tugas mengisi maklumat seperti ini adalah menjadi rutin harian yang tidak dapat dielakkan. Ketahui bagaimana anda boleh menjimatkan masa dalam mengisi maklumat seperti ini, dengan menggunakan Opera. [...]

Komen dari titan
Masa: March 3, 2008 pada 2:37 am

yap. opera bagi aku still better dari firefox. dan itulah penyelamat bagi aku lepas aku bengang giler dengan firefox. but hari ini, aku still pakai firefox. dah terbiasa agaknya. Opera pun aku pakai. tengoklah mana yg berkenan nk pakai..

titan’s last blog post..Buat Duit : 10 OutSource Mistakes Free Report | 1 Dollar Per Subsriber

[Balas komen ini]

Pingback dari Gunakan Opera Sebagai Klien Emel Anda | SembangKomputer.Com
Masa: March 9, 2008 pada 10:00 am

[...] dari melayari laman web, Opera juga boleh digunakan sebagai klien emel. Dengan ini, anda tidak perlu lagi melancarkan aplikasi [...]

Komen dari ahmadyusrie
Masa: March 27, 2008 pada 5:07 pm

dengan bangganya aku umumkan aku pakai IE
hahaha…bkn ape…aku ske tgk online tv
selalunye IE je yg support mende2 tu…tul x??
correct me if i’m wrong

ahmadyusrie’s last blog post..Few things I learn from 3 years University life

[Balas komen ini]

MK Membalas:

oho.. ye ke? tak silap saya Opera dan Firefox pun boleh

cuma satu benda yang IE je ada adalah ActiveX. Opera dan Firefox tak pakai ActiveX kerana ia mungkin bahaya.

tapi ActiveX ni berguna gak kadang - kadang, contohnya pada Onlive VIrus Scanner

Pingback dari 7 Perisian Yang Perlu Anda Miliki | SembangKomputer.Com
Masa: April 16, 2008 pada 7:48 pm

[...] Opera [http://www.opera.com/] [...]

Komen dari blogmenjerit
Masa: April 27, 2008 pada 1:44 pm

kamu sangat hebat mengarang, haha.. dan kamu juga hebat mengata, haha… ya, aku gila extension (selepas aku baca aku terus buang extension, haha). info yang berguna. tapi gunalah firefox optimizer utk kurangkan berat…

web browser ni macam parti politik je, sume nak tunjuk hebat tapi xnk tunjuk kekurangan. haha, yang pasti saling mengutuk. buat masa ni ff jadi pilihan sbb senang nak guna. walaupun flock hampir kpada ff, aku masih pening lagi. opera? pernah cuba opera tapi kejap je, mungkin satu masa nanti kot? ff apa pun kadang2 ada masalah tapi boleh d maafkan, haha…

masa brtukar dari ie ke ff senang je, tapi bila nak tukar ff ke browser lain cam susah je. pasal ciplak menciplak tu masalah diorang, yg penting aku happy. haha…

blogmenjerits last blog post..Senarai sumber templat Blogger (versi 1)

[Balas komen ini]

Muhammad Khairul Membalas:

@blogmenjerit: web browser ni memang mengundang banyak flame war antara peminat2 setia.. mungkin sebab kehidupan komputer kita memang banyak pada Internet kot, so web browser pun dah jadi sebahagian dari hidup komputer kite. camtu la lebey kurang

cuma nasib aku dapat Opera dulu sebelum FF. so, aku stick pada Opera. mungkin kalau sejarah dihup (cewah) aku ditakdirkan jumpe FF dulu, aku jadi fanatik FF lak? tah. pe pun, aku memang gilakan software yang simple dan minimalis, dan Opera menepati ciri-ciri itu.. peace. hehe

Komen dari syarif
Masa: May 1, 2008 pada 1:20 pm

saya lebih cenderung menggunakan firefox..FIREFOX da BEST

[Balas komen ini]

Komen dari Sham
Masa: May 1, 2008 pada 9:30 pm

Aku tak pernah pun cuba Opera ni. Bila dah baca artikel ni, rasanya nak cuba jugak. Skrg ni still guna Firefox. Berkenan kat firefox ni bila terbaca kat Majalah PC dan terus buang IE. Firefox ni besny sebab ada Download Helper - diguna dah download video youtube secara terus tanpa taip apa2, just click. Thank 4 info!

[Balas komen ini]

Komen dari blogmenjerit
Masa: May 3, 2008 pada 6:48 pm

nak guna opera la camni, haha

p/s : tukaran link pliz, wakakaka…

blogmenjerits last blog post..Denim Theme Switching Template

[Balas komen ini]

Komen dari EiNS
Masa: May 11, 2008 pada 6:20 pm

Dah cuba firefox 3?

In terms of browsing speed, firefox 3 (beta 5 skarang) adalah sgt laju…jauh lebih laju dr firefox 2, ie7 (opera x sure)

Klau kira memory usage, cuba check : http://avencius.nl/content/firefox-3-vs-opera-950-memory-usage

Saya juga menginstall bnyk extension dan mentweak firefox atas dasar ingin tahu…Secara jujur, saiz dan memory usage bkanlah sesuatu yg penting bg saya…yg paling penting ialah fungsi dan kecanggihan serta kepuasan menggunakan browser tu..

Sekian. Cool yo !!! Peace and out :)

EiNSs last blog post..Download Kaspersky Internet Security 7 (lesen sah selama 6 bulan)

[Balas komen ini]

Komen dari EiNS
Masa: May 11, 2008 pada 11:11 pm

StumbleUpon ntuk opera : http://www.operastumbler.com

Feel free to drop by our blog :) By now, it’s just two weeks old :P

EiNSs last blog post..Download Kaspersky Internet Security 7 (lesen sah selama 6 bulan)

[Balas komen ini]

Komen dari ezaen
Masa: June 20, 2008 pada 9:59 am

saya pun guna ke 2-2 browser tersebut, yg tak besh nya mengenai firefox ia banyak gunakan memori berbanding opera.. sekarang sedang mencari keserasian.. tapi masih sayangkan firefox kerana plug-in nya..

zassh..

[Balas komen ini]

Komen dari alonqexe
Masa: July 24, 2008 pada 12:20 pm

Em. Opera memang laju berbanding dengan browser2 lain. Sebab sy suke laju, sy pilih opera semula. Hahaha. Firefox, lama jugak saya pakai tapi makin lama makin berat sebab extension. Cuba pulak Flock, tapi lebih kurang je. Cume lebih menarik. Speed tetap tak setanding Opera.

Oh, saya nak mintak tolong. Boleh tolong ajarkan macam mana nak block ads tak? Huhuhu.

[Balas komen ini]

MK Membalas:

@alonqexe: tekan F12, pastu pilih “Block All Pops-Ups”

Komen dari amir
Masa: July 27, 2008 pada 1:14 am

firefox beh..tp..opera kool

[Balas komen ini]

Berikan komen