Produktiviti merupakan satu kata kunci yang penting bagi seorang penulis blog. Sekiranya ada jalan yang membolehkan kami bekerja dengan lebih pantas (walaupun bezanya hanya beberapa saat), itu lebih baik. Nasib baiklah Wordpress menyediakan pelbagai plugin yang akan dapat memudahkan kerja anda. Di sini saya ingin perkenalkan tujuh plugin Wordpress yang akan dapat membantu penulis blog supaya lebih cekap dan efisien:

  1. AcronymsJangan buang masa anda untuk memasukkan tag <acronym></acronym> setiap kali anda ingin menyertakan satu-satu akronim ke dalam blog. Dengan plugin ini, anda hanya perlu menetapkan akronim sekali sahaja. Contohnya, anda tetapkan akronim HTML umtuk memaparkan perkataan “Hypertext Markup Language”. Kemudian, setiap kali perkataan HTML muncul dalam mana-mana entri, ia akan ditukarkan kepada akronim secara automatik.
  2. Admin Drop Down MenuSeperti namanya, plugin ini menyediakan drop down menu pada bahagian Admin. Anda boleh capai menu yang dikehendaki dengan cepat, tidak perlu lagi klik satu-persatu.

    Admin Drop Down Menu

  3. Ozh’ Absolute CommentsBalas komen terus dari bahagian Admin. Ozh’s Absolute Comments juga turut menyokong threaded comments seperti Brian’s Threaded Comments.

    Ozh's Absolute Comments

  4. Wordpress Automatic UpgradeSeperti namanya, plugin ini berfungsi untuk upgrade Wordpress anda kepada versi yang terbaru secara automatik.
  5. PlugInstallerInstall dan uninstall plugin Wordpress terus dari bahagian Admin. Tidak perlu lagi buka klien FTP dan bersusah-payah mengingati password FTP. PlugInstaller juga akan menyatakan sekiranya plugin anda ada versi yang terbaru.

    PlugInstaller

  6. Simple TagsUruskan semua tag dalam blog anda. Apa yang menjadikan plugin ini sangat efisien ialah ia dapat mengubah tag dalam jumlah yang banyak sekaligus. Terdapat banyak lagi fungsi SimpleTags yang anda boleh terokai dari bahagian Settings.
  7. Batch CategoriesPlugin ini berfungsi untuk menetapkan kategori bagi sejumlah entri sekaligus.

Itulah antara plugin yang saya guna untuk meningkatkan produktiviti. Adakah anda ada menggunakan plugin yang lain? Oh ya, kesemua plugin ini telah diuji dan berfungsi untuk Wordpress 2.5

Related Posts with Thumbnails

Tags: , ,

19 Responses


  1. nagahensem on 11 Jun 2008

    Walaupun benda ni orang kata “small matter”, tapi aku tetap nak komen gak.. Pasal ini ruangan komen.. hehehe.. MK, ini lima dan ini 7.. bezakan.. hihihi.. :p

  2. Bat on 11 Jun 2008

    Plugin nombor 1, itu yang kita cari. Yay, dah jumpa! Terima kasih daun keladi Khairul! ^_^

  3. KNizam on 11 Jun 2008

    saya guna setengah adjer :)

    KNizams last blog post..EURO 2008 – Czech Republic vs Portugal @ 2320hrs & @ Switzerland vs Turkey 0215hrs

  4. Syahid A. on 12 Jun 2008

    Aha! Ada pon plugin utk batch categorizing. Sememangnya yang dicari 2x .TQ MK.

    Syahid A.s last blog post..7 Super Tools For Faster Windows File Copy / Move Process

  5. Uncle G on 13 Jun 2008

    tq.. banyak info.. memang tengah cari plugin yang bestpon.. ermm plugin filter spammer yang bagos ape ekk?

    Uncle Gs last blog post..Kalau aku nak buat simple website!!….

    • Muhammad Khairul on 13 Jun 2008

      @Uncle G: aku guna yang default je, Akismet. satu lagi alternatif yang sama bagus adalah Spam Karma

  6. afif on 10 Jul 2008

    wah2..bagus lar sudi rekommen..hehe..
    sy bru ade blog hosting sndri..blurr giler sal plugins.

  7. loque on 19 Jul 2008

    chantek r…
    nanti wat la plugin yg best2 lagik yerk…

  8. Kujie on 29 Jul 2008

    saya selalu baca ttg plugin yg sesuai..bla..bla…
    ttp saya jarang jumpa mcm cara utk plugin
    bagi newbie ramai yg keliru mcm mana proses nk plugin wp

  9. takenaga on 02 Aug 2008

    MK, ni plugin yang cam kat noktahhitam punye tu ke?

  10. azamhar on 21 Aug 2008

    tq… saya baru ajer siapkan blog. so mungkin plugin ni dpt membantu saya nanti tq

  11. tuantulis on 27 Oct 2008

    maaf tumpang lalu… saya ni baru belajar buat wp ni. SK boleh bantu saya macamana nk pasang plugin. terima kasih.

  12. pcuserz on 25 Mar 2009

    terima kasih sangat2!
    tips anda banyak membantu saya!

  13. [...] Gunakan Fantastico Pindahkan Blog Dari Blogspot Ke Wordpress 5 Plugin Wordpress Yang Perlu Ada 7 Plugin Wordpress Untuk Memudahkan Kerja Anda « series of unfortunate events Beauty is Nothing Without Brains [...]

  14. akuzakie on 28 Oct 2009

    salam, sy masih bru dlm dunia wordpress nie…
    nk tnya, if sy nk gunakn plugin2 nie.. sy kena sewa hosting dulu utk dptkn cPanel ke mcmmana? yg guna wordpress free register boleh pakai ker? utk pgetahuan, sy gunakn domain name dr serverfreak.com
    tq

    • MK on 28 Oct 2009

      @akuzakie: Salam. Ye, awak kena dapatkan hosting dulu untuk install WordPress, baru boleh pasang plugin. WordPress yang free tu tak boleh install plugin.


Leave your comment