Bagi sesetengah orang (termasuk saya), menulis merupakan satu bentuk terapi kerana dapat menghuraikan apa yang terbuku di dalam hati dan minda. Malah, dikatakan bahawa menulis diari dapat membantu perkembangan peribadi seseorang individu.
750 Words adalah sebuah aplikasi web yang dibina untuk tujuan ini. Setiap hari, anda dikehendaki menulis apa sahaja yang terlintas di dalam kepala anda sebanyak 750 patah perkataan.
Konsep ini berbeza daripada blogging kerana anda menulis untuk diri sendiri, jadi anda tidak perlu menapis apa yang ingin diperkatakan.
Yang menariknya, 750 Words dapat memberitahu pelbagai statistik daripada apa yang dituliskan seperti perasaan anda, apa yang anda risaukan, dan perkataan yang selalu digunakan. Statistik ini dikira apabila anda menulis dalam Bahasa Inggeris.

Bagi saya, 750 Words ini adalah cara yang menarik untuk menggalakkan saya menulis setiap hari, seterusnya membantu perjalanan hari-hari saya. Saya akan cuba lihat sejauh mana kesannya nanti.
Layari 750 Words dan amalkan budaya menulis. Kerana ianya melegakan :)
(via Smarterware)
750 – makin kurang perkataan yg nak digunakan lah MK mgkn sebab ahli keluarga makin kurang..jadi skil berleter tu makin kurang..hehehehe
Uish mana boleh kurang… cuma semakin matang je, hehe.
terima kasih..belum guna lagi..tapi yakin 750words ni dapat menggalakkan kita menulis dalam bahasa inggeris :)
Betul tu, cara yang mudah dan seronok untuk melatih kita menulis dalam bahasa inggeris, sebab tak perlu risau sangat akan kesalahan. Practice makes perfect :)
smart.. smart =p
best gakkan ader limit camnie, cam karangan bm waktu exam2 dulu.. hoho, bagi aku. 750 words nie tak telalu panjang dan tak telalu pendek.. so post kte akan jadik balance, tak boring, tak useless.. hohoho
Aku rasa 750 perkataan (tiga mukasurat) agak panjang sebenarnya, huhu. Tapi takpe la, galakkan kita berfikir ^_^
Galakkan otak kita untuk berfikir…
dah macam nak buat karangan la pulak..ada patah perkataan..huhu
boleh buat esei ni
tapi mesti blogger taknak abiskan masa disini
750 Words ni tak sama dengan blog, sebab ianya tak bukan untuk tatapan umum. Walaupun saya seorang blogger yang sibuk (dan kurang masa untuk tulis kat blog sendiri pun), saya tetap cari luangkan masa untuk 750 Words ni :)
mk taknak review pasal http://www.formspring.me
benda ni best gak. ramai lagi yang x tau
Bagus gak cadangan tu. Saya pun baru nak try ni ha, lembap sket hehe.
menarik neh :D
tlg ajar cara2 nk buat backup,pastu nk format komputer n install windows.plz sgt….