• Utama
  • Arkib
  • Tentang

Sembang Komputer

Teknik dan panduan komputer, software, dan Internet

  • Perisian
  • Laman Web
  • Masalah Komputer
  • Opera
  • Firefox
  • Chrome
  • 05
    Sep

    Digg – Laman berita sosial paling popular, kini dengan versi ke-4


    Tweet
    Share

    Suatu masa dahulu, Digg adalah laman berita sosial yang paling popular. Ia terkenal dengan ‘kesan Digg’ yang mampu melumpuhkan sesebuah laman web apabila artikel mereka mendapat undian yang tinggi.

    Namun begitu Digg mempunyai banyak isu yang mengakibatkan ramai berpindah kepada laman lain seperti Reddit. Meskipun Digg merupakan laman berita sosial yang mempunyai pengguna paling ramai, tetapi perkembangannya semakin berkurangan dari hari ke hari.

    Kini, Digg sekali lagi cuba membawa perbaharuan dengan versi yang keempat. Pada versi ini, Antaramuka baru Digg sangat kemas berbanding sebelumnya, membolehkan anda fokus kepada berita yang diketengahkan tanpa banyak gangguan dari elemen lain.

    digg-01

    Baca selanjutnya »

    Kategori - Laman Web 3 Komen setakat ini. Tambah komen anda

  • 03
    Sep

    Ketahui pelbagai kegunaan Google di Things to do


    Tweet
    Share

    Sebut sahaja Google, semua orang tahu ia adalah tempat untuk mencari maklumat di Internet. Namun sebenarnya Google mempunyai banyak lagi kegunaan yang lain, samada melalui enjin cariannya ataupun servis-servis Google yang lain.

    Things to do adalah sebuah laman yang dibina oleh Google UK untuk menerangkan pelbagai kegunaan Google. Sebagai contoh, saya mengetahui bagaimana untuk menukarkan US Dollar kepada Ringgit Malaysia dengan mengikut tips nombor 3.

    Terdapat banyak lagi tips menarik yang dikongsi pada laman ini. Jika anda cuba mempelajarinya dan menggunkannya selalu, InsyaAllah urusan Internet anda akan menjadi lebih mudah. Selamat mencuba!

    [Laman web: Google things to do] (via Download Squad)

    Kategori - Laman Web 7 Komen setakat ini. Tambah komen anda

  • 01
    Sep

    Quora – Laman soal jawab yang boleh disunting oleh sesiapa sahaja


    Tweet
    Share

    Quora adalah sebuah laman soal jawab yang boleh disunting oleh sesiapa sahaja. Ia bermatlamat untuk menjadi sumber yang berkualiti dan diyakini apabila anda ingin bertanyakan sesuatu di Internet.


    Baca selanjutnya »

    Kategori - Laman Web 1 Komen setakat ini. Tambah komen anda

  • 30
    Aug

    Susun tetingkap sebelah-menyebelah pada Windows 7


    Tweet
    Share

    Windows 7 mempunyai kekunci pintas yang mudah untuk anda menyusun tetingkap yang terbuka. Hanya tekan kekunci Windows + Anak panah kiri atau kanan.

    susun-tetingkap-window-7

    Ianya berguna sekiranya anda sedang menaip pada satu tetingkap sambil merujuk pada tetingkap yang lain. Saya sendiri selalu menggunakan fungsi ini ketika hendak menulis entri blog.

    Nota: Ini merupakan entri paling mudah pernah saya tulis, haha.

    Kategori - Masalah Komputer 8 Komen setakat ini. Tambah komen anda

  • 27
    Aug

    Matikan fungsi User Account Control (UAC) pada Windows 7


    Tweet
    Share

    uac

    Fungsi User Account Control (UAC) dibina untuk melindungi anda daripada aplikasi yang ingin mengubah sistem Windows tanpa kebenaran. Namun bagi pengguna Windows yang berpengalaman, fungsi ini agak melecehkan kerana perlu klik pada butang OK setiap kali anda ingin install apa-apa perisian.

    Jika anda fikir anda seorang pengguna Windows yang berpengalaman, dan boleh mengenal perisian manakah yang betul-betul selamat untuk dijalankan, anda boleh membatalkan terus fungsi UAC ini. Baca selanjutnya »

    Kategori - Masalah Komputer 5 Komen setakat ini. Tambah komen anda

  • 25
    Aug

    Menyemarakkan semula Forum SK


    Tweet
    Share

    Atas sebab kesibukan kerja, saya sudah lama tidak menguruskan Forum SK. Namun begitu, masih terdapat ahli-ahli yang aktif dan mengirimkan pos setiap hari. Saya sangat berterima kasih dan menghargai setiap ahli yang sanggup meluangkan masa di Forum SK walaupun tanpa kehadiran admin.

    Saya percaya Forum SK boleh kembali menjadi sebuah komuniti yang hebat untuk berkongsi ilmu, bertukar-tukar pandangan, dan menyelesaikan masalah. Jadi saya memohon sokongan dari semua pembaca Sembang Komputer untuk menjayakannya. Baca selanjutnya »

    Kategori - Sembang Editor 12 Komen setakat ini. Tambah komen anda

  • 24
    Aug

    Artikel menarik dunia blog tempatan sepanjang minggu ini


    Tweet
    Share

    Setiap minggu, Sembang Komputer akan mengumpulkan link kepada artikel-artikel menarik dari blog tempatan yang berkaitan dengan teknologi.

    Minggu ini merupakan minggu yang bagus kerana saya jumpa beberapa blog teknologi yang berkualiti. Jika anda mempunyai blog yang menulis tentang teknologi, tinggalkan URL di ruangan komen ya =) Baca selanjutnya »

    Kategori - Laman Web 9 Komen setakat ini. Tambah komen anda


  • Page 1 of 5812345»102030...Last »

Carian


  • Langgan Artikel Kami

    Masukkan alamat emel anda:

    Oleh FeedBurner

  • Pautan

    • Khairul.my
    • Sembang Mac
    • Sembang Web
    • Twitter
  • Sembang Komputer on Facebook
  • RSS Sembang Mac

    • Divvy uruskan saiz dan posisi aplikasi di Mac dengan mudah 14/08/2010
    • Caffeine elakkan Mac anda dari tertidur 04/08/2010
  • RSS Sembang Web

    • Bagaimana nak pasang butang retweet pada blog 22/08/2010
    • Bagaimana nak pasang butang Facebook Share pada entri blog 04/08/2010
  • RSS Khairul.my

    • Notify review – Excellent mail notifier for Mac, support multiple accounts 07/09/2010
    • TextExpander – Save yourself a lot of time and keystrokes 07/09/2010

Sembang Komputer © 2010. All rights reserved.
A quality product by KreativeThemes