Masalah ini kerap kali berlaku bila aku nak masukkan hard disk dari komputer lain ke dalam komputer aku, jadikannya sebagai slave, dan cuba untuk membuka satu-satu folder di dalam hard disk tersebut (biasanya pada My Documets). Satu error akan terpapar: “Access Denied

Teruskan membaca.

Ini berlaku kerana aku takde kebenaran yang sepatutnya untuk membuka folder tersebut, kerana ia telah dibuat pada Windows yang lain. Cara-cara untuk menyelesaikan masalah ini adalah seperti berikut:

  1. Mematikan fungsi Simple File Sharing:
    1. Buka My Computer
    2. Pada menu, pilih Tools | Folder Options
    3. Pilih tab View
    4. Untick pada ”Use simple file sharing (recommended)“. Klik OK.
  2. Right-click pada folder yang berkaitan, dan pilih Properties.
  3. Pilih tab Security (klik OK jika ada mesej Security).
  4. Klik pada butang Advanced dan pilih tab Owner.
  5. Pada senarai nama yang dipaparkan, pilih user name korang dan tandakan pada “Replace owner on subcontainers and objects“. Klik OK
  6. Klik Yes pada mesej berikut (jika ada): “You do not have permission to read the contents of directory [Folder]. Do you want to replace the directory permissions with permissions granting you Full Control? All permissions will be replaced if you press Yes.
  7. Klik OK

Dengan ini, folder tersebut telah menjadi hak milik korang, dan korang boleh membukanya. Selamat mencuba, Insya-Allah.

Related Posts with Thumbnails

Tags:

17 Responses


  1. leokid on 16 Dec 2007

    kalau guna winxp home, camne nk disable? mksud saya, saya guna windows xp home, n set beberapa drive utk share over network. tp x boleh access, kluar error cam atas tu.

  2. rightbrainer on 16 Dec 2007

    hmm… i’ll look into it..
    btw, kalu share folder saje bley x?

  3. leokid on 16 Dec 2007

    shared documents je boleh access. folder & drives lain xboleh.

  4. rightbrainer on 18 Dec 2007

    um, rasaya awk belum on printer and file sharing. tick semula “use simple file sharing” kat folder option td. pastu klik mana2 folder/drive yg awk nak share, klik pada “sharing and security”. bawah Network sharing and security, klik pada link Network Setup Wizard. just follow the wizard and you’re done ^^

  5. fiza on 13 Mar 2008

    salam.. hye khairul.
    pc sy xleh nk view folder option la.
    nt wt cmne eh..?
    kindly leave ur reply.
    tq..

    • MK on 13 Mar 2008

      fiza »
      salam

      maksud awak, biler klik kat tools, folder option tak luar ke?
      ke macam mane?

  6. fiza... on 14 Mar 2008

    a’a… kt tools xde folder option.
    tp dlu ade.. kne virus agknye pc sy ni. =p

    • MK on 14 Mar 2008

      fiza… »
      um, sebab virus la tu
      awak guna DiskHeal untuk kembalikan folder options tu

  7. fiza on 14 Mar 2008

    thanks a lot ya..!

  8. xizr82 on 18 Mar 2008

    Thanks bro !!

    • MK on 19 Mar 2008

      xizr82 »
      afwan..

  9. rosez on 03 Dec 2008

    Dah bejaya. TQ very much. Alhamdulillah.

    • MK on 03 Dec 2008

      @rosez: alhamdulillah, sama2 ^^

  10. munir on 25 Dec 2008

    saya dah cuba.tapi masih tak boleh.macam mana?

  11. bunga laut on 26 Dec 2008

    pblm saya adalah tdk dpt memuat trun driver,walaupun link telah disediakan……..camne nak wat ni……tolong la saya…..

  12. eyeinthesky on 25 Nov 2009

    To : MK

    Assalamualaikum…

    Ni masalah laptop saya..apabila saya sudah on kan laptop saya…tiba – tiba dia keluar ni di skrin laptop saya “Windows cannot find ‘csrcs.exe’. Make sure you typed the name correctly, and then try again. To search for a file, click the start button, and then click Search.

    Saya sudah cuba mencari fail itu seperti arahan yang diberi tapi saya tidak jumpa fail tersebut. Saya harap MK dpat membantu saya menyelesaikan masalah ini.

  13. eyeinthesky on 25 Nov 2009

    Kepada : MK

    Assalamualaikum…

    Ni masalah laptop saya..apabila saya sudah on kan laptop saya…tiba – tiba dia keluar ni di skrin laptop saya “Windows cannot find ‘csrcs.exe’. Make sure you typed the name correctly, and then try again. To search for a file, click the start button, and then click Search.

    Saya sudah cuba mencari fail itu seperti arahan yang diberi tapi saya tidak jumpa fail tersebut. Saya harap MK dpat membantu saya menyelesaikan masalah ini.


Leave your comment