Waidakmy ada bertanyakan tentang 7 perisian yang paling saya gemari. Hmm.. Sebagai penggila software, tujuh pastinya bilangan yang terlalu sedikit! Tapi saya tetap cuba untuk senaraikan perisian-perisian yang paling berguna buat saya, dan saya yakin ianya juga berguna buat anda. Jadi, di sini saya persembahkan tujuh perisian yang perlu anda miliki:

Opera

[http://www.opera.com/] [Review]

tujuh-01

Pembaca setia SembangKomputer.com dah tentu tahu akan obsesi saya terhadap Opera. Oleh kerana 70% dari masa komputer saya dihabiskan dengan melayari Internet, saya perlukan sebuah web browser yang berkuasa. Opera merupakan web browser yang pantas, bersaiz kecil, serta tidak menggunakan banyak memori. Malah, Opera juga berfungsi sebagai klien emel saya.

Satu keistimewaan Opera yang paling unik ialah, ianya mempunyai segala macam shortcut yang yang mampu menjadikan penggunaan Internet harian anda jauh lebih mudah. Jika anda mengambil sedikit masa untuk membiasakan diri dengan pelbagai shortcut ini, sudah tentu Opera akan menjadi web browser yang terpantas di dunia untuk anda.

Launchy

[http://www.launchy.net/] [Review]

tujuh-02

Terdapat berpuluh-puluh program yang terdapat di dalam komputer saya, macam mana nak ingat semua? Dengan Launchy, saya tak perlu fikir di mana program itu berada. Saya juga tak perlu tercari-cari di mana letaknya program tersebut di dalam Start Menu.Dengan Launchy, saya hanya perlu taip nama program tersebut dan ia akan dilancarkan secara serta-merta. Satu software yang pastinya akan menjadikan hari anda lebih cekap dan efisien!

FreeCommander

[http://www.freecommander.com/] [Review]

tujuh-03

Walau berapa banyak folder yang terdapat di dalam komputer saya, hanya tujuh buah folder sahaja yang kerap digunakan. Dalam FreeCommander, saya tetapkan ketujuh-tujuh folder ini kepada shortcut key agar saya dapat membukanya dengan sekelip mata.Fungsi dual-pane dalam FreeCommander juga menjadikan operasi copy dan paste menjadi sangat mudah. Tanpa software dual-pane explorer seperti FreeCommander, hidup komputer saya pastinya lebih melecehkan.

FeedDemon

[http://www.newsgator.com/individuals/feeddemon/default.aspx]

tujuh-04

Membaca dan mengikuti blog memang seronok. Namun apabila anda ada lebih 50 buah blog yang diminati, siapa ada masa untuk melawat kesemua blog ini? FeedDemon akan mengingatkan saya jika mana-mana dari blog ini telah dikemaskini dengan kandungan yang terbaru.

Membaca dari FeedDemon juga lebih pantas dari melayari laman web tersebut, kerana ianya hanya memaparkan tulisan dan gambar berkaitan sahaja, tanpa memaparkan elemen-elemen lain dalam laman web, sesuai untuk pengguna yang mempunyai sambungan Internet yang lemah.Bukan itu sahaja, saya juga boleh menanda mana-mana kandungan yang menarik, agar boleh dibaca dengan lebih lanjut pada kemudian hari.

Picasa

[http://picasa.google.com/] [Review]

tujuh-05

Meskipun bukan seorang jurufoto profesional, saya sangat suka mengambil gambar. Picasa pula berfungsi sebagai album untuk segala foto saya. Picasa mempersembahkan kesemua foto di dalam komputer anda dengan mudah dan menarik. Anda juga dapat membuat pengubahsuaian yang asas seperti crop, straighten, dan red eye. Tak lupa juga fungsi eksport foto yang memang menyenangkan.Sebenarnya, susah untuk saya gambarkan keistimewaan yang terdapat pada Picasa. Cukuplah saya katakan bahawa Picasa merupakan software pengurusan foto yang terbaik sekali.

CCleaner

[http://www.ccleaner.com/] [Review]

tujuh-06

Jika anda sayangkan bilik anda, dah tentu anda akan pastikannya sentiasa bersih, kan? Begitu juga dengan komputer. Gunakan CCleaner untuk membersihkan segala sampah-sarap yang terdapat dalam PC anda supaya ia dapat berjalan dengan lebih lancar.

WikidPad

[http://www.jhorman.org/wikidPad/]

tujuh-07

WikidPad adalah buku nota saya. Di sinilah saya tuliskan nombor telefon kawan-kawan, senarai barang yang hendak dibeli, dan alamat laman web yang hendak dilawati. Apa sahaja yang anda hendak catat, catatkannya di dalam WikidPad.Sebab utama saya sukakan WikidPad? Kerana ianya mudah dan ringkas.

Ok, dah cukup tujuh dah. Kesemua software yang disenaraikan di atas boleh anda download dari laman web masing-masing. Dan jangan bimbang, kerana semuanya percuma ^^

Related Posts with Thumbnails

28 Responses


  1. aj on 16 Apr 2008

    hi,saya akan cuba FeedDemon dan cuba bandingkan dengan netvibes

    aj’s last blog post..New Kalyway 10.5.2 Release!

    • Muhammad Khairul on 17 Apr 2008

      @aj: netvibes adalah sebuah start page. feeddemon lak sebuah rss aggregator.. agak pelik untuk membandingkan keduanya, kan?

      tapi takpela, fungsi pun lebih kurang gak… untuk memaparkan berita-berita terkini

  2. shandye on 17 Apr 2008

    saya sudah memasang opera dua tiga hari lepas dan mencubanya sebelah menyebelah bersama-sama firefox.

    dan hasilnya saya lebih menyukai firefox. mungkin kerana sudah terbiasa dengan musang berapi itu. hehe…

    tetapi saya akui fungsi pindah bookmark yg mudah dan tersusun dalam opera sangat mengujakan.

    shandye’s last blog post..whoa!

    • Muhammad Khairul on 17 Apr 2008

      @shandye: same here. dah cuba Firefox berkali2 dah, tapi tetap berbalik kepada Opera. semuanya kerana kebiasaan. bila dah biasa dgn sesuatu software, mmg susah nak tinggalkannya, walaupun mungkin ada software lain yang lebih baik ^__^

  3. ramzy0 on 17 Apr 2008

    same ngan aku. die-fans opera browser. tak mkn bnyk sangar memory.

  4. sarah on 17 Apr 2008

    knizam,boleh tukar link blog tak?

    sarah’s last blog post..Edit Windows Xp

  5. Mira on 18 Apr 2008

    Hurmm.. mcm menarik je opera nie. Pernah baca dari review orang lain and ramai gak yg suka kan opera. Hari tu, sy try guna safari nak bandingkan ngan FF sbb diorg kata safari tak mkn byk sgt memori. Memang betol tapi akhirnya, pindah balik ke FF gak. Haha. Lepas nie nak try opera gak la. Sbb sejak akhir2 nie, FF asyik buat hal je. Asyik hang tetiba. Kenape yeh? Huhu.. Takkan sbb laptop nie kot? =(

    Mira’s last blog post..Malaysia, here I come!

    • Muhammad Khairul on 18 Apr 2008

      @Mira: Safari pun laju gak, dan skang ni sedang bersaing sengit dengan Opera untuk mengikut web standard.

      FF slalu crash.. mungkin sebab banyak sangat extension?

      • Mira on 18 Apr 2008

        Rasanya saya tak pasang ape2 extension pun. Serious. Huhu.. Tukar2 theme die aje. Tapi sy suka buka byk sgt tab. Is it possible because of that? *wonders*

        Mira’s last blog post..Malaysia, here I come!

      • Muhammad Khairul on 18 Apr 2008

        @mira: um, banyak sgt ke bukak tab? on certain ‘heavy’ sites like digg, FF tends to crash, FYI

  6. sarah on 18 Apr 2008

    maaf muhd khairul.bukan salah blog,saya salah tulis semalam.maaf ek.boleh tukar link kerana blog saya buat (baru belajar ni.)berkaitan dengan komputer.thanks:)

    sarah’s last blog post..Edit Windows Xp

  7. kaitokid724 on 18 Apr 2008

    Tulisan artikel di blog Anda bagus-bagus. Agar lebih bermanfaat lagi, Anda bisa lebih mempromosikan dan mempopulerkan artikel Anda di infoGue.com ke semua pembaca di seluruh Indonesia. Salam Blogger!
    http://www.infogue.com/
    http://www.infogue.com/software/7_perisian_yang_perlu_anda_miliki/

  8. Iziana on 18 Apr 2008

    saya da dload FeedDemon :P
    opera, picasa n ccleaner tu mmg da lama pkai
    btol, mmg besh~!
    hehe

    Iziana’s last blog post..melancholic

  9. Syahid A. on 19 Apr 2008

    FeedDemon memang pantas dan saya memang menggunakannya untuk membaca RSS lebih daripada 50 blog. Sayangnya, enjin web nya agak perlahan kerana menggunakan Internet Explorer.

    • Muhammad Khairul on 20 Apr 2008

      @syahid: FYI, saya berminat dgn FeedDemon ni pun dari review awk kat TechMalaya tu. hehe

      pasal enjin web tu, mmg sy tak view web page dlm FeedDemon. tukar setting supaya link dibuka dalam Opera secara automatik ;)

  10. deennasour on 11 May 2008

    antara 7 tuh,
    ada 2 jerk dlm laptop deen nih ha..
    picasa and ccleaner…
    mmg 2 sofware tuh berguna abes,
    tertarik lah dgn feeddemon tuh~

    deennasours last blog post..Pulanglah ke Desa di hari……

  11. [...] merupakan software pilihan saya untuk membaca RSS. Namun, apabila saya klik pada satu-satu link dalam FeedDemon, ia akan cuba [...]

  12. amir on 28 May 2008

    emmm….sya nk tnya….ble sy scan gne spyware terminator,ade dia tulis bad cookies,ape bad cookies tu???

  13. maliz on 29 May 2008

    Kenapa bila format notebook windows ada 2 atau lebih.dan particion tak boleh delete.lagi satu sebabnya bila nak delete particion C ada (fat32).Tlg jelaskan leh tak?

  14. [...] 7 Perisian Yang Perlu Anda Miliki [...]

  15. iEhSan on 05 Sep 2008

    huhuhuhu..stkat nih cccleaner jew ader kat notebook aku..
    ckit hari agy akan ader lagi6 bende penting nih k..
    insyaAllah…baru nk bljar..hihihihi
    >_<

  16. zamri on 18 Sep 2008

    Yeahhh….aku dah try FeedDemon dan FreeCommander….Memang menarik!!!

    • MK on 18 Sep 2008

      @zamri: memang best kan. hehe

  17. Adam on 30 Aug 2010

    sy peminat setia chrome..sbb rase ringan sagt nk bkak sesebuah webpage..tapi nak install kne download pkai internet..leyh tahan lama die..dan chrome selalu sangat crash lah..opera selalu crash x?cam menarik je opera nie..


Tinggalkan komen anda