8 Perkara Yang Anda Tak Tahu Tentang SembangKomputer.Com
Ops, kena tag pula oleh Emptyspace. Jadi, di sini saya senaraikan 8 perkara yang anda tak tahu tentang SembangKomputer.Com:
- SembangKomputer.Com lahir pada 27 Januari 2008. Entri-entri sebelum itu diambil dari SmallMan.Wordpress.Com yang baru berusia 2 bulan lebih.
- Kenapa abangnya bernama SmallMan.Wordpress.Com? Itu kerana Khairul dalam keadaan terburu-buru ingin membuat satu blog teknologi untuk diiklankan ke dalam Bengkel Membaiki Komputer di JMTi. Tak tahu nak tulis URL pe, main hentam je lah. Nasib baik domain baru ni nama molek sikit ^^
- Kos untuk domain dan hosting berjumlah RM 155 dan telah menghabiskan satu setengah bulan punya duit belanja. Tapi tak beritahu kat abah pun >_<
Dan 5 yang seterusnya adalah tentang Khairul, seorang budak yang baik.
- Baru sahaja menceburi bidang blog tempatan, samada sebagai pembaca atau penulis (sebelum ni baca blog luar negara je). Kagum dengan hasil tulisan berkualiti sesetengah penulis blog yang memartabatkan Bahasa Melayu.
- Semenjak semester 1, berat badan unggul Khairul kekal pada 41kg. Khairul gagal dikesan sekiranya beliau menyorok di belakang tiang.
- Khairul seorang pemalas. Tugasannya selalu dihantar lambat. Tapi Khairul sangat seronok untuk hadir ke kelas setiap hari ^^
- Takkan jemu walau dihidang nasi putih dan telur dadar hari - hari. Kalau ada serunding, alangkah bahagianya.
- Tak suka makan sayur. Sebab tu senang kena demam dan selsema.
Popularity: 10% [?]
Entri berkaitan
Komen
Komen dari Azhar Ahmad
Masa: February 4, 2008 pada 1:48 pm
Hahahahahha, ohhh Itu Kamu!!! bak kata Estranged
Komen dari catzer
Masa: February 5, 2008 pada 1:34 am
akupun tak suke makan sayur..ooo..sebab tu aku selalu kena demam dan selesema..huhuhuhu
Komen dari ecahkoop
Masa: February 5, 2008 pada 6:13 am
waahahha! x sggup aku mkn nasik putih ngn telur dadar ari2…kwang3x!
February 5th, 2008 at 11:17 am
saya lelaki yang mudah dijaga dan diuruskan.. huhu
Komen dari melayubuntu
Masa: February 5, 2008 pada 7:53 am
aku dulu xske sayur gak..hahaha
tp skrg dh lain..nak kate suke sgt ty xdela
tp kalau dh dok dlm pinggan xkan nk buang…hoho
February 5th, 2008 at 11:19 am
erk, terasa. ok pasni klu ada sayur dalam pinggan, bagi membe makan
Komen dari KNizam
Masa: February 5, 2008 pada 12:21 pm
nak tanya sket. boleh buat tutorial camner nak tukar2 header tu eh. aku baru install wordpress and the free wordpress tak sama la plak ngan wordpress yg aku install kat domain tuh. heheheeh tolong ya :)
February 5th, 2008 at 4:22 pm
maksud bro, nak tukar theme ye? yup i’ll do it
Komen dari ali sabki
Masa: February 17, 2008 pada 9:39 am
walaupun masih baru tapi gaya macam orang lama…
teruskan usaha anda…
February 17th, 2008 at 12:42 pm
ali sabki » erk, camne tu gaya orang lama >_<
terima kasih..
Komen dari ixora
Masa: February 18, 2008 pada 1:32 am
Uiks,nampak sangat da banyak hari saya tak singgah sini! (sib baik tak tag awak smlm. da buat rupanya) hehee..
Oh, ya.. berapa umur anda ye?
February 18th, 2008 at 10:58 am
ixora » erk, tak payah la nak ber anda2 ni cik ixora. itu bahasa formal waktu tulis entri je >_<
Komen dari ixora
Masa: February 18, 2008 pada 1:39 am
Opss.. maaf ye! Tak perasan kamu da tulis umur kamu kt Tentang Saya tu. heee =P
Komen dari belek_adent
Masa: August 28, 2008 pada 8:16 am
aku pon suka makan nasi buget… (nasi putih+telur dadar).
February 5th, 2008 at 11:16 am
ya itula saya.. kuang3x